BAB 16

964 98 14
                                    

FARRINE melihat makin ramai musuh yang naik ke tingkat 6. Dia mula menyambungkan earplugnya kepada Fawwaz tetapi talian terganggu. Fahim dan Asyraf terus hilang dari radar. Sebarang bunyi tidak kedengaran jika disambungkan.

Farrine duduk menarik nafas sebelum dia keluar dari tempat persembunyiannya secara senyap-senyap agar tidak disedari oleh musuh.

Dia ingin berlari ke arah kawan-kawannya tetapi dia ternampak kelibat Farrel. Farrine segera menarik Farrel sehingga jatuh secara terduduk.

"Aduh!" Adu Farrel dengan kuat.

Farrine menepuk dahi apabila musuh sudah mengetahui keberadaan mereka.

"Bodoh la kau ni...diorang dah sedar." Farrine marah Farrel sambil menampar bahu abangnya.

"Jangan marah dik...."

"Woi, balik nantilah sembang. Tu, musuh. Settle down diorang dulu." Farren menghentikan perbualan mereka adik beradik.

"Wait. Jangan serang lagi." Farrine membantah.

"Think of a strategy first." Farrine berkata lagi.

Farrine menerangkan ideanya kepada mereka. Mereka menganggukkan kepala, setuju dengan perancangan Farrine.

"Move!" Farren memberi arahan kepada ahli Dark Cruel King. Eagle Knight juga turut berada disitu. Eagle Knight hanya perlu menarik perhatian musuh. Elden dan Farrine akan membuat serangan hendap.

Masing-masing bersedia di dalam posisi yang diberikan.

"Kau ada pistol lebih?" soal Farrine kepada Elden.

"Ada. Kau ambil belakang poket." Elden berkata kepada Farrine. Matanya ligat melihat musuh yang mengepung kawan-kawan Farrine.

Farrine mengambil pistol itu kemudian dia menarik picu.

Kcak!

Farrine menganggukkan kepala kepada Elden. Bersedia untuk menyerang.

Mereka terus menembak secara serentak dari arah yang bertentangan.

Serentak dengan itu tembakan berbalas. Farrine membaling pistol yang dirembat daripada beberapa orang musuh tadi kepada ahli kumpulannya.

Mereka saling membalas tembakan sehinggalah kesemua musuh tumbang. Elden ingin menembak lagi seorang iaitu musuh terakhir tetapi dihalang oleh Farrine.

"Jangan tembak dia!" Farrine memberi amaran.

Farrel dan Farren serta yang lain mulai keluar. Seiring dengan itu, lampu pusat membeli-belah itu kembali terbuka.

"Mummy!" Fadrel menjerit sambil berlari ke arah wanita tua yang sedang bersandar pada dinding tidak jauh dari mereka.

"Allah!" Farrine berkata dengan kuat.

Farren memandang adiknya pelik. Farrel mengangkat kening setelah Farrine memandangnya.

"Hehehe...aku lupa yang aku selamatkan aunty tu. Aku yang letak aunty tu kat situ." Farrine berkata sambil menunjuk ke arah wanita separuh abad yang dipeluk erat oleh Fadrel. Dia yakin wanita itu merupakan ibu Fadrel.

Fadrel membawa ibunya iaitu Tengku Orked Erdina ke arah mereka.

"Thank you, selamatkan aunty daripada lelaki tadi." Tengku Orked mengucapkan terima kasih.

"Small matterlah aunty." Farrine berkata sambil menunjukkan tanda 'okay.'

"Korang okay?" soal Farrine kepada kawan-kawannya.

AMNEVARWhere stories live. Discover now