BAB 17

895 109 3
                                    

FARRINE menonton televisyen bersama ahli Black Cruel Angels yang lain sementara menunggu masuknya waktu asar. Tiba-tiba telefon Farrine berbunyi dan tertera nama 'Syurgaku💖' iaitu ibunya. Farrine membuka aplikasi whatsapps dan nama ibunya ditekan untuk melihat pesanan.

Assalamualaikum, sayang.

Waalaikumussalam, mummy.

Mummy nak adik balik rumah sekarang.
Ada benda mummy nak bincang.
Ajak Kaylie sekali.

Okeh. Rin balik sekarang.👋🏻

Farrine pelik dengan permintaan ibunya tetapi dia hanya mengabaikan perasaan itu. Dia memandang Kaleena lalu memberi isyarat mata.

"Guys. Malam nanti kita jumpa dekat markas DCK. Aku kena balik rumah mummy. Mummy suruh." Farrine berkata kepada kawan-kawannya.

Mereka hanya mengangguk. Tidak mahu banyak bertanya akan urusan keluarga tersebut .

"Kaylie, mummy suruh kau ikut sekali. Jom."

Farrine telah bangun dari duduk dan bergerak ke arah tempat menyangkut kunci. Dia mengambil kunci motor berkuasa tinggi miliknya. Motor dihidupkan dan dia keluar dari rumah itu.

Kaleena ditinggalkan sendiri. Pandai-pandailah cari cara untuk balik rumah. Bukannya Kaleena tidak tahu  jalan ke rumah ibu bapanya.

Farrine terus menunggang motor berkuasa tingginya dan masuk ke dalam kawasan perumahan elit milik Tengku Fazrel. Motor berkuasa tinggi itu Farrine pakirkan di garaj yang tersedia khas untuk motor sahaja.

Kemudian, dia melangkah keluar dari garaj dan masuk ke dalam rumahnya. Tidak lama kemudian, kelibat Kaleena kelihatan.

"Eh, cik Kaleena baru sampai?" soal anak buah Tengku Fazrel kepada Kaleena.

Kaleena menganggukkan kepala.

"Tadi saya dengar bunyi motor masuk." Anak buah Tengku Fazrel berkata kepada Kaleena.

"Cik muda korang tu." Kaleena berkata senada.

"Ouh, saya ingatkan tu cik Kaleena," ujarnya perlahan.

Kaleena hanya menggelengkan kepala dan terus pergi meninggalkan anak buah Tengku Fazrel. Tidak lama selepas itu, dua biji kereta sport masuk ke kawasan rumah agam itu.

Kesemua anak buah Tengku Fazrel menundukkan badan tanda hormat kepada anak-anak teruna Tengku Fazrel.

"Assalamualaikum." Serentak Farrel dan Farren memberi salam.

Mereka mengatur langkah menuju ke ruang tamu rumah agam itu.

"Eh, Rin! Bila kau datang? Kereta mana?" soal Farrel pada Farrine. Dia melabuhkan punggung disebelah Farrine diikuti oleh Farren.

"Baru je sampai tadi. Kereta ada kat mansion. Aku naik motor." Farrine memberitahu kepada Farrel.

"Ouh." balas Farrel sambil menganggukkan kepalanya.

"Semua dah sampai?" Ku Farlisha masuk sambil membawa sedulang air lalu diletakkan di atas meja kopi di ruang tamu itu.

"Okay, good. Mummy nak bagitahu apa yang mummy and daddy rahsiakan daripada korang. Mummy rasa dah sampai masa untuk korang tahu." Ku Farlisha menarik nafas dalam untuk menenangkan dirinya. Dia tahu Farrine akan mengamuk tatkala mendengar rahsia ini. Farrine mungkin akan tinggalkan dia buat kali kedua. Dia terima.

AMNEVARWhere stories live. Discover now