THE PALACE OF HELL

205 16 4
                                    

"Adreana!! Adreana!!" Suara Damien bergema ke seluruh hutan belantara namun tiada sahutan.

Dia sudah mencari di merata tempat dan yang hanya dia jumpai adalah kesan titisan darah tidak jauh dari tempatnya bergelut dengan kesatria tadi. Dia hilang haluan dan juga seakan akalnya tidak boleh fikir panjang.


Siapa? Siapa yang culik Adreana? Kesatria tadi itu ada bawa rakan subahatnya juga kah? Namun tika itu,akalnya terdetik dan dia pegun.

Tanpa berlengah,dia berlari sepantas kilat ke arah istana ayahanda dan bondanya kembali. Dalam fikiran hanya ada Adreana. Perempuan itu sudahlah pendek,berlari pun tak laju apatah lagi nak berlawan dengan orang.


She's as fragile as glass! Sungguh,dia tak mampu bayangkan kalau seseorang apa-apakan dia..apatah lagi kalau Lexusin yang menculiknya. Lexusin itu..bahaya.


Deruan angin yang kuat dek kerana langkah Damien mampu menggoyangkan pokok-pokok disitu. Dia berlari memasuki istana. Hampir terjatuh pengawal yang menjaga pintu pagar istana disebabkan larian laju Damien.


"Ma! Pa!. Adreana..Adreana kena culik!" Jeritnya panik.

Dylan dan Natasha yang baru saja keluar dari dewan makan terdengar akan suara putera mereka. Luruh jantung bila mereka dengar yang Adreana diculik. Pantas langkah mereka bergerak ke arah pintu utama istana di mana Damien berdiri. Tercungap-cungap lelaki itu.


"Adreana diculik?" Dylan memandang Damien dengan mata lebar.


Dia cuba menahan amarah memikirkan segala kemungkinan yang bakal berlaku. Dia juga tak mampu berbuat apa-apa kerana dia tak boleh kesan kedudukan Adreana.

Natasha disitu sudah tak tenteram manakala Damien sudah mundar-mandir sambil menahan geram dan kesal.

"Sabar,Damien. Bawa bertenang." Si ibu cuba menenangkan anaknya namun dia hanya menerima reaksi kesal dari Damien.


"Bertenang? Adreana kena culik,ma! Mana boleh bertenang!" Bidasnya.



Natasha pula terkebil-kebil. Eh,risau semacam je budak ni? Dia juga tadi yang memanggil Adreana 'brat','spoiled' segala.

"Mana istana si iblis tu? Damien pasti Adreana ada di sana!" Damien merengus,mengepal penumbuk.

Auranya sudah bertukar gelap apabila menyangkal bahawa Adreana berada di dalam genggaman Lexusin sekarang.


"Sabar,Damien. Kami pun tak tahu di mana istana Lexusin. Yang tahu hanya ibu kandung Adreana je sebab kerajaan dia pernah berperang dengan kerajaan Lexusin dulu." Ujar Dylan.



Damien menghela nafas berat cuba untuk menenangkan diri. Dia terlalu risaukan Adreana sampaikan otaknya pun tak mampu berfikir secara rasional sekarang.


Tapi kenapa dia risaukan perempuan itu pula? Ah,bukan masanya untuk berfikir tentang egonya sekarang!

"Duduk dulu,Damien. Kita bincang cara nak selamatkan Adreana." Kata Natasha dan dengan lembut menarik lengan si anak,dibawa ke ruang tamu istana.


Mereka bertiga mengambil tempat di sofa dan mula berbincang. Dylan menerangkan tentang status dan hubungan yang tegang di antara kerajaan ibu kandung Adreana dan juga Lexusin.



"Kerajaan ibu Adreana bermusuh ketat dengan Lexusin dan seluruh Ruinous Vampire. Sebabnya mereka ada kisah silam yang..agak kelam bagi papa." Ujar Dylan.

Damien yang mendengarkan itu mengehla nafas berat dan tersandar pada sofa empuk itu. Hatinya walang memikirkan keadaan Adreana sekarang.


'Jangan mati dulu,manusia. Aku nak kenal kau lagi.'


HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Where stories live. Discover now