isabelle

112 11 0
                                        

"U-ugh"




Perlahan lahan Asher membuka mata. Pandangannya masih lagi kabur dan gelap lalu dia tersedar,



matanya ditutupi dengan sehelai kain.
Lelaki itu cuba menjerit meminta tolong tetapi dia membatalkan hasratnya apabila dia terdengar bunyi derapan tapak kaki seseorang datang menghampirinya.



Orang itu menarik kasar kain yang menutupi mata Asher.


Apabila dia mendongak melihat wajah orang tersebut,dia terkejut sukar untuk percaya.


Di hadapannya adalah Rossia.


"Rossia..tolong lepaskan aku"



Asher cuba meminta belas kasihan darinya.


"Apa? Lepaskan kau? Boleh..tapi kau kena tolong aku dulu"


ujar gadis itu.


"Kau nak aku tolong apa?"


Asher menjadi semakin bingung. Rossia berjalan ke hulur ke hilir dengan riak dan berkata


"Tolong aku hapuskan Adreana"



ujarnya dengan sengihan jahat. Asher terkejut mendengarkan ucapan Rossia.

"Kenapa kau nak buat macam tu dekat Adreana?"


"Kau tak terfikir ke Ash..sejak perempuan tu datang kat istana kita,macam macam jadi..perempuan tu bawa sial tahu tak!..dia dah tuduh abang kau sampai dia mati.."



Rossia melemparkan kata katanya dengan penuh kebencian.



"Aku terdengar uncle kata perempuan tu Half Blood..dah mesti dia tak suka vampire macam kita ni sbb dia kan membesar kat dunia manusia dan mesti dia nak bunuh semua vampire supaya kita tak kacau dunia dia..kau tak terfikir ke Ash?"


Rossia menyambung kata katanya lagi.











Pov istana

Ketika mereka semua sedang sibuk membincangkan tentang bulu burung gagak yang ditemui di hutan itu,

Tiba tiba datang seorang pengawal memberitahu bahawa Olivia berada di luar gerbang istana ingin berjumpa dengan mereka.

"Suruh dia masuk"


arah Dylan pada pengawal tersebut.

Mereka pun menceritakan tentang bulu burung gagak yang dijumpai itu pada Olivia


"Hmm..bulu gagak ni memang dari puak kitaorang..tapi tak silap aku,puak ahli sihir sekarang dah banyak hilang tenaga sihir..diorang nak arahkan burung gagak pun tak mampu..mustahil ada orang yang boleh guna sihir tingkat ni".

Selepas mereka mendengarkan penjelasan Olivia,mereka semua mula mengesyaki wanita itu adalah angkaranya.


"Ke kau yang buat semua ni Olivia?"


ujar Adreana.


Olivia terkejut mendengar tuduhan gadis itu dan berkata


"Eh takkan aku rancang benda ni"


Mereka memandang Olivia dengan pandangan curiga. Wanita itu hanya menundukkan wajahnya


"Mustahil ada orang yang sihirnya masih kuat selain aku dengan Davina"


bisiknya dalam hati.



Lalu dia teringat bahawa Davina mempunyai seorang anak murid dan pernah mengajarinya sihir.

"Davina ni ada anak murid bernama Isabelle dan boleh dikatakan semua ilmu dia diturunkan pada Isabelle..tapi tak mungkin lah Isabelle yang buat macam ni sebab ilmu dia belum cukup kuat...."

Ujar Olivia dengan keluhan yang panjang



"Tak lama lepas Davina mati dulu..ada seorang gadis serang Damien dengan Ash dan dia kata pasal nak balas dendam atas kematian seseorang macam tulah...mungkin gadis tu Isabelle?"


kata Damien




Olivia yang terkejut mendengar hal itu lalu berkata




"jangan jangan isabelle ni nak balas dendam atas kematian Davina..tapi dia ingat kamu semua yang bunuh dia sebab dia mati dekat depan istana ni...."



"kalau betul kita kena cepat cari Isabelle sebelum dia buat benda lagi teruk"



sambung wanita itu lagi


Dylan mengangguk lalu mengarahkan pergawalnya untuk mencari gadis dalam lingkungan 20an itu.



Mereka yang berada disana pun bersiap untuk mencari Isabelle


tiba tiba terlihat Asher yang baru pulang dari mengembara.


"Eh korang nak pergi mana ramai ramai ni? Olivia pun ada?"


Mereka pun menceritakan segalanya pada Asher



"kau nak ikut tak?"



soal Adreana





Namun lelaki itu hanya mengabaikan soalan adreana dan memasuki istana.



"Ash penat lah tu..dia baru balik mengembara jauh jauh kan?"



kata Damien.


Adreana menoleh kembali ke arah lelaki itu dan terlihat Asher sedang berbisik sesuatu pada salah seorang pengawal istana dan mereka berdua berjalan menuju ke suatu tempat.



Adreana ingin mengikuti mereka dan Damien menyedari itu langsung bertanya


"kau nak pergi mana? Biarlah Ash tu nak rehat dia penat tu..kita pun dah nak gerak kan jadi baik kita bersiap"



gadis itu hanya mengangguk dan mereka berdua menuju ke bilik masing masing untuk bersiap.



Tetapi,tiba tiba terdengar bunyi huru hara di luar istana



Dylan dan Natasha bergegas ke arah jeritan itu dan ia berasal dari taman bunga berdekatan istana.


Apabila mereka sampai di taman bunga tersebut,terlihat seorang pengawal mukanya pucat dan lesu seolah olah dipukau sedang cuba mencekik pembantu rumah istana.



Dylan pun mengarahkan pengawal lainnya untuk menahan pengawal yang pucat itu agar dia tidak lari.




"Apa jadi dekat pengawal tu?"




tanya Natasha pada pembantunya yang jatuh terduduk di rumput itu.



"Tadi masa saya ke sini nak siram bunga saya ternampak dari jauh pengawal tu tengah berbual dengan seseorang lepas tu dia terus jadi macam tu"



jawabnya



"Ni mesti Isabelle yang pukau pengawal tu"



ujar Olivia.



Damien dan Adreana yang baru bersiap tadi segera datang untuk melihat apa yang terjadi namun tiba tiba pengawal yang dipukau tadi menjadi semakin agresif dan terlepas dari cengkaman pengawal yang memegangnya.



Dia berlari menghampiri Adreana dan Damien lalu mengeluarkan pisau dari belakangnya.



Pengawal tersebut cuba menikam Adreana namun Damien yang menyedari akan hal itu sempat menepis pisau tadi.



Perut Adreana berdarah dengan banyak kerana terkena goresan pisau yang hampir menikamnya







to be continue..







Stay tune for the next chapter!! Thanks for reading!!







HALF BLOOD




-ayra/putri/shah

HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang