BAB 1

2.9K 229 74
                                    

DI dalam sebuah bilik yang sunyi, terdapat sekujur tubuh seorang lelaki sedang tidur dengan lena di atas katil seperti tidak ada apa yang bakal berlaku. Suasana yang sunyi tadi mula bertukar apabila telefon jejaka itu berdering pinta diangkat kerana ada pemanggil.

Jejaka itu mengeluarkan tangannya daripada selimut kemudian meraba-raba meja yang berada berada di sisi katil bagi mencapai telefon yang berada di situ. Dia mencapai telefon lantas mengangkat panggilan tersebut tanpa melihat nama si pemanggil.

"Hello?" Terdengar satu suara garau dari corong telefon itu.

"Hurm...hello?" balas jejaka itu dengan nada suara serak masih mempunyai sisa mengantuk.

"Woi!" Suara garau sebentar tadi bertukar menjadi nyaring sehingga si jejaka terjaga sepenuhnya dari kantuknya. Jejaka itu lantas menjarakkan telefonnya dari telinga lalu melihat nama si pemanggil.

"Oh shit...mamat ni nak apa?" kata jejaka itu pasrah lalu merapatkan semula telefon ke telinganya.

"Hello, haa...asal call aku?" soal jejaka itu kepada si pemanggil dengan nada mendatar.

"Kau tanya asal? Seriously bro?" soal si pemanggil geram.

"Yelah. Asal? Aku nak tidur ni. Cepatlah." Gesa jejaka itu.

"Ughh...kau lupa harini hari apa?" soal si pemanggil.

"Harini hari ahad. Cuti kan?" balas jejaka itu semula.

"What the heck! Wahai Tuan Elden Ferrady Tuan Iffat Ferrady, bukalah mata anda besar-besar dan lihatlah kalendar yang ada dekat phone itu. Harini, hari apa?" soal si pemanggil.

"Oh shit. Weh, aku ada meeting dengan ZEL'S Tours Company. Kenapa kau call lewat sangat setan!" Elden Ferrady segera bangkit dari katilnya.

"Well... it's not my fault. Aku dah banyak kali ketuk pintu bilik kau pagi tadi sampai merah tangan aku tahu tak? Kau tetap tak bangun. So, aku biarkan jelah. Kau dah solat subuh kan?" soal pemanggil itu pada Elden Ferrady.

"Ahh...apa-apa jelah bro. Aku nak mandi kejap. Give me 45 minutes," kata Elden Ferrady pada si pemanggil dengan nada serius.

Setelah dia berkata sedemikian kepada pemanggil, dia terus meletakkan telefon di atas meja yang terletak disisi katilnya kemudian bergerak masuk ke ruang wardrobe untuk membawa keluar baju yang bakal dipakai untuk ke tempat kerja.

PEMANGGIL itu hanya mampu menggelengkan kepalanya apabila Elden Ferrady kelam-kabut mematikan panggilan telefon. Pemanggil itu mendapat satu idea untuk mengenakan Elden Ferrady, dia segera menelefon anak buahnya.

Pemanggil itu ialah Tuan Fadrel Edwin. Dia merupakan sepupu paling hanat buat Tuan Elden Ferrady. Walaupun perangainya sebegitu, dia tidaklah sedingin Elden Ferrady. Dia hanya menjadi dingin apabila berhadapan dengan wanita yang bukan mahramnya. Dia tidak berapa gemar dengan insan bergelar wanita kecuali ahli keluarganya sendiri. Dia berpendapat bahawa wanita hanya suka mengambil kesempatan ke atas dirinya memandangkan dia tergolong dalam golongan berada atau lebih tempat, jutawan muda. Wanita hanya mendekatinya kerana mahu mengikis duitnya sahaja. Jadi, dia memilih untuk menjauhkan diri daripada mana-mana wanita yang cuba mendekatinya.

Fadrel Edwin yang sedang leka memikirkan rencana untuk mengenakan Elden Ferrady itu dikejutkan dengan tolakan pintu yang agak kasar dari luar. Dia yang sedang duduk diatas kerusi membelakangkan pintu itu mula memusingkan kerusinya ke arah belakang bagi melihat gerangan yang telah masuk ke dalam biliknya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

AMNEVARWhere stories live. Discover now