SELESAI menjamu selera, Tengku Fazrel mula bercakap. Memecahkan kesunyian yang melanda meja makan sebentar tadi.
"Farren, Farrel, Farrine and Kaylie. Lepas dah siap makan nanti jumpa di ruang rehat. Daddy tunggu sana," kata Tengku Fazrel dengan tegas sebelum beredar keluar dari ruang makan itu.
Farren, Farrel dan Farrine hanya melihat figura Tengku Fazrel meninggalkan ruang makan itu. Mereka bertiga mengalih pula perhatian kepada Ku Farlisha untuk bertanya.
"Mummy," panggil Farrel.
"Ya, kenapa?" soal Ku Farlisha lembut kepada anak keduanya.
"Kenapa daddy suruh jumpa dekat ruang rehat? Macam penting je," tanya Farrel senada.
"Pelik." Farrine pula berkata.
"Kalau daddy suruh jumpa tu, jumpa jelah. Banyak pulak mulut korang ni," sinis Kaleena.
"Yang kau nak sibuk dah kenapa? Suka hati kitorang la. Ni mulut kitorang bukan mulut kau. Plus, tak kacau hidup kau. Apatah lagi kacau hati kau. Yang kau nak menyibuk dah kenapa? Heh, ingat sikit kau tu ANAK PUNGUT," kata Farrine pada Kaleena dengan nada yang amat sinis. Sengaja dia menekankan perkataan 'anak pungut' itu.
"Dah. Anak pungut ke anak babun ke...bukan masalah aku. Jom, kita pergi depan. Layan minah mental ni sampai besok pun tak jumpa jalan. Sesat macam dia la," ujar Farren mendatar lalu bangun dari duduk. Dia mengatur langkah keluar dari ruang makan itu, diikuti Farrel dan akhir sekali Farrine.
Sebelum Farrine beredar, sempat dia memesan sesuatu kepada Kaleena.
"Jangan ingat kami bodoh Kaleena Lelyana. Aku tahu apa yang kau rancang. Kau kena ingat...kami bukan orang biasa," ujar Farrine pada Kaleena. Satu senyuman sinis dia berikan sebelum beredar meninggalkan Kaleena seorang diri di meja makan itu.
Kaleena hanya memerhati langkah kaki Farrine dari jauh. Bibirnya diketap tanda tidak puas hati akan Farrine.
'Kau tunggu Farrine, kau tak akan bahagia. Aku akan jatuhkan engkau. Kau tak layak untuk bahagia,' getus hati Kaleena sebelum turut beredar dari ruang makan itu. Dia berjalan menuju ke ruang rehat keluarga.
FARREN, Farrel dan Farrine mengambil tempat di sofa tiga yang berhadapan dengan Tengku Fazrel dan Ku Farlisha. Manakala Kaleena mengambil tempat di sebuah sofa bujang tidak jauh dari mereka.
Setelah semua berkumpul di ruang itu, Tengku Fazrel mula bersuara. Farren, Farrel dan Farrine hanya mendiamkan diri tanpa reaksi.
"Daddy panggil semua ke sini untuk berbincang sesuatu," ujar Tengku Fazrel dengan dingin dan tegas.
"Apa tu?" soal Farrel.
"Daddy nak DCK dijaga oleh Farrel dan Farren. Manakala lagi satu kumpulan dijaga oleh Farrine."
"Wait, daddy. Kitorang nak ada saksi dalam perbincangan ni," pintas Farrel.
"Alright, pergilah panggil," kata Tengku Fazrel.
Fawwaz, Fahim dan Asyraf yang berada tidak jauh dari mereka itu dipanggil oleh Farren untuk datang ke situ. Mereka bertiga yang tadinya ingin ke dapur untuk menjamu selera itu berhenti apabila terdengar panggilan oleh Tuan Muda mereka.
YOU ARE READING
AMNEVAR
ActionTUAN ELDEN FERRADY, seorang jejaka berkacukan Malay-Italian yang mempunyai iris mata biru cair itu dapat menarik ramai wanita untuk mendekatinya. Dia bukan sahaja seorang CEO dan jutawan muda, dia juga seorang ketua mafia yang amat digeruni, ketua E...