BAB 24

103 7 3
                                    

PINTU bilik wad dibuka dari luar. Farrine hanya biarkan sahaja. Dia menganggap orang yang membuka pintu itu adalah Farrel atau mungkin Farren dan ahli keluarganya.

Tetapi, tanggapannua meleset apabila pintu dibuka oleh Elden. Farrine yang terkejut terus menyelubungkan dirinya ke dalam selimut. Dia memerhati gerak geri Elden dan seseorang lelaki. Dia lebih terkejut apabila dia mengecam lelaki itu. Lelaki yang dia selamatkan sehingga di ditembak.

"Weh, pahal orang sebelah aku ni selubung selimut tho?" Farreen menyoal Elden tanpa lapik.

Elden menoleh ke arah katil Farrine. Dia yakin Farrine tidak tidur malah sedang memerhati gerak gerinya bersama Farrien.

"Rin, kau okay tak?" Elden menyoal. Manalah tahu mahu apa-apa. Tapi, dah kenapa selubung macam tu?

Farrine mengangguk. Walhal dalam hati dia sudah menyumpah seranah Elden kerana tak bagitahu dia akan masuk. Nasib sahaja dia sempat bersembunyi bawah selimut. Kalau tak, jadi macam semalam. Free show je tayang rambut depan Elden.

Farrine mengeluarkan telefonnya lalu dia menyuakan telefon itu kepada Farrien. Farrien yang nampak telefon itu terus mengambilnya.

Suruh Elden keluar. Aku tak pakai tudung. Thank you twins! Love you! Muah ciket!

Farrien membaca apa yang ditulis oleh Farrine. Farrien menunjukkan jari "okay" kepada Farrine. Farrine menarik nafas lega di dalam selimutnya. Rimas!

"Bro, Rin suruh kau keluar." Senada Farrien berkata kepada Elden. Elden yang memahami mengapa Farrine menyuruh begitu... Lantas mengatur langkah keluar dari bilik itu.

Sebaik sahaja Elden keluar dari bilik itu... Farrien lantas bersuara.

"Dia dah keluar."

Farrine terus mengeluarkan kepalanya dari selimut.

"Kau tak boleh cakap ke?"

Farrine memandang wajah kembarnya itu lama. Sangat lama.

"Weh..."

"Elvira..."

"Vira..."

"Rin..."

"Farrine!"

Farrien memanggil Farrine dengan pelbagai nama tetapi, Farrine tidak respon satu pun dari panggilan itu.

Farrien terus menjetik dahi Farrine.

Pap! Farrine terus tersedar. Dia memandang Farrien di hadapannya dengan senyuman.

"Kau tak boleh cakap?" soal Farrien semula.

Suara aku hilang. Tapi, doktor cakap tak lama. Kejap je. Farrine menulis jawapan di telefonnya lalu disua di hadapan Farrien.

Farrien mengangguk.

"Aku duduk atas katil kau boleh?" Farrien menyoal.

Farrine mengangguk. Dia menginjak badannya ke tepi sedikit untuk beri ruang kepada Farrien melabuhkan duduk di atas katil bersamanya.

"Kau kena tembak. Mesti sakitkan. Aku minta maaf. Sebab aku, kau cedera. Sorry lil sis." Farrien berkata dengan nada suara yang sebak. Walaupun mereka terpisah lama...Tetapi, naluri sebagai kembar terlalu kuat.

It's okay. Aku dah biasa. Aku dah pernah kena tembak. Aku dah pernah kena pisau. Benda biasa. balas Farrine kepada Farrien dengan menulisnya di telefon.

Farrien terus memeluk Farrine. Farrine membalas pelukan itu. Itulah pelukan pertama daripada seorang kembar dan perasaan Farrine pada ketika itu sungguh lain. Pelukan yang tidak sama dia pernah rasa dari Farrel dan Farren.

AMNEVARWhere stories live. Discover now