KALEENA melangkah masuk ke dalam syarikat FAR'S. Dia ada hal yang perlu dibincangkan bersama Fawwaz. Dia ingin tahu mengapa Fadrel tidak suka akan dirinya. Sudah tiga hari berlalu selepas Farrine membuat keputusan ke Itali dan menyuruh dia uruskan hal di Malaysia sepanjang ketiadaan Farrine.
"Selamat pagi, Cik Kaleena," tegur Talia yang berada di kaunter itu.
Kaleena hanya mengangguk dan terus melangkah ke arah lif. Punat nombor 17 ditekan. Tingkat terletaknya pejabat pihak atasan syarikat tersebut.
Langlah diatur ke pejabat Fawwaz. Kaleena terus menolak pintu bilik Fawwaz tanpa mengetuk dahulu. Fawwaz yang sedang berbincang dengan Fadrel, Elden dan Haze itu sedikit tersentak apabila pintu bilik itu dibuka dengan kasar dari luar.
Tiba-tiba wajah Khairul juga tersembul.
"Sorry, Tuan. Saya dah cuba nak halang."
Fawwaz hanya mengangguk sahaja. Dia terus menjemput Kaleena masuk. Kaleena melabuhkan punggung di tempat yang Elden duduk sebentar tadi apabila Elden telah mengambil tempat di sebelah Fadrel.
Fadrel hanya diam memerhati Kaleena. Dia tidak suka akan Kaleena. Dia lebih suka berkawan dengan Farrine. Mungkin kerana perangai Kaleena dan Farrine sedikit berbeza.
"Kau datang sini nak apa?" soal Fawwaz dingin. Dia kurang selesa dengan Kaleena.
"Aku datang nak discus about Farrine. Kau tengah busy so nevermind, aku balik dulu. Nanti kau call aku bila dah free." Kaleena berkata lalu bangun dari duduk.
Elok sahaja Kaleena ingin melangkah keluar, dia ditegah oleh Fawwaz.
"Kau duduk balik." Ringkas sahaja arahan Fawwaz berikan. Nadanya masih sama. Dingin.
"Speak." Arahan sudah dikeluarkan.
"Aku nak pergi Itali. Aku nak tolong Farrine cari Farrien." Kaleena meluahkan apa yang dia pikirkan sejak Farrine bergerak ke Itali.
"Aku tak benarkan." Fawwaz berkata dengan tegas dan dingin. Dia tahu alasan Farrine ke Itali dengan membawa abang-abangnya. Mereka sudah tentu ada rancangan tersendiri. Dia juga tahu tujuan utama Farrine adalah untuk memantau syarikat di sana dan bukan untuk mencari kembarnya.
"Aku akan pergi." Kaleena berkata lagi. Dia nekad dia akan pergi. Keras kepala. Itulah Kaleena.
BAM!
Meja di hadapan itu ditepuk oleh Fawwaz. Bunyi itu berdentum dan buatkan Kaleena berasa tidak senang.
"Aku kata tak payah tu, tak payah la! Kau dah kenapa suka sangat menyusahkan orang? Kau nak Farrine jauh dari keluarga dia untuk berapa tahun pulak? Kau tahu, Farrine tu tak akan bertindak seorang melainkan dia ada tujuan sendiri. Dia tak bodoh la pergi cari kembar dia dengan abang-abang dia saja! Kau jangan nak buat kepala batu kau boleh tak? Kalau dia tak bencikan kau, jangan buat dia bencikan kau. Mark my words."
Kaleena terdiam seribu bahasa. Dia sudah tidak tahu apa lagi dia boleh lakukan untuk Farrine menerimanya. Dia sedar, dia bersalah. Dia juga ingin rapat dengan Farrine walaupun dia sedar akan hakikat bahawa perkara itu tidak akan berlaku lagi.
YOU ARE READING
AMNEVAR
ActionTUAN ELDEN FERRADY, seorang jejaka berkacukan Malay-Italian yang mempunyai iris mata biru cair itu dapat menarik ramai wanita untuk mendekatinya. Dia bukan sahaja seorang CEO dan jutawan muda, dia juga seorang ketua mafia yang amat digeruni, ketua E...