FARRINE mengatur langkah menuruni anak tangga menuju ke ruang makan. Tudung saji yang tersedia di atas permukaan meja makan itu diangkat sedikit untuk melihat makanan yang dibeli oleh abang-abangnya. Namun, hampa tatkala tiada sebarang makanan di bawah tudung saji tersebut.
Tudung saji itu diletakkan di tempat asal. Farrine menarik kerusi lalu melabuhkan punggung. Otaknya ligat berfikir apa yang harus dia masak.
Dek kerana terlalu lapar, dia terus sahaja melangkah ke arah peti ais. Peti ais itu dibuka perlahan. Mencari bahan mentah untuk dimasak dengan senyuman yang mekar yang di bibir.
Senyuman yang mekar itu mulai mati apabila dia menyedari bahawa tidak ada sebarang bahan mentah di dalam peti ais itu.
Farrine mengeluh sendiri. Menyesal dia tidak ikut abang-abangnya itu keluar lepak bersama kawan. Jikalau tidak, sudah tentu dia dapat makan makanan yang sedap.
Farrine yang sedang termenung di sofa ruang tamu itu di kejutkan dengan suara yang begitu dia kenali.
"Farrine." Fawwaz memanggil Farrine bersahaja. Dia sedari tadi hanya melihat gelagat cik mudanya itu. Dari Farrine turun mencari makanan sehinggalah Farrine bergerak ke ruang tamu dan menghidupkan televisyen. Semuanya dia perhatikan dengan teliti.
"Asal?" soal Farrine mendatar. Dia tiada mood untuk bercakap. Perutnya hanya memerlukan makanan tika ini.
"Kau lapar ke?" Fawwaz bertanya soalan yang begitu cerdik. Farrine menjeling Fawwaz yang sudah mengambil tempat di sofa yang berhadapan dengannya.
"Taklah...aku tengah kenyang. Kenyang gila. Apa punya soalan la kau kasi kat aku ni, Fawwaz? Aku laparlah gila," kata Farrine geram.
Fawwaz hanya tersenyum sebelum tengkuknya digosok janggal. Dia tahu dia sudah tersilap bertanya soalan bodoh.
"Weh, Fawwaz." Farrine bersuara kembali apabila Fawwaz hanya mendiamkan diri sambil matanya khusyuk melihat cerita yang ditayangkan di kaca televisyen itu.
"Asal?" soal Fawwaz pada Farrine. Anak matanya masih terpaku di kaca televisyen.
"Kau sorang je kat rumah ni? Atau ada lagi dua ekor monyet belaan Farren dan Farrel?" soal Farrine. Monyet yang dimaksudkan oleh Farrine itu semestinya Asyraf dan Fahim.
"Monyet belaan Tuan Muda Farren dan Tuan Muda Farrel tak ada. Dua ekor monyet tu ikut Tuan Muda Farren dan Farrel pergi lepak. Tinggal aku je. Monyet belaan kesayangan Cik Muda Farrine. Aaa...gituu."
"HAHAHA...sejak bila aku bela monyet?" Farrine berkata selepas tawanya terlepas.
"Entahla nyah."
"Fawwaz...jom, keluar. Aku laparlah."
"Jom! Aku pun lapar. Farrine belanja!" sahut Fawwaz sambil menepuk tangannya berkali-kali. Teruja seakan kanak-kanak yang mendapat lolipop.
"Yelah...aku belanja. Kau drive."
"Okay, cun."
"Kejap...aku naik amik purse dengan phone."
"Alright."
Beberapa minit kemudian, Farrine turun semula dengan memakai pakaian yang berbeza. Dia memakai pakaian serba hitam. Cap berjenama adidas serta shawl yang dipakai juga berwarna hitam.
"Jom!" Farrine berkata pada Fawwaz.
"Jom."
"Erm...Farrine."
"What?" soal Farrine kepada Fawwaz.
"Mana mask kau? Kita nak makan kat luar. Takkan kau tak pakai mask?"
YOU ARE READING
AMNEVAR
ActionTUAN ELDEN FERRADY, seorang jejaka berkacukan Malay-Italian yang mempunyai iris mata biru cair itu dapat menarik ramai wanita untuk mendekatinya. Dia bukan sahaja seorang CEO dan jutawan muda, dia juga seorang ketua mafia yang amat digeruni, ketua E...