BAB 5

1.5K 144 107
                                    

FAWWAZ melangkah keluar dari kereta setelah kereta yang dipandu oleh Fahim itu berhenti betul-betul dihadapan pintu rumah agam yang bercorak bunga serta mempunyai lambang huruf F.

Pintu kereta itu dibuka oleh Fawwaz bagi menjemput Cik Mudanya keluar. Farrine melangkah keluar dari kereta itu dengan muka yang tidak berperasaan.

Asyraf yang baru tiba di perkarangan rumah agam itu memakir motorbikenya tidak jauh dari kereta mewah yang dinaiki oleh Farrine sebentar tadi.

Farrine memandang sekeliling kawasan rumahnya itu bagi mencari kenderaan yang dinaiki oleh kedua abangnya. Namun tidak kelihatan pula kenderaan itu. Yang ada hanyalah sebuah kereta sport dan sebuah motosikal berkuasa tinggi milik kakak angkatnya, Kaleena Lelyana.

Sedang Farrine ralit memerhati keadaan di rumah agam itu, dia dikejutkan dengan satu suara yang amat dirindui. Dia menoleh seketika dengan sebuah senyuman yang manis. Bibirnya tersenyum sesaat sebelum senyuman itu kembali mati.

"Adik," panggil satu suara garau dari arah belakang Farrine. Ingin menyedarkan Farrine bahawa telah lama dia berdiri di situ. Terlalu ralit sehinggakan ketibaan abangnya itu juga dia tidak perasan.

"Ya," balas Farrine dengan lemah lembut sambil mengalihkan badannya ke arah belakang untuk melihat wajah ibunya yang kelihatan masih muda walhal umurnya telah mencecah 47 tahun.

Farrine mula mengorak langkah lantas memeluk ibunya erat. Bibirnya tersungging senyuman bahagia. Sehinggalah mereka disapa oleh Tengku Nik Fazrel Elvis iaitu ayah kepada Farren, Farrel dan Farrine.

"Lamanya awak sambut tetamu," kata Tengku Fazrel. Belum perasan bahawa 'tetamu' itu merupakan anaknya.

Tengku Fazrel mengatur langkah mendekati Ku Raifa Farlisha, ibu kepada Farrine. Diikuti oleh Kaleena dari belakang Tengku Fazrel ke muka pintu.

"Saya tak sambut tetamu. Saya sambut anak saya," balas Ku Farlisha sebelum melepaskan pelukan.

"Baru ingat jalan balik?" sindir Tengku Fazrel. Suasana menjadi keruh serta-merta.

"Kalau ikutkan, kitorang tak nak balik pun. Rela bawa adik jauh dari mummy and daddy. Biar tak boleh jumpa terus," sinis Farren pula tanpa rasa bersalah.

Kaleena yang mendengar kata-kata daripada Farren hanya mengukirkan sebuah senyuman sinis. Tanpa dia sedari, dia telah masuk ke dalam jerat yang telah dibina. Senyuman itu dapat ditangkap oleh Fawwaz, Fahim dan Asyraf.

"Baguslah tu. Jangan balik terus. Jangan tunjuk muka depan kitorang pun tak apa."

"Daddy minta kitorang balik sebab nak bincang. Bila kitorang dah balik, daddy halau pulak. Kalau macam ni, better tak payah balik langsung!" bentak Farrel menahan rasa geram. Sedari tadi dia hanya mendengar kata-kata sinisan dari bapanya itu.

Farrine sedari tadi hanya mendiamkan diri. Dia hanya mendengar perbalahan antara ayah serta abang-abangnya itu sebelum mula bersuara.

"Daddy...kalau daddy minta kami balik sebab nak cakap macam ni, baik kami balik mansion kami je," kata Farrine mendatar. Tidak ada lagi seorang Farrine yang masuk air. Mudah tersenyum. Kini, dihadapan mereka Farrine yang beku. Farrine yang tidak berperasaan.

"Betul tu. Arrel sokong apa yang Rin cakap," ujar Farrel lalu melingkarkan tangannya pada bahu Farrine.

"Abang, abang cakap nak bincang dengan diorang kan? Ini, apa abang buat macam ni? Masa diorang ni tak ada, abang sibuk cari. Bila dah ada, abang halau diorang. Apa masalah abang sebenarnya?" soal Ku Farlisha mendatar. Dia juga pelik akan kelakuan suaminya pada hari itu.

"Alah, abang buat lawak je. Mana mungkin nak halau anak yang hilangkan jejak sampai tak boleh dijejaki langsung. Buat hilang dari radar menggerutu nak cari. Telefon ayahanda dengan papa seorang pun tak tahu mana tiga orang ni pergi," kata Tengku Fazrel dengan nada yang biasa.

