Miss Mysterious

82 8 0
                                    

Damien dan Asher menyedari serangan dari orang misteri itu lalu dengan segera mengelak.

Dari gayanya dan sosok tubuhnya,dia adalah seorang gadis.

Lalu dia melangkah sedikit ke belakang dan menyerang mereka berdua dengan sihir elemen api hitam.

Damien dan Asher dengan pantas menggunakan sihir perlindungan lalu mereka melompat menghampiri gadis itu dan cuba untuk menyerang dengan serentak.

Tetapi serangan mereka ditepis begitu saja.

Damien dan Asher melompat kembali ke belakang menjauhi gadis itu.

Damien melihatnya serta sihir gadis itu seakan pernah dijumpai.

"Kau siapa? Apa maksud kau tadi? Siapa yang mati?"

Soal damien

" Kau tak payah pura pura tak tahu..korang dah bunuh dia..suatu hari nanti aku akan datang kembali untuk balas dendam"

ujar gadis itu lalu menghilang.

"Aduhh"

Asher tiba tiba mengaduh. Dia melihat lengannya berdarah dengan banyak.

Asher rupanya terkena serangan tadi.

Lalu Damien membawanya masuk ke dalam rumah untuk dirawat.

"Jom ikut aku balik istana..kau tak boleh tinggal sini sorang sorang"

Damien cuba memujuk Asher pulang ke istana bersamanya.

Lelaki itu hanya mengangguk tanda setuju dan setelah Damien merawat Asher

mereka pun pulang ke istana sambil Asher dipapah Damien.

Setibanya di istana,


kelihatan semua orang sedang menunggu kepulangan mereka berdua.

"Apa dah jadi ni?"

Soal Dylan.

"Kitaorang kena serang dengan siapa entah tadi"

kata Damien dengan malasnya


"Ash..jom ikut aku pergi bilik perawatan letak ubat yang ada dekat sana biar cepat sikit pulih"

ujar Rossia.

"Eh tak payah la Damien dah letak ubat tadi dekat sana"

jawab Asher dengan nada sedikit kesal.

"Memang lah.tapi baik letak ubat yang kau buat biar lagi cepat sembuh"

kata Rossia.

"Tak apa tak payah nanti aku tahu lah letak sendiri"

jawab lelaki itu lalu menaiki anak tangga menuju biliknya.


"Tak apalah Rossia mood dia tak berapa baik tu"

ujar Natasha sambil senyum

"Tak apa aunty Rossia faham"

jawab Rossia sambil membalas senyuman Natasha

Pada malam itu,


mereka pun berkumpul untuk makan malam bersama kecuali Asher yang masih lagi memerap diri dalam bilik sejak petang tadi.

"Mana Ash? Dia tak turun makan ke?"



soal Natasha.


"Tak tau la..tak apa lepas makan nanti Damien hantarkan makanan ni ke bilik dia"


ujar Damien



Usai makan malam,


Damien membawakan sepotong stik daging dan secawan jus oren ke bilik Asher.


"Ash aku ada bawakan makanan ni"

jerit Damien lalu membuka pintu bilik sepupunya itu.

Muka Asher terlihat pucat dan tidak bermaya,matanya bengkak kerana terlalu banyak menangis.


"Ha letak la atas meja tu"

ujar Asher


"Ash..aku nak tanya sikit..kau tahu tak yang Charles dulu pernah buat perjanjian dengan Olivia"

soal Damien.

"Perjanjian? Perjanjian apa? Aku tak tahu apa apa"

jawab lelaki itu dengan bingung.

Damien pun menceritakan segalanya tentang perjanjian antara Charles dan Olivia seperti yang diberitahu wanita itu..



Kegelapan disitu membuatkan tempat itu terlihat sangat suram

seseorang sedang duduk di sebuah aula khas baginya manakala seorang lagi sedang melutut hormat padanya dan berkata

"salah sorang dari mereka dah mati..sekarang kita nak buat apa lord?"



Dia pun tersenyum sinis mendengarkan perkhabaran baik baginya itu







to be continue...






Stay tune for the next chapter!! Thanks for reading!!






HALF BLOOD







-ayra/putri/shah

HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Where stories live. Discover now