FARRINE melangkah masuk ke dalam rumah agam milik Farren. Bilik tidurnya terus dituju. Beberapa barangan penting miliknya dikemas sebelum dimasukkan ke dalam begnya. Dia akan balik ke rumah agamnya sendiri kerana dia harus berbincang banyak perkara bersama ahlinya. Ahli yang telah lama mendiamkan diri. Sekarang, kumpulan yang selama ini mendiamkan diri akan muncul semula. Black Cruel Angels is back!
Farrine membuka telefonnya lalu nama Farrel dicari. Dia hanya menghantar pesanan ringkas. Dia memaklumkan kepada Farrel bahawa dia akan pulang ke rumahnya sendiri.
Setelah mendapat balasan mesej Farrel, Farrine membuka chat group Black Cruel Angels. Farrine segera mengarahkan ahli kumpulannya untuk pulang ke rumah agamnya.
Telefonnya ditutup selepas pesanan dihantar. Kunci kereta Audi miliknya dicapai. Garaj kereta dibuka dan enjin kereta terus dihidupkan.
Kereta Farrine meluncur laju di atas jalan menuju ke rumah agamnya. Rumah agam tersebut terletak di hujung bandar dan kawasan yang sedikit tersembunyi.
Kereta berjenama Audi itu meluncur masuk ke dalam pekarangan sebuah rumah agam yang serba mewah. Tertulis juga logo FE pada pagar rumah agam itu.
Farrine melangkah keluar dari perut keretanya dan kesemua ahli Black Cruel Angels yang menjaga rumahnya itu menunduk hormat kepada ketua mereka.
"Selamat pulang Cik Muda Farrine," kata salah seorang anak buahnya.
"Thank you." Dingin dan ringkas sahaja suara Farrine membalas.
"Nanti bila diorang sampai, terus buka pintu. Jangan tak bagi masuk pulak," pesan Farrine kepada anak buahnya.
Anak buahnya hanya mengangguk tanda faham.
"By the way, don't even think of betraying me! Kalau aku tahu ada pembelot, aku tak akan lepaskan kau termasuk ahli keluarga kau. Mark my words," pesan Farrine dengan tegas dan dingin. Terselit juga ugutan.
Anak buah Farrine hanya meneguk air liur. Mereka pasti ada pembelot di antara mereka kerana Farrine tidak akan ugut sebegitu tanpa sebab yang kukuh.
RUMAH agam Farrine menjadi riuh-rendah dengan kedatangan ahli kumpulannya.
"I'm back, losers! Hola averybodeh!" Nesrine menjerit dengan kuat. Masih ingat Nesrine? Ya, dia lah tu. Salah seorang rakan karib Farrine.
"Bising eh kau. Dasar anak tebuan," sampuk Aasiya Ayasya. Gadis yang paling ayu di dalam kumpulan Black Cruel Angels. Nampak je ayu tapi kalau dia marah, memang boleh membawa maut.
"That's totally normal, okay. This is Nesrine Helena binti Haider Azray! Kalau tak bising tu, memang bukan akulah." Nesrine membalas sambil mendabik dada.
"Suka hati engkau la, Hel," kata Meilana Aludra. Dia merupakan sepupu kesayangan Nesrine dan juga kakak kepada Luissa. Sekiranya Nesrine dan Meilana bergabung, mereka akan membawa masalah kepada kumpulan. Itu baru mereka berdua, tak tambah lagi dengan seorang ahli Black Cruel Angels yang satu kepala dengan mereka. Siapa? Kita tunggu je dulu.
"Heyyo! Don't you miss me, cousins?" Nesrine berkata kepada Meilana dan Luissa.
"No!" Serentak Luissa dan Meilana berkata.
"Hurm...sampai hati korang tak rindu aku. Majuk ah cenni." Nesrine memeluk tubuh dan mencebik. Dia berjalan ke arah sofa lalu mehempas punggungnya di atas sofa itu.
"Ha, merajuklah. Kau merajuk pun, bukannya cousins kau akan pujuk." Aasiya mengusik Nesrine yang sudah menjelingnya tajam itu.
"Shut up."
YOU ARE READING
AMNEVAR
ActionTUAN ELDEN FERRADY, seorang jejaka berkacukan Malay-Italian yang mempunyai iris mata biru cair itu dapat menarik ramai wanita untuk mendekatinya. Dia bukan sahaja seorang CEO dan jutawan muda, dia juga seorang ketua mafia yang amat digeruni, ketua E...