The Guard

97 11 0
                                        

"ARGHHH!"




Erangan sakit Adreana bergema. Tangannya mencengkam bajunya sendiri pada bahagian yang ditikam.




Darah membasahi fabrik dengan laju. Semua yang berada di situ tergamam sebelum segera menghampiri Adreana.




Damien dengan segera mendapatkan gadis itu,menangkap tubuhnya sebelum Adreana jatuh ke tanah.




Pucat wajah Damien yang sememangnya pucat ketika Adreana dilanda kesakitan.





"Ash! Ash,tolong Adreana!!" panggil Damien dengan cemas. Waktu ini,hanya Ash yang mampu memberikan penyembuhan yang cepat untuk kecederaan yang parah ini.




Adreana ditikam di bahagian fatal!




Sempat Ash terpinga-pinga,dia yang baru tiba terus bergegas ke arah Damien dan mendapatkan Adreana. Tubuh gadis itu dicempung dengan cermat supaya kecederaan tidak menjadi lebih teruk.




Lantas Ash berlari ke arah pintu utama istana.







"Pengawal,jangan lepaskan Vermillion lagi! Tangkap dia! Jika perlu,cederakan dia supaya dia tidak lari!" Suara Dylan memetir dengan penuh kesal.





Pengawal-pengawal istana memastikan Vermillion kemas di dalam cengkaman mereka. Lelaki itu masih dirasuk dan dengan agresif bergelut dengan tenaga lelaki di situ.





Rakan pengawal Vermillion seboleh-bolehnya tidak mahu mencederakannya tetapi keadaan terlalu memaksa. Salah seorang dari mereka melibaskan pedang ke arah peha Vermillion sehingga tercarik dan terluka.





Vermillion terjerit kesakitan. Sehingga peha keduanya pula dilibas oleh pedang,dia akhirnya jatuh melutut di tanah dengan masih ditahan oleh pengawal yang lain.






Dylan,Natasha dan Olivia menghampiri Vermillion.





Dylan memberikan isyarat mata ke arah Olivia dan segera difahami wanita itu,Olivia mendekatkan diri dengan Vermillion yang masih mendengus geram dan dibaca satu mantera penyembuhan.






Vermillion mula rasa resah dan bergelut lagi namun lelaki itu perlahan melemah. Matanya yang bersinar merah gelap tadi berubah kepada merah saga kembali.






Sebaik saja Olivia meniupkan mantera itu pada wajah Vermillion,akhirnya dia kembali mendapatkan kesedaran dan rasionaliti kembali.







"Cerita." Tidak langsung memberikan peluang untuk Vermillion berkata,Olivia terus mendesak untuk penjelasan dari Vermillion.







Vermillion yang masih keliru dengan situasi mula merasakan kesakitan pada pehanya tadi.






Dylan mengarahkan pengawal yang menahan Vermillion tadi untuk melepaskannya dan memberikan lelaki itu ruang. Waktu itu,barulah Vermillion dapat mengambil nafas dan akhirnya jatuh terduduk di tanah.







"Saya tak berapa ingat apa yang jadi. Ada suara yang bisik dekat telinga saya untuk pergi ke taman istana dan cari sesuatu. Saya seperti dikawal dan saya pergi ke taman istana ini sebelum semuanya tiba-tiba gelap. Saya fikir saya pengsan. Sedar-sedar,saya ada dekat sini."









"Kau tahu siapa punya suara itu?" Suara tegas Damien muncul dari belakang.







Merinding roman bulu Vermillion apabila aura si Putera datang. Takut-takut dia menundukkan wajah. Dia ingat suara itu dan kalau tidak silap..






"Suara itu macam suara-"






Zap!





Sebatang anak panah laju membelah angin dan tepat menusuk dahi Vermillion,sekaligus menghentikan otak dan jantung lelaki itu dari bekerja sebelum dia sempat menyebut nama si empunya suara.






Damien tergamam,begitu juga yang lain. Perlahan Damien menjauhi ketika tubuh Vermillion yang tidak lagi bergerak perlahan jatuh ke belakang,membasahi rumput dan tanah dengan cecair merah yang mengalir terus dari otak yang tertikam.




Sunyi.






Tidak ada satu suara pun yang berbunyi. Hanya bayu sejuk merinding yang mencengkam kulit bersama perasaan yang tidak enak menyelinap dalam jiwa masing-masing.







Bagaikan faham akan situasi,Dylan menoleh ke arah permaisurinya dan kemudian puteranya. Olivia dan pengawal istana turut terdiam,merenung gerun ke arah mayat Vermillion.





Pada batang anak panah yang menikam kepala Vermillion,ada sesuatu yang tertulis. Setiap perkataan ditulis agresif menggunakan dakwat merah dan di dalam huruf besar.






KARMA IS COMING





Itu yang dijanjikan si pemanah.

























KAIN balutan ditarik melilit di sekeliling pinggang Adreana. Darah sudah berhenti. Luka Adreana pun sudah dipulihkan tetapi disebabkan pisau yang digunakan Vermillion untuk mencederakan Adreana terselit mantera sihir.






sihir penyembuhan Ash sukar untuk memulihkan luka gadis itu sepenuhnya. Selebihnya,Ash terpaksa merawat Adreana secara manual. 






"Ash.." seru Adreana. Tersirat sedikit rasa bersalah di dalam suara gadis itu. Dia yang sedang berbaring di atas katilnya masih merenung Asher.






"Hmm.." Asher membalas malas,masih fokus pada kerjanya menggunting kain balutan tadi.





"Aku nak minta maaf fasal apa yang jadi sebelum ini. Aku tak nak kita bermusuh lagi. Maafkan aku?" pinta Adreana.







"Tak apa. Benda dah lepas. Lagipun,aku ada benda penting nak bagitahu kau."






"Benda penting? Benda apa?"







"Aku.." Asher jeda.








Pandangannya menjadi kuyu. Dengan satu keluhan berat,dia berdiri dari melutut dan mengembalikan semua alatan bantuan kecemasan ke dalam kotak.







Dia menjadi berat hati untuk memberitahu Adreana perkara yang sebenar kerana dia tahu risikonya.






Adreana mungkin akan mengatakan yang dia gila.








"Aku.. aku sebenarnya berkomplot dengan Rossia dan Isabelle. Tapi,dengar dulu! Aku ada sebab. Aku nak minta tolong kau-"







"Ash! Kau sedar tak apa yang kau buat ini?!" Adreana memintas bicara Asher.





Dia mula naik berang.







"Kau tahu tak,Rossia itulah penyebab kematian abang kau!"













-secret yume team.




HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang