FARRIEN cuba untuk mencelikkan matanya dengan lebih luas tertapi tergendala dek cahaya lampu yang masuk ke matanya. Mata ditutup dan dibuka semula untuk melihat keadaan sekelilingnya.
"Aku dekat mana ni?" kata Farrien perlahan dengan nada yang serak basah.
"Kau dekat hospital..." balas Elden yang berada di sisi katil Farrien. Sedari tadi dia hanya melihat Farrien. Dia juga telah jangka yang Farrien akan sedar kerana dia perasan saja bebola mata Farrien seakan bergerak ingin mencelikkan matanya.
"Siapa kau?" soal Farrien sedikit pelik. Tidak pernah dia nampak muka itu sebelum ini.
"Aku...Elden Ferrady." Senada sahaja Elden membalas.
Farrien mengangguk.
"Kau nak air?" soal Elden. Manalah tahu sedar-sedar dahaga. Lama tidur.
"Boleh juga..." kata Farrien dan dia cuba untuk bangun duduk. Tetapi, tidak berjaya apabila dia merasa sakit seluruh tubuh.
"Kalau tak boleh bangun, minta tolong. Bukan diam je. Abang dengan adik sama ja. Mentang-mentang kembar. Semua sama. Nasib jantina lain-lain," bebel Elden sambil membantu Farrien untuk duduk.
"Kau ni banyak cakaplah..."selamba sahaja Farrien membidas.
"Aku ada kembar?" soal Farrien kepada Elden. Tidak percaya dia ada kembar.
"Ada. Kau ingat perempuan yang tolong kau masa kau kena serang?" Elden bertanya kepada Farrien.
Farrien menganggukkan kepalanya.
"Dialah adik kembar kau. Nama dia, Farrine Elvira."
"Oh, macam mana keadaan dia? Seingat aku dia kena tembak. Aku dengar tembakan sebelum aku pengsan."
"Dia dah okay. Cuma...dia tak boleh bangun duduk macam kau lah. Tapi, tak nak minta tolong..." sempat juga Elden mengutuk.
"Kau perli aku ke?" Farrien berkata sambil mata dikecilkan. Ini kalau Elden angguk...sumpah dia baling bantal kat Elden.
"Lebih kurang la..."
"Dasar betul..." bidas Farrien.
Elden merasa senang untuk bergurau dengan Farrien walaupun Farrien merupakan orang baru. Tetapi, aura Farrien buatkan dia ingin berkawan.
"Bro, aku nak tanya..." Farrien memandang ke arah Elden.
" Tanya apa?" Elden menjongketkan keningnya.
"Kalau aku ada adik, means aku ada keluarga. So, aku nak tahu apa nama aku dalam keluarga?" Farrien bertanya kepada Elden.
" Tengku Nik Farrien Elvis. Ini nama penuh kau dalam keluarga."
" Okay. Next question..."
Elden menjongketkan kening lagi. Bukan selalu dia buka kaunter pertanyaan. Haha.
"Pekerjaan mak bapa aku."
"Tengku Elvis seorang jutawan yang berjaya dan memiliki sebuah syarikat penerbangan. Manakala, Ku Raifa... merupakan desingner yang terkenal dengan fashion baju yang gempak dan menawan. Ada kala idea itu disumbang oleh anak perempuan dia Tengku Nik Farrine Elvira." Terang Elden dengan jelas kepada Farrien.
"Last, kau ada dua orang abang. Seorang bernama Tengku Nik Farrel Elvis dan seorang lagi bernama Tengku Nik Farren Elvis. Farren abang sulung. Farrel abang kedua. Maklumat tambah...Farrine panggil diorang as Arren dan Arrel. So, kau boleh panggil diorang dengan gelaran tu..." kata Elden lagi.
YOU ARE READING
AMNEVAR
ActionTUAN ELDEN FERRADY, seorang jejaka berkacukan Malay-Italian yang mempunyai iris mata biru cair itu dapat menarik ramai wanita untuk mendekatinya. Dia bukan sahaja seorang CEO dan jutawan muda, dia juga seorang ketua mafia yang amat digeruni, ketua E...