BAB 12

1K 115 37
                                    

FARRINE menekan butang nombor 3 di telefon meja pejabatnya untuk berhubung dengan pembantu peribadinya yang berada di luar.

"Shireen," panggil Farrine setelah talian itu bersambung.

"Yes? Is there anything that I can do to help you, Miss Elvira?" Shireen menyahut.

"Harini Fawwaz ada meeting dekat luar tak?"

"Sekejap ya, Miss Elvira. Saya tanya Khairul."

Farrine meletakkan ganggang telefon itu semula. Setelah beberapa minit, telefon itu kembali berdering.

"Yes, Shireen?"

"Woi! Shireen apanya. Ni aku, Fawwaz."

"Lah, aku ingatkan Shireen. Kau nak apa?"

"Woi! Kau yang suruh Shireen tanya Khairul aku ada meeting luar ke tak kan? Aku call kau terus la. Aduh kau ni."

"Sorry, my bad. Kau ada meeting luar ke tak ni?"

"Ada."

"Pukul berapa? Dengan syarikat mana?"

"Masa lunch. Syarikat Haze'S Legacy."

"Tu company kawan Elden eh?"

"Ya. Farren and Farrel pun join meeting ni."

"Okay. Aku ikut." Farrine terus mematikan panggilan itu.

Jam menunjukkan pukul 1 tengah hari. Masa makan tengah hari. Farrine keluar dari biliknya dan mengatur langkah ke pejabat Fawwaz. Pintu bilik pejabat Fawwaz diketuk terlebih dahulu sebelum masuk.

"Masuk!" laung Fawwaz dari dalam.

"Bro." Farrine berdiri di hadapan meja Fawwaz.

"Jap, nak off komputer."

"Okay, jom."

Setelah itu mereka bergerak ke satu-satunya lif mewah di syarikat tersebut. Farrine melangkah masuk ke dalam lif CEO diikuti oleh Fawwaz dari belakang.

"Kau nak drive ke?" soal Fawwaz apabila tiba di tingkat utama.

"Nah." Farrine melemparkan kunci keretanya ke arah Fawwaz. Fawwaz tangkas menyambut.

Para pekerja hanya diam memerhati gelagat Farrine dan Fawwaz yang tampak mesra itu. Setahu mereka, Fawwaz bukanlah seorang yang gemar bercakap tetapi kali ini dia kelihatan berbeza. Mulutnya asyik berceloteh apabila berbual bersama Farrine.

"Weh, siapa perempuan tu? Girlfriend Mr. Fawwaz ke?" soal salah seorang pekerja di situ kepada Sofia dan Talia. Kebetulan mereka ingin keluar makan bersama.

"Tak lah. Tu CEO kita." Sofia berkata dengan gentar.

"Kau nak menipu pun agak-agaklah." Pekerja perempuan itu menjulingkan matanya ke atas. Dia enggan mempercayai kata-kata Sofia.

"Aku serious ni. Dia memang CEO kita. Miss Elvira."

"Aku tak percaya," ujar pekerja perempuan tu dengan tidak berpuas hati lalu beredar pergi. Dia amat pantang sekiranya terdapat pekerja lain yang mempunyai sesuatu melebihi dirinya.

Talia hanya memerhati pekerja perempuan yang amat berlagak itu beredar dengan pandangan yang tidak berpuas hati.

"Suka hati kau lah. Aku dah cakap. Kau yang tak percaya. Kalau kena pecat lagi bagus. Menyemak je." Sofia mengomel sendirian sambil mengemas kaunter itu.

"Eh, pompuan tu dah kenapa? Miss Elvira pun layan kita elok. Dia tu siapa nak marah kita. Nasib baik dia tu orang atasan. Kalau tak, memang dah lama aku bagi penampar free. Aku geram je nak ganyang muka minah acah cantik tu. Miss Elvira lagi cantiklah. Bodoh punya perempuan!" hambur Talia.

AMNEVARWhere stories live. Discover now