"It's not funny, daddy." Mendatar sahaja percakapan Farren tika itu. Farren memalingkan wajahnya. Hatinya sakit. Secara tiba-tiba matanya terpandang wajah Kaleena yang kelihatan agak gembira melihat situasi itu.

'Aku akan jatuhkan kau Farrine. Kalau kau boleh berjaya, aku pun boleh berjaya. Aku ada syarikat juga. Kau? Heh, kau tak ada apa-apa,' getus hati Kaleena sambil memandang tajam ke arah Farrine.

Farrine perasan akan pandangan tidak puas hati daripada Kaleena. Diabaikan sahaja pandangan itu, kerana dari awal lagi dia tidak suka akan Kaleena. Sama seperti abang-abangnya. Oleh sebab itu jugalah, dia bersetuju untuk mengikuti abang-abangnya lari jauh dari keluarga itu.

Mereka saling berborak di hadapan pintu utama itu seakan kewujudan Kaleena bagaikan halimunan. Kaleena yang merasakan dirinya diabaikan lantas berdehem.

"Ehem..." dehem Kaleena bagi menarik perhatian orang disitu.

"Allah, sorry Kaylie. Mummy lupa Kaylie ada kat situ. So, guys...korang masih ingat kan siapa dia?" soal Ku Farlisha pada tiga orang anaknya.

"Ya. Ingat," jawab Farren dan Farrel serentak. Kemudian mereka beralih ke arah Farrine menunggu bicara daripada gadis itu.

"Hurm...ingat. Perempuan tak sedar diri yang ada angan-angan untuk musnahkan keluarga aku. Perempuan yang berhati busuk gitu. Betul tak cik Kaleena Lelyana?"

"Mana ada. Aku sedarlah aku ni dipungut je. Janganlah tuduh aku," kata Kaleena dengan mimik muka yang sedih bagi mengaburi niat sebenar dia daripada diketahui oleh Farrine.

"Oh, baguslah kau sedar diri. Jangan lupa diri," kata Farrine mendatar sebelum melangkah masuk ke dalam. Sempat bahu Kaleena itu dilanggarnya kuat. Perlahan bibirnya membisikkan pesanan buat Kaleena.

"Jangan cuba jatuhkan keluarga aku atau kau mati ditangan aku. Aku lagi kejam dari abang-abang aku. Be careful sis. Jangan keluar mulut harimau, masuk mulut buaya," bisik Farrine ditelinga Kaleena berbaur amaran.

Setelah Farrine berlalu, ahli keluarganya mula mengatur langkah masuk ke dalam rumah itu. Ruang dapur dituju. Setelah mereka tiba disitu, kelibat mahupun figura Farrine tidak kelihatan.

Farren dan Farrel saling berpandangan sebelum mereka memandang ke tingkat atas. Di mana terletaknya bilik Farrine, iaitu di tingkat tiga.

Ku Farlisha yang baharu sahaja tiba di meja itu diikuti oleh Tengku Fazrel mula berasa pelik apabila kedua anak bujang lelakinya berlari naik ke tingkat tiga rumah itu. Mereka berdua saling berpandangan.

Farren dan Farrel yang baharu sahaja tiba di muka pintu bilik Farrine itu mula mengetuk pintu. Dua ketukan sahaja sudah cukup untuk untuk membuat Farrine menjengul muka.

"Kau nak apa?" soal Farrine mendatar.

"Aku nak ajak kau makanlah dik. Takkan kau nak duduk dalam bilik je," kata Farrel.

"Aku nak kemas barang jap. Nak bawa balik mansion nanti. Kau pergilah makan dulu."

"Yelah, dik. Cepat sikit tau." Farren berkata sambil menggosok kepala Farrine yang dibaluti dengan tudung. Farrine hanya menangguk tanda faham sebagai balasan.

Farren dan Farrel mula pergi tinggalkan Farrine seorang diri didalam bilik itu. Pemergian kedua abangnya itu Farrine hantar melalui ekor matanya sahaja. Setelah kelibat kedua abangnya mulai hilang, dia menyambung semula mengemas barang yang akan dibawa pulang ke rumah agam.

Dia mengangkat barang- barang itu kemudian diletakkan di hadapan bilik. Dia menuruni tangga lalu menuju ke ruang makan. Setelah tiba di ruang makan, dia mengambil tempat di tengah-tengah antara Farren dan Farrel. Kaleena yang berhadapan dengannya itu hanya memandangnya tanpa bicara.

'Sekarang kau bahagialah dengan abang-abang kau. Sampai masa, aku akan pastikan kau merana,' getus Kaleena di dalam hati.

𝐓𝐁𝐂

updated : 18/10/2021

AMNEVARWhere stories live. Discover now