ELDEN memerhati gelagat rakan-rakannya itu. Fadrel di dapur. Manakala Ar dan Hendrix sedang bertekak sesama sendiri sambil bermain telefon.
"Pikir apa weh?" soal Fadrel kepada Elden. Dia perasan yang sepupunya itu termenung jauh betul.
"ELDEN TENGAH FIKIR MACAM MANA NAK KAHWIN DENGAN FARRINE!" Hendrix menyampuk kemudian bersorak girang. Menyibuk betul mamat ni.
"Kepala hotak kau!" Elden berkata kemudian membaling bantal kusyen ke arah Hendrix.
Hendrix mengelak. Bantal itu terkena pada pintu yang berada di belakang.
"Buu...tak kena, tak kena." Hendrix mengejek Elden kemudian dia berlari mengelilingi ruang tamu.
Hendrix terlanggar Fadrel yang sedang membawa segelas air susu coklat dutch lady. Gelas itu terjatuh dan pecah.
Elden menepuk dahi. Bala, bala.
"Air aku...Elden...air aku...tumpah..." Fadrel ke arah Elden lalu dia membuat memek muka menangis dan menunjukkan ke arah air susu yang tumpah. Elden yang berasa menyampah terus menunjal dahi sepupunya itu.
"Wah, gelas sapa ni pecah? Macam hati aku," kata Ar dengan muka yang dibuat sayu.
"Pahal macam hati kau pulak?" soal Hendrix.
"Sebenarnya...aku putus cinta..." Ar berkata sambil mukanya dibuat gaya mahu nangis.
"Sejak bila kau ada partner?" soal Hendrix.
"Entahlah."
"Sedar diri sikit. Kau tu single." Hendrix berkata sambil menyapu air mata palsunya.
"Aku single. Kau single. Elden pun single. Member siapalah yang tak laku tu."
"Yeayyy! Single. Jomlah ahli single, kita raikan single, triangle bersama." sorak Hendrix sambil menari poco-poco.
"Woi, anak-anak pungut! Aku tak bela beruk dalam rumah ni. Baik korang duduk sini. Aku nak cakap something sebelum kita gi markas DCK." Elden memanggil kawan-kawannya yang sedang menari poco-poco tapi dah macam anak beruk terlepas pun ada.
"Kenapa bang?" soal Hendrix. Dia duduk bersila dihadapan Elden kemudian dia tersenyum manis dan matanya dikelip-kelipkan beberapa kali. Ingat comel ke?
"Siapa abang kau." Fadrel berkata sambil menunjal kepala Hendrix.
"Senyaplah kau. SINGLE." Hendrix berkata sambil menekan perkataan single.
"Eh, anak tenuk. Aku single, kau pun single la!" Fadrel berkata kemudian dia memeluk tubuh. Riak wajah yang bongkak ditunjuk ke arah Hendrix.
"Woi! Aku tak single la. Aku dah ada tunang. Kau tahu apa?" Hendrix berkata lalu menampar pipi Fadrel.
"Kau single, Hendrix. Kita sama-sama single." Ar tiba-tiba muncul kembali. Dia hilang sebentar kerana ke tandas. Mungkin membuang hajat besar.
"Suka hati kau je tampar aku, babi! Mak bapa aku tak pernah naik tangan kat aku. Kau siapa nak tampar aku haa?!" Fadrel terus berubah mood. Dia paling tidak suka orang angkat tangan kepadanya.
YOU ARE READING
AMNEVAR
ActionTUAN ELDEN FERRADY, seorang jejaka berkacukan Malay-Italian yang mempunyai iris mata biru cair itu dapat menarik ramai wanita untuk mendekatinya. Dia bukan sahaja seorang CEO dan jutawan muda, dia juga seorang ketua mafia yang amat digeruni, ketua E...