BAB 15

940 114 22
                                    

FARRINE hanya mengekor kawan-kawannya dari belakang. Dia sendiri tidak tahu apa yang ingin dibeli. Sedang dia mengikut kawan-kawannya itu, dia terperasan akan seorang wanita yang lebih kurang baya ibunya seakan sedang bertekak dengan seorang penjual.

"Katniss." Farrine memanggil Dianne yang berjalan tidak jauh darinya.

"Asal?" soal Dianne kepada Farrine senada.

"Aku nak pergi kedai tu kejap. Aku tengok aunty tu macam tengah bertengkar. If ada yang serang sepanjang aku tolong aunty tu, kau hantar kod kecemasan." Farrine berpesan kepada Dianne lalu terus berlalu pergi.

"Farrine nak pergi mana?" soal Luissa.

"Dia cakap nak tolong aunty kat kedai sana. Katanya aunty tu macam tengah gaduh," terang Dianne kepada Luissa.

Mereka yang lain hanya mengangguk faham.

"Guys...nak beli apa lagi?" soal Kaleena.

"Entah. Dah habis satu mall kita jalan." Nesrine berkata.

"Banyak betul barang korang," tegur Dianne.

"Hehehe...orang belanja. Kita kena guna sebaik mungkin." Hayla berkata dengan nada yang bangga.

"Korang." Aasiya memanggil.

"What?" soal Meilana.

"Korang perasan tak, Farrine selalu belanja kita. Kita tak pernah belanja dia. Korang tak terfikir ke yang Farrine akan terasa dengan kita. Yelah, dia penat-penat kerja. Berjaga siang dan malam semata-mata nak majukan syarikat dia. Kita sewenang-wenangnya habiskan duit dia," terang Aasiya. Dia terasa tidak adil kerana setiap kali mereka membeli-belah, Farrine yang akan keluarkan duit.

"Aku rasa ada betul juga. Farrine jarang bersuara about duit. Kita pun tak belanja dia." Meilana berkata dengan nada kesal.

"Jangan nak buat sedih la. Nanti kita belanja lah." Selamba Hayla berkata.

"Anyway, jom habiskan duit Farrine!" Ceria Meilana berkata dan merampas kad milik Farrine dari tangan Kaleena.

"Aku tak nak. Barang aku dah banyak." Luissa berkata dengan suara mendatar.

"Aku pun." Dianne berkata dengan nada biasa. Dia sebenarnya terhutang budi dengan Farrine. Tetapi, itu hanya dia dan Farrine tahu.

"Aku tak nak." Kaleena bersuara.

"Okay look, aku memang nak pergi shopping tapi sekarang ni Farrine lebih penting. Kau tak rasa ke dia buat alasan je nak tolong aunty tu?" soal Nesrine kepada mereka yang lain. Dia berasa tidak sedap hati sejak dari dalam kereta lagi.

Mereka yang lain terdiam seketika memikirkan kata-kata Nesrine. Ini kerana firasat Nesrine sentiasa betul. Nesrine boleh dikatakan mempunyai kelebihan untuk menjangkakan sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Bang!

Bang!

Bang!

Berdas-das tembakan dilepaskan secara rawak. Orang awam mula panik dan berlari tidak tentu arah. Ada yang berlari meninggalkan kedai. Ada juga yang menutup kedai.

Dianne yang mendengar tembakan rawak itu terus menghantar kod kecemasan. Dia mencari kelibat Fawwaz, Fahim dan Asyraf tetapi tidak dapat dikesan.

"Weh, aku ada ini je." Hayla berkata sambil membawa keluar pisau yang tersimpan kemas ditepi poket seluarnya lalu ditunjukkan ke arah kawan-kawannya.

AMNEVARWhere stories live. Discover now