Ruinous Vampires

264 17 0
                                    

"Kenapa kau pikul aku sepanjang jalan ni?" Adreana merungut.

"Sebab kau manusia,lembab berjalan" Itu yang dikatakan Damien yang mengundang kegusaran Adreana.

Lelaki berwajah pucat namun tampan itu langsung tidak beriak,membuatkan Adreana rasa geram.

Damien mengusung Adreana di sepanjang jalan pulang ke dunianya. Bagi seorang vampire sepertinya,langkahnya amat berbeza berbanding manusia normal.

Cara vampire berjalan dan kecepatannya sepantas kilat. Damien seakan membelah udara dengan langkahnya yang selaju atau lebih laju dari F1. Dia melalui sebuah hutan yang gelap,sunyi. Hanya langkahnya yang kedengaran dan angin yang menderum serta bunyi ranting, gemersik daun kering dek angin yang kuat.

Damien melintasi sempadan dunia manusia dan vampire. Dari mata kasar,sempadan ini terlihat biasa dan hanya nampak seperti sambungan dari hutan belantara ini namun sementelah kaki melangkah,mereka berdua masuk ke dalam dunia di sebelah sana.

Adreana terpana dek dunia yang baru saja dia pertama kali dia ketahui wujud. Suasana persekitaran dunia sangat lain. Bukanlah indah seperti dunia bunian mahupun alam ghaib yang lain. Tidaklah juga dia ingin katakan,dia pernah menerokai dunia spesies lain,tidak. Dunia vampire terlihat 'old school'.

Awan gelap dan mendung di atas kepala,angin sejuk dan sepoi-sepoi bahasa menerkam wajahnya,menyebabkan Adreana menggigil. Damien yang menyedari akan itu mengalihkan wajah,melihat ke bawah ke arah gadis itu.

Dakapannya diperketatkan dan dia membawa Adreana lebih dekat dengannya,melindungi gadis itu dari kesejukan.

Kadangkala dia tidak faham dengan diri sendiri. Kenapa dia kisah akan gadis itu? Dia ni manusia yang ditakdirkan untuk vampire sepertinya menghisap kering darah manusia seperti Adreana. Namun gadis ini berjaya menarik keluar sifat pelindungnya.

Dia..'protective' sebenarnya. Tapi tidaklah mahu dia menjadi 'Knight in Shining Armor' untuk Adreana.

Damien meneruskan perjalanan ke istana Rui'ryn Kingdom. Istana permaisuri dan raja iaitu ibunda dan ayahanda Damien.

Sepanjang perjalanan,Adreana diam seribu bahasa sambil mata meliar melihat sekeliling dan kawasan yang dilalui Damien. Damien mengambil jalan jauh untuk ke istana demi melindungi Adreana dari mata-mata vampire yang lain.

Tengok? Kenapa dia kisah akan Adreana?. Damien ketap bibir sendiri. Mungkin disebabkan arahan ayahandanya untuk membawa Adreana ke sini dalam keadaan yang selamat. Dia nak sedapkan hati sendiri.

Damien memasuki perkarangan istana dengan Adreana yang masih dalam usungannya. Pengawal yang menjaga pintu masuk dan pagar istana tunduk hormat apabila putera mereka melangkah masuk ke dalam kawasan istana.

Kesatria yang lalu lalang disitu juga melakukan perkara yang sama cuma mereka memberikan riak wajah pelik dengan seribu tanda tanya.

Kenapa putera mereka membawa pulang manusia beraroma darah yang manis? Namun mereka memutuskan untuk tidak masuk campur urusan putera beku itu. Silap langkah atau kata,mahunya mereka hilang kepala.

Langkah Damien terhenti di pintu masuk utama istana. Pintunya saja sudah setinggi kira kira 60 kaki. Adreana sekali lagi terpana melihat pintu kayu berukiran unik itu. Sangat menerapkan ciri-ciri kehidupan vampire.

Damien akhirnya menurunkan Adreana dan memberikan gadis itu ruang untuk berjalan sendiri. Gadis itu hanya memberikan renungan yang tidak boleh ditafsirkan. Dia masih lagi nampak 'curious' dan terpinga-pinga.

"Mana raja dan permaisuri?" Damien bertanya pada salah seorang kesatria yang mengawal di pintu masuk utama istana dengan wajah beku,tidak beriak itu. Sebeku darah vampirenya

HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Where stories live. Discover now