FAR'S COMPANY
KALEENA memakirkan motornya di tempat yang disediakan khas untuk motor. Dia membetulkan sedikit bajunya setelah turun dari motor. Topi keledar pula ditinggalkan di situ sahaja. Siapa sahaja yang berani hendak mencuri di syarikat FAR'S?
Kaleena mengatur langkah masuk ke dalam syarikat milik Farrine. Ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki di syarikat milik adik angkatnya. Kaleena terpegun melihat ruangan utama syarikat itu. Ianya sangatlah mewah. Jika nak dibandingkan syarikatnya dan syarikat Farrine, sudah tentu Farrine berkali ganda hebatnya.
Kaleena menghayunkan kakinya mendekati kaunter pertanyaan yang disediakan di lobi utama itu. Di situ, terdapat dua orang gadis sedang menjaga. Dia sempat membaca tag nama milik dua orang gadis tersebut. Talia dan Sofia.
"Welcome to FAR'S company." Serentak Talia dan Sofia berkata. Mereka perlu menghormati siapa sahaja yang datang ke syarikat itu. Tidak boleh berkasar mahupun mengutuk. Jika ada yang melanggar, sudah tentu akan ada hukuman yang sedang menanti.
"Thank you." Kaleena berkata ringkas dan tersenyum kepada Talia dan Sofia. Yelah, orang dah sambut kau. Takkan kau nak marah pulak. Silap-silap kau mati katak sebab marah pekerja Farrine. Naya!
"Miss, what are you looking for?" soal Talia kepada Kaleena.
"Saya nak jumpa Farrine." Kaleena berkata kepada Talia. Sungguh, dia memerlukan Farrine tika itu. Jikalau dia menelefon Farrine, sudah tentu panggilan telefon akan ditolak oleh Farrine.
"Siapa Farrine?" soal Talia dengan riak wajah yang tertanya. Sepanjang bekerja di syarikat ini, dia tidak pernah dengar akan nama itu.
"CEO syarikat ni la," jawab Kaleena.
"CEO?" Talia memandang Sofia.
"CEO kami, Miss Elvira. Bukan Farrine." Sofia berkata dengan sopan. Para pekerja memang akan memanggil Farrine yakni CEO syarikat FAR'S dengan gelaran Miss Elvira. Ada juga yang memanggil Miss Alvina.
"Maaf, saya silap. Saya cari Miss Elvira. Dia ada?"
"Miss Elvira tak ada. Kami yang bekerja 3 tahun dekat sini pun tak pernah jumpa CEO. Cik ni pernah jumpa CEO?"
"Erm...tak. Sekarang saya nak jumpa dia la."
"Biasanya, orang yang datang berurusan dengan orang kuat syarikat je. CEO tak pernah turun padang."
Sofia menganggukkan kepalanya bagi menyokong kata-kata Talia itu. Sudah seperti burung belatuk lagaknya. Terangguk-angguk.
"Siapa orang kuat syarikat?"
"Mr. Fawwaz. CEA FAR'S."
"Oh, begitu. Mr. Fawwaz ada?"
Kaleena tahu, jika salah seorang dari pengawal peribadi Farrine ada, pasti dia akan dapat bertemu dengan Farrine.
"Cik ada temujanji?" soal Sofia.
"Tak ada. Saya datang nak jumpa sebab ada urusan penting."
'Aduh, susah betul masuk syarikat kau ni. Banyak pulak kena tanya,' getus hati Kaleena.
"Tak apa. Saya sambung dengan CEA." Talia berkata lagi.
Talia lantas mendail nombor telefon pintar milik Fawwaz.
"Mr. Fawwaz. Saya Talia."
"Yes, I know. What is it, Talia?" soal Fawwaz dari hujung sana.
"Ada orang nak jumpa Mr. Fawwaz. Katanya penting."
"Siapa?" soal Fawwaz.
"Kejap saya tanya nama dia."
YOU ARE READING
AMNEVAR
ActionTUAN ELDEN FERRADY, seorang jejaka berkacukan Malay-Italian yang mempunyai iris mata biru cair itu dapat menarik ramai wanita untuk mendekatinya. Dia bukan sahaja seorang CEO dan jutawan muda, dia juga seorang ketua mafia yang amat digeruni, ketua E...