The Last Precious Time

159 13 0
                                        

"CHARLES!!"




Asher berlari menuju ke puncak yang paling atas bukit itu. Matanya masih terpaku pada figura abangnya yang berlumuran darah dan terlantar di atas rumput yang layu.




Airmata berjujuran tanpa dia sedar dan adrenalin menyebabkan jantungnya berdetak laju.





Dia tak tahu apa yang sudah jadi pada abangnya dan sudah berapa lama Charles terluka parah begitu tapi dia takkan biarkan abangnya mati sia-sia.





Asher jatuh melutut di sebelah Charles dan memangku kepala lelaki itu di atas pehanya. Dia tak melengahkan masa dan terus cuba menyembuhkan luka abangnya menggunakan sihir penyembuhan.






Cahaya lembut kekuningan muncul dari tapak tangan Asher yang menggigil. Dia sedaya upaya cuba menutupi kecederaan yang ada pada tubuh abangnya tapi sihirnya sangat lambat bekerja. 






"Charles,bangun!!" Asher mulai terdesak.




Asher menepuk-nepuk pipi lelaki itu namun tiada reaksi.





Dia tiada pilihan. Segera dia menanggalkan beg galasnya dan digodak isi di dalamnya,mencari-cari dari setiap botol remedi dan ubat-ubatan yang sesuai untuk mengubati kecederaan abangnya.





Jumpa saja yang sesuai,dia tarik keluar dari beg dan dicabut gabus dari penutup botol kaca itu.




Liur ditelan dan mantera dibaca sebelum dia tuang cecair itu ke atas luka yang ada pada tubuh Charles.




Dimulakan dari dada abangnya yang tercarik dan calar di sana sini kemudian turun ke lengan dan akhir sekali abdomen. Perlahan luka-luka tersebut sembuh tapi tidak sepenuhnya.




Pelik. Padahal dia menggunakan ubat yang paling kuat setakat ini. Apa yang abang dia sudah buat sehingga mendapatkan luka separah ini?





"A-ash...."




Suara lemah Charles menyentakkan Asher. Dengan panik dia memandang abangnya dan perlahan dilap peluh dan darah dari wajah Charles menggunakan sapu tangan yang dia tarik dari poket seluarnya.




"Charles! Syukurlah,kau masih hidup. Apa yang dah jadi dekat kau ni?" Asher teresak esak bertanya.




"Aku..tak apa-apa. Aku lawan dengan binatang buas semalam. Nasiblah aku menang.." jawabnya perlahan dengan lawak hambarnya.



Tak semena-mena,Asher menampar lengan abangnya dan terus mengaduh sakit Charles dibuatnya.




"Kau boleh pula melawak? Aku ni risau separuh mati bila nampