BAB 3

1.8K 160 79
                                    

'DIA' tersenyum kecil pada Mike dan Mark tatkala si kembar itu memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsir.

Mike dan Mark saling berpandangan sebelum mereka berdua membalas senyuman itu dan mengatur langkah mendekati 'dia'.

'Dia' hanya berdiri statik di tempatnya menanti Mike dan Mark yang sedang mengatur langkah kearahnya. Sampai sahaja kedua jejaka itu dihadapannya, mereka mula bersuara.

"Yow, Tengku Nik Farrel Elvis," tegur Mike sambil berjabat tangan dengan Farrel dengan nada teruja.

"Yow," balas Farrel.

"Bila kau balik Malaysia?" soal Elden sambil mengatur langkah mendekati mereka.

"Almost three weeks," balas seorang jejaka yang berdiri di sebelah Farrel.

"Ouh," balas Elden ringkas sambil menganggukkan kepalanya berkali-kali.

Pap!

Pap!

Pap!

Tepukan sebanyak tiga kali itu menarik perhatian mereka yang berada disitu untuk menoleh kebelakang bagi melihat gerangan yang menepuk tangan seakan sedang mengejek itu.

Mereka saling membalas pandangan tanpa ada seorang pun yang bersuara. Hanya mata yang memainkan peranan tika itu. Setelah agak lama mereka berdiam, gerangan yang menepuk tangan tadi mula mengukir senyuman sinis.

"Well, well, well...tengoklah siapa turun padang," kata gerangan itu dengan nada serta senyuman yang mengejek.

"Kau nak apa? Kenapa kacau diorang?" soal Farren dengan nada yang beku. Farren merupakan abang kepada Farrel.

"Heh...aku tak kacau diorang pun. Tapi, diorang yang kacau aku dulu. Hahaha," kata orang itu dengan nada yang mendatar dan diakhiri dengan tawa yang dibuat-buat.

"Apa yang diorang dah buat?" soal Farrel.

"Diorang dah kacau kerja aku. Disebabkan diorang, kerja haram aku dah kantoi. Sekarang pihak berkuasa cari aku." Jelas kedengaran suaranya yang menahan amarah.

"Dah memang kau buat kerja haram. Dahlah buat kerja tak clean. Memanglah pihak berkuasa tahu," bidas Farrel dengan nada biasa dan diakhiri dengan sebuah senyuman sinis.

"Aku tak faham sekarang ni," kata orang itu pada Farren dan Farrel.

"Kau tak faham apa?" soal Farren senada pada orang itu.

"Korang ni boleh dikatakan berkuasa, berpengaruh. Macam mana korang ni boleh bantu mafia dungu macam diorang?" soal orang itu dengan nada yang mengejek.

"Berpengaruh atau tidak bukan urusan kau. Kau nak apa sebenarnya?" soal Farrel dengan nada yang mendatar. Dia sudah malas menghadap lelaki tua yang selalu merepek itu.

"Aku nak Dark Cruel King bekerjasama dengan aku," kata lelaki tua itu bersahaja.

"Hahaha. So funny," ujar Farren dengan nada yang mengejek.

"Kalau aku bunuh orang tua ni, memang mati tak sempat mengucap dah ni," bisik Farrel pada Farren.

"Haha. Aku rasa dia nak minta bantuan kita untuk dia bekerjasama dengan Dark Cruel King tapi dia tak tahu siapa leader DCK," balas Farren pada Farrel dengan nada yang berbisik juga.

Mereka yang berada di situ hanya memandang dua beradik yang saling berbisik itu. Ekpresi muka hairan jelas terpancar di wajah mereka tatkala melihat dua beradik yang saling berbisik itu. Ibarat hanya mereka berdua sahaja yang ada di situ ketika ini.

AMNEVARWhere stories live. Discover now