RAMBUT hitam pekatnya yang mengurai panjang diikat tinggi ala ala Ariana Grande. Wajah Angels lain dipandang bosan.
"Babi! aku bosanlah!" Suaranya bergema kuat dalam rumah agam itu. Serta merta dirinya ditatap tajam oleh beberapa pasang anak mata.
"Aku pun!" sahut Meilana lebih kuat.
"Diamlah, syaitan."
"Kau dah kenapa jerit macam orang gila?"
"Dah nak mati ke?"
"Kalau boleh jeritlah kuat lagi biar semua jiran kita dengar."
"Aku bosan," ujar Dianne tanpa rasa bersalah. Gelas kaca yang berisi air tropicana twister milik Luissa dirampas dengan selamba daripada tangan Luissa. Luissa yang sedang membaca novel terus tersentak. Hampir sahaja air itu tertumpah di atas novel dia.
"Tak guna kau Katniss!" Satu lagi jeritan bergema dalam rumah itu.
"Porc," carut Aasiya. Nasib baik dia tak sempat minum air, kalau tidak pasti air itu sudah disembur ke muka Farrine yang duduk bertentangan dengannya.
"Kalau kau sembur dekat muka aku tadi, aku humban kepala kau dalam jamban," bisik Farrine kepada Aasiya. Dia tahu apa yang sedang difikirkan oleh gadis itu.
"Jom keluar shopping, kalau tak rumah ni akan jadi zoo negara sekejap lagi. Sekarang dah ada tiga ekor monyet menyanyi dalam rumah," ujar Farrine bersama sindiran.
"MERDE!" tempik Dianne, Luissa dan Meilana serentak.
"Avery, kau ni everyday tengok horror movie. Nasib baik muka tak tukar jadi Valak." Hayla yang juga kebosanan mula mengusik Nesrine yang sedang bersandar di bahu Kaleena. Nesrine memang begitu. Suka betul sandar pada bahu orang lain. Kaleena hanya menayangkan wajah pasrah. Padah.
"Ave...cubalah kau duduk kat sana sikit." Kaleena menggeleng kepala melihat Nesrine yang masih berada rapat dengannya. Khusyuk sangat tengok movie sampai dah kebas bahu Kaleena. Kalau kepala ringan takpelah juga tapi ni kepala batu. Berat sama macam badak.
"Faith, kau jangan sampai aku makeup kau jadi Annabelle doll. Terus jadi hodoh macam janda Milah tu," getus Nesrine tidak berpuas hati. Hello, dia lagi lawa daripada hantu okay!
"Eh, tolong sikit. Kalau kau makeup aku macam patung Annabelle pun, aku tetap cantik," balas Hayla bersahaja.
Farrine hanya mendiamkan diri. Dia ingin melihat sejauh mana mereka ingin bertekak sesama sendiri. Kaleena hanya menepuk dahi kemudian dia menggelengkan kepala.
Setelah Farrine berasa kawan-kawannya telah bertenang, dia terus bersuara.
"Dah bertendang ke semua?" soal Farrine dengan nada mendatar.
"It's bertenang...." Luissa membetulkan ayat Farrine sebentar tadi.
"Tak. Kalau dengan korang, bukan bawa bertenang tapi bawalah bertendang." Farrine berkata senada.
"Tak lawaklah babi," ejek Dianne selamba.
"Woi! Aku bosan ni." Meilana menyampuk perbualan mereka.
"Jom shopping!" jerit Nesrine.
"Farrine belanja!" jerit Aasiya.
"Fine. Aku belanja. I give you 20 minutes untuk bersiap sekarang. Lambat, aku ciao! Korang pergilah shopping guna duit sendiri." Farrine berkata sambil berpeluk tubuh dan menyandarkan badannya ke sofa itu.
"Kau tak nak bersiap?" soal Kaleena.
"Tak. Aku malas. Pakai gini jelah." Ringkas Farrine berkata.
YOU ARE READING
AMNEVAR
AksiyonTUAN ELDEN FERRADY, seorang jejaka berkacukan Malay-Italian yang mempunyai iris mata biru cair itu dapat menarik ramai wanita untuk mendekatinya. Dia bukan sahaja seorang CEO dan jutawan muda, dia juga seorang ketua mafia yang amat digeruni, ketua E...