Milan, Italy
FARRINE dan abang-abangnya melangkah keluar dari balai pelepasan dengan membawa troli beg masing-masing. Farrel yang berjalan di hadapan mereka sudah seperti kanak-kanak ribena lagaknya apabila tak henti berpusing-pusing. Dah macam orang tak betul.
"Hola, Italy! I am back!" jerit Farrel sambil berpusing. Farren hanya melihat tanpa riaksi.
"Abang siapalah tu." Farrine berkata dengan perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Farren yang berjalan secara beriringan dengannya.
"Abang kau la. Suis mana entah yang tercabut aku pun tak tahu." Farren berkata mendatar sambil memandang Farrel yang sedang berpusing-pusing itu.
Semua orang di lapangan terbang itu memandang Farrel dengan pelik tetapi tuan punya badan buat tak endah saja. Suka hati aku la. Badan aku. Bahagia pun aku jugak yang rasa.
"Woi, Arrel. Dahlah tu. Orang dah tengok kau pelik tu." Farrine menegur Farrel yang sudah seperti orang tidak betul.
Farrel hanya mengabaikan teguran daripada Farrine. Tiba-tiba semasa dia tengah seronok berpusing, dia terlanggar seseorang.
"Merde!" carut orang itu.
"Sorry." Farrel memohon maaf.
Farrine memandang lelaki yang dilanggar oleh Farrel itu dengan senyuman sinis. Mata melilau memandang sekeliling lapangan terbang itu. Tiga orang lelaki berbadan tegap seakan sedang mencari seseorang menyapa pandangan matanya. Farrine terus menarik Farrel untuk berlalu pergi. Farren hanya mengikut langkah adik-adiknya yang laju di hadapan. Dia terfikir mengapa adik-adiknya seperti baru sahaja ternampak hantu. Jalan laju sangat.
Sekeliling dipandang sebelum mata terpaku pada jejaka bertiga tadi. Dia juga terus berlari menyaingi langkah adik-adiknya yang berada di hadapan sana.
"Woi! Pahal korang tak cakap ada musuh?" soal Farren setelah dia masuk ke dalam perut kereta. Kereta itu dipandu oleh Nick. Macam mana budak tu ada di sana?
Flashback
Farrine melangkah turun dari tingkat atas rumahnya lalu keluar ke laman rumah. Dia ternampak kelibat Nick di situ. Dia sedang menunggu kedatangan ahli Black Cruel Angels ke rumahnya. Sementara menunggu mereka, dia keluar ke laman mencari Nick. Ada sesuatu yang Nick harus lakukan.
"Nick." Farrine memanggil Nick yang sedang termenung di kerusi batu berhadapan dengan kolam ikan.
"Asal?" soal Nick.
Farrine melabuhkan punggung di atas kerusi meja batu itu berhadapan dengan Nick.
"Aku nak kau ikut kitorang ke Italy. Aku nak selesaikan kerja dekat sana. Sepanjang di sana, aku nak kau jadi driver aku."
Nick hanya mengangguk tanda setuju. Sebaik sahaja dia menghantar kawan-kawan Farrine ke shopping mall, dia terus bertolak ke KLIA dan datang ke Itali menggunakan private jet milik Farrine.
Farrine datang ke Itali adalah atas urusan kerja. Jadi, dia akan mencari kembarnya sambil bekerja. Jika tidak jumpa, Farrine akan balik ke Malaysia dahulu untuk menghadiri majlis yang dilakukan oleh Tengku Fazrel. Kehadirannya di majlis itu sangat penting kerana identitinya akan dibongkarkan kepada pihak media.
Dahulu, identitinya disembunyikan sebagai anak Tengku Fazrel tetapi tidak lagi setelah musuh mereka mula menyerang kembali. Hari itu juga bakal mengejutkan Kaleena Lelyana.
End of Flashback
MALAYSIA
"Mister, keluarga Tengku Fazrel ingin buat majlis khas untuk membongkarkan identiti Farrine. Also, Tengku Fazrel menjemput Mister untuk sertai sekali. Dia ingin kenalkan anak Mister juga." Drey memberitahu kepada Uwais Alexander iaitu bapa Kaleena Lelyana.

YOU ARE READING
AMNEVAR
ActionTUAN ELDEN FERRADY, seorang jejaka berkacukan Malay-Italian yang mempunyai iris mata biru cair itu dapat menarik ramai wanita untuk mendekatinya. Dia bukan sahaja seorang CEO dan jutawan muda, dia juga seorang ketua mafia yang amat digeruni, ketua E...