Universiti Of E.AR'S, Malaysia
KELIHATAN seorang gadis yang berpakaian seakan orang kampung mengatur langkah masuk ke dalam Universiti. Dibelakangnya kelihatan tiga orang lelaki yang memakai baju pelbagai warna.
Kehadiran itu mula menarik perhatian para pelajar di Universiti termasuklah rakan karib si gadis. Kawan lama si gadis sejak dibangku sekolah rendah hingga sekolah menengah sebelum dia mengikut abang-abangnya ke Itali.
Dia mengatur langkah mendekati kawan baiknya lalu menyasarkan bahu kawan baiknya itu. Dia menampar perlahan bahu kawan baiknya yang memusingkan badan ke arah belakang itu sebelum menegur.
"Babe." Gadis itu menepuk bahu kawan baiknya.
"Yow." Kawan baik si gadis itu mengangkat sedikit tangan kirinya.
Pekerja di kafeteria tersebut mula menundukkan badan sebagai tanda hormat apabila sedar bahawa perempuan itu merupakan Cik Muda yang telah hilang kini muncul semula.
"Bila kau balik?" soal Nesrine Helena atau lebih dikenali sebagai Avery.
"Dua hari lepas," balas Farrine ringkas. Farrine Elvira atau lebih gemar dipanggil Irish Alvina.
"Ouh...mummy kau dah tahu?" soal Nesrine pada Farrine.
"Entah. Tahu kot," balas Farrine acuh tak acuh. Tidak berminat untuk bercakap tentang hal itu.
"Ouh, okay." Nesrine membalas ringkas pada Farrine. Sudah mengenali sikap sahabat baiknya yang satu itu. Saat ini, dia kurang gemar bercakap soal keluarganya.
"Avery, sepanjang aku tak ada...ada tak apa-apa perkara yang aku perlu tahu?" soal Farrine pada Nesrine. Sebelah keningnya diangkat.
"Ada," balas Nesrine sepatah tanpa memandang Farrine. Dia lebih khusyuk menjamah makanan di hadapan mata. Padanya, makanan yang berada dihadapan matanya jauh lebih penting tika itu.
"Apa?" soal Farrine mendatar.
"Mulai harini, nama aku Hasnah Lempoyang dan nama kau pula Cik Sal," balas Nesrine bersahaja.
"Kenapa tiba-tiba?" soal Farrine pada Nesrine hairan.
Tidak sempat Nesrine ingin membalas persoalan yang diajukan oleh Farrine, dia terlebih dahulu berbisik perlahan pada Farrine.
"Dia dah sampai," bisik Nesrine. Farrine yang tika itu diselubungi perasaan ingin tahu yang tinggi, lantas menoleh kepalanya bagi melihat orang yang dimaksudkan Nesrine.
"Siapa tu?" soal Farrine.
"Budak U ni jugak. Diorang ni jenis yang suka menunjuk kekayaan. Sebab itulah aku nak kita guna nama Hasnah Lempoyang and Cik Sal. Ughh...menyampah betul aku. Aku ni lagi kaya daripada diorang la. Setakat kaya dengan harta parents, aku lagi hebat. Aku kaya dengan harta sendiri. Diorang ni tak layak nak berlagak." Nesrine menjeling mereka.
Farrine menggelengkan kepalanya beberapa kali tatkala mendengar bebelan berbaur riak itu. Nesrine ni kalau tak riak dalam satu hari, memang tak sah.
FARRINE yang duduk semeja dengan Nesrine itu diperhati oleh beberapa pasang mata kerana kehadirannya yang begitu mengejut itu. Lebih-lebih lagi apabila tersebar khabar angin bahawa dengan senangnya dia diserap masuk ke dalan universiti berprestij itu.
Farrine juga terdengar beberapa suara yang bercakap mengenai dirinya semasa melangkah masuk ke dalam Universiti itu oleh kerana beberapa orang pensyarah menunduk hormat kepadanya tika dia melintas.
"Kau tahu tak-" Nesrine memecah kesunyian yang melanda sebentar tadi.
"Tak," potong Farrine.
"Ishh kau ni Rin...dengarlah dulu aku cakap sampai habis." Nesrine menumbuk kuat bahu Farrine.

YOU ARE READING
AMNEVAR
ActionTUAN ELDEN FERRADY, seorang jejaka berkacukan Malay-Italian yang mempunyai iris mata biru cair itu dapat menarik ramai wanita untuk mendekatinya. Dia bukan sahaja seorang CEO dan jutawan muda, dia juga seorang ketua mafia yang amat digeruni, ketua E...