FARRINE melangkah masuk ke dalam rumah. Kaki terus diatur ke arah ruang tamu sebelum dia melabuhkan punggung di salah satu sofa yang terletak di ruang tamu tersebut. Keluhan berat keluar dari mulut gadis itu sebaik sahaja dia duduk di sofa.
Farrel yang baru sahaja melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan dengan Farrine itu menegur.
"Asal kau mengeluh? Ada masalah ke?" Risau Farrel tatkala menyoal si bongsu itu.
"Tak ada apa-apa. Kenapa tanya?" Farrine menyoal semula abangnya.
"Borak apa? Nak tau juga," sampuk Farren dari belakang sambil membawa mug air ditangan.
"Tak ada apa-apa." Farrine membalas dengan nada bersahaja. Fawwaz, Fahim dan Asyraf yang turut serta berada di ruang tamu itu saling berpandangan sambil menghantar isyarat sesama mereka.
"Tuan Muda Farrel." Tiba-tiba sahaja Fawwaz menyeru nama Farrel mewakili Fahim dan Asyraf.
Farrel yang sedang meneguk air buatan Farren tadi menjongketkan keningnya ke atas sambil menunggu kata-kata yang bakal ditutur oleh Fawwaz.
Fawwaz yang faham akan isyarat itu menarik nafas sebelum hembus perlahan, mahu mengambil kekuatan untuk menceritakan apa yang telah terjadi di universiti siang tadi.
"Pagi tadi, masa kitorang ikut Farrine pergi U...kitaorang terserempak dengan these girls and Tuan Farren tahu tak diorang buat palatao dekat semua orang. Diorang kutuk Farrine. Diorang cakap yang Farrine masuk Uni tu sebab biasiswa."
"Then?" soal Farren yang berada di sebelah Farrel itu.
"Diorang cakap yang Farrine miskin. Macam yang Tuan Farren tahu...Farrine guna nama Cik Sal binti Che Tan. So, yeah...I'm sorry but I had to admit that nama tu agak 'kampung'." Fawwaz berkata mendatar.
"So?" soal Farren semula, tidak faham akan tujuan Fawwaz bercerita tentang perkara yang berlaku di universiti milik keluarga mereka.
"Ish...Tuan Muda Farren dengan Tuan Muda Farrel taknak buat prom ke? Masa majlis tu kenalkan Farrine. Rasanya, lagi lama kita rahsiakan identiti Farrine...makin bahaya. Tambah-tambah syarikat FAR'S. Ramai yang pikir CEO syarikat tu memang dari ahli keluarga Elvis sebab orang-orang atasan semua ada kaitan dengan CEO." Fawwaz menerangkan apa yang dia pikirkan sejak dari tadi.
"FAR'S tu...biarlah Farrine settle sendiri. Berkaitan dengan Uni tu pula, nanti-nanti aku bincang dengan yang lain. Lagipun aku memang ada terfikir nak buat prom tu. Teringin juga nak tengok apa lagi yang perempuan tu nak buat dekat Farrine." Farren mengeluarkan kata putus. Farrel sekadar mendengar sebelum mengangguk tanda setuju.
Farrine juga turut mendengar kata-kata Farren itu namun ianya umpama angin lalu sahaja. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Fikirannya sudah menerawang jauh memikirkan muslihat yang bakal dilakukan oleh Kaylie.
"Dik...." Farrel menegur Farrine yang sudah mengelamun jauh itu.
"Farrine..." Sekali lagi Farrel menyeru nama Farrine. Namun sama seperti tadi, Farrine langsung tidak memberi sebarang respon.
"Rin!" Ternaik sedikit nada suara Farrel. Farrine seakan kembali ke alam nyata. Dia memejamkan mata sebentar sebelum keluhan keluar dari mulutnya.
"Jangan pernah mengeluh, Rin. Kalau kau ada masalah, kau share lah dengan kitorang. Apa guna kau ada abang kalau sikit pun kitorang tak boleh nak tolong kau?" tutur Farren dengan nada yang lembut kepada Farrine. Dia tahu adiknya sedang menyembunyikan banyak masalah daripada mereka.
YOU ARE READING
AMNEVAR
AksiTUAN ELDEN FERRADY, seorang jejaka berkacukan Malay-Italian yang mempunyai iris mata biru cair itu dapat menarik ramai wanita untuk mendekatinya. Dia bukan sahaja seorang CEO dan jutawan muda, dia juga seorang ketua mafia yang amat digeruni, ketua E...