BANG!
BANG!
BANG!
Bunyi tembakan yang dilepaskan secara bertalu-talu dari pihak musuh menyebabkan beberapa orang dari anak buah Eagle Knight tercedera.
Elden Ferrady hanya memerhati pihak lawan dari suatu sudut. Apabila sudah yakin bahawa tidak ada pihak lawan yang perasan akan kelibatnya, dia lantas mengatur langkah keluar dari gudang tersebut sebelum masuk ke dalam semak samun dan bergerak ke salah satu pokok dimana team headhunter berada.
Setibanya Elden di situ, dia terus memanjat pokok tersebut dengan berhati-hati. Apabila dia sedia berada di atas pokok, posisi yang betul diambil sebelum dia memerhati pihak musuh yang sedang ditumpaskan oleh Team Alpha. Disusuli dengan Team Bravo.
Adriel Damien dan Mike yang berada di atas pokok sebelah untuk mengawal sasaran hanya menumpu perhatian ke arah sasaran agar tidak terlepas. Sekiranya mereka terlepas, bukan sahaja pihak musuh malah mereka sendiri akan makan peluru daripada Elden.
Elden tidak duduk di bahagian yang sama dengan Adriel dan Mike. Dahan pokok tersebut tidak mampu menampung berat mereka bertiga. Al-maklumlah, masing-masing berat.
Kini, dia terus mengawal keadaan dengan meliarkan anak matanya. Dia tidak mahu membunuh pada hari itu kerana musuh mereka hanya menghantar anak-anak anjing bagi menyelesaikan 'masalah' mereka.
Setelah beberapa minit mereka berada di atas pokok tersebut, mereka mula turun setelah keadaan sedikit reda. Anak buahnya yang ditugaskan sebagai headhunter sebentar tadi memulakan perbualan dek suasana seekarang terlalu senyap.
"Raden," panggil Mike selaku headhunter pada Elden. Raden merupakan panggilan untuk orang yang tidak dikenali serta di dalam dunia gelap.
"Ya, kenapa?" soal Elden pada Mike dengan mendatar.
"Kenapa dia hantar anak-anak anjing dia lawan kita? Dah sah-sah anak-anak anjing dia lemah. Tembak pun rawak gila tu," ujar Mike tidak puas hati.
"Mana aku tahu," jawab Elden mudah.
Sedang mereka berdua leka berborak, ada seorang anak buah pihak musuh melepaskan tembakan. Tembakan tersebut disasarkan tepat mengenai belakang tubuh Elden.
Peluru yang terkena pada Elden bukanlah satu, tetapi tiga. Ya, tiga. Banyak betul. Akan tetapi, Elden cuma beriak biasa. Bukannya dia tak pernah cedera akibat ditembak. Bahkan, sudah terlampau banyak kecederaan yang telah dia alami.
Mike yang perasan langkah Elden yang mula perlahan, segera mendekati jejaka itu.
"Raden, kau kenapa?" soal Mike dengan nada tertanya.
"Aku kena tembak," kata Elden bersahaja.
"Shit!" carut Mike sambil matanya terhala ke arah satu susuk tubuh yang berdiri di belakang pokok dibalik semak samun.
Mike mengangkat snipernya menghala kearah susuk tubuh tersebut. Setelah sasaran dikenal pasti, picu sniper itu ditarik. Serentak dengan itu, tamatlah riwayat hidup orang tersebut.
DI suatu sudut di dalam sebuah bangunan, terdapat sebuah pertempuran yang sedang berlaku. Ada yang menggunakan senjata api, malah ada juga yang menggunakan tenaga sendiri bagi melawan musuh.
Mike dan Elden yang sedang mengatur langkah untuk masuk ke dalam bangunan tersebut terhenti tatkala tiba-tiba sahaja ada asap yang berkepul-kepul muncul di hadapan mereka seakan ada yang melepaskan bom.
YOU ARE READING
AMNEVAR
ActionTUAN ELDEN FERRADY, seorang jejaka berkacukan Malay-Italian yang mempunyai iris mata biru cair itu dapat menarik ramai wanita untuk mendekatinya. Dia bukan sahaja seorang CEO dan jutawan muda, dia juga seorang ketua mafia yang amat digeruni, ketua E...