VILLA FERDINOND
MEREKA semua melangkah masuk ke dalam villa dengan lagak biasa. Kaylie tergamam melihat rekaan villa itu. Sangat unik. Pertama kali dia jejak kaki ke villa Ferdinond.
"Grandpa!" Farrine terus berlari mendapatkan Tengku Ferdinond yang baru sahaja keluar dari lif.
"Hey! My sweetiest grand daughter." Tengku Ferdinond membalas pelukan Farrine. Satu-satunya cucu perempuan dia ada.
"Ehem!" Farren berdehem menyedarkan mereka bahawa masih ada orang lain di situ.
"Oh, sorry. Jom duduk di ruang tamu. Grandma dengan menantu dia masih masak. Siap nanti, dorang panggil." Tengku Ferdinond mengatur langkah ke arah ruang tamu yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
"Jemputlah duduk." Tengku Ferdinond menjemput mereka yang lain duduk. Ramai sangat nak sebut nama.
Tengku Ferdinond melihat satu per satu muka. Ahli BCA semuanya dia kenal. Dia pernah berjumpa dengan mereka. Dia memandang Farrien.
"Farrien, mehla peluk grandpa. Lama grandpa tak jumpa cucu grandpa." Sangat lama Ferdinond rasa sejak dia kehilangan jejak Farrien. Farrien terus memeluk Ferdinond. Di sangat rindu. Dia masih ingat masa kecil kalau dia gaduh dengan Farrine, grandpa lah tempat dia mengadu.
"Kamu berdua ni siapa?" Tengku Ferdinond menyoal Elden dan Fadrel. Setelah lama dia melepas rindu dengan Farrien.
"Nama saya Elden Ferrady."
"Saya Fadrel Edwin."
Tengku Ferdinond mengangguk. Tahulah dia mereka berdua siapa. Dalam dunia perniagaan nama mereka sudah tidak asing.
"Kamu anak Iffat Ferrady? Dan kamu pula anak Ikmal Ferrady adik kepada Iffat betul?" Tengku Ferdinond sebenarnya sudah tahu sejak dia tanya siapa mereka. Dia kenal sangat Iffat dan Ikmal. Sebelum Iffat meninggal pun, Iffat sempat datang berjumpa dengannya.
"Betul." Jawab Elden mewakili Fadrel sekali.
"Grandpa, rumah grandpa ada harimau?" Nesrine tiba-tiba menyoal. Nesrine sehari tak buat hal tak sah.
"Ada. Keluar pintu ni, belakang sekali." Nesrine terus bangun dan menarik Meilana bersama. Belum sempat Tengku Ferdinond beritahu habis, kedua-duanya sudah keluar.
"Aku boleh agak dalam masa 12 minit akan dengar dua orang tu menjerit." Farrine bukan tak tahu otak gila dua orang tu.
Mereka di dalam berborak sesama sekali. Elden dan Fadrel berborak dengan Tengku Ferdinond. Mereka yang lain sedang menonton tv.
"Mel, comelnya dia!" Nesrine sudah melompat-lompat diluar sangkar harimau putih itu. Sesekali dengar harimau itu mengaum.
"Aku rasa nak lepas dialah." Nesrine terus buka sangkar harimau putih itu.
"Nesrine, aku rasa tak lawak bodoh. Mata dia macam tengah tengok makanan." Meilama memandang Nesrine. Nesrine terus memandang mata harimau putih itu. Disebabkan kawasan sangkar harimau itu kurang cahaya, dia tak boleh nampak dengan jelas pandangan mata harimau putih itu.
"Tunggu apa lagi? Larilah bodoh! Kau nak kena makan ke?" Nesrine terlebih dahulu berlari. Meilana yang sedar terus berlari mengejar langkah Nesrine yang sudah jauh di hadapan. Harimau putih yang mampak mereka berlari terus mengejar.
"Farrine!"
"Rin!"
"Elvira!"
Suara mereka berdua boleh dengar terpekik-terlolong memanggil Farrine. Farrine ja boleh selamatkan mereka.
Farrine yang dengar terus bangun lalu bergerak ke arah sliding door. Mata menangkap Meilana dan Nesrine yang sedang berlari dikejar harimau putih di belakang.

YOU ARE READING
AMNEVAR
ActionTUAN ELDEN FERRADY, seorang jejaka berkacukan Malay-Italian yang mempunyai iris mata biru cair itu dapat menarik ramai wanita untuk mendekatinya. Dia bukan sahaja seorang CEO dan jutawan muda, dia juga seorang ketua mafia yang amat digeruni, ketua E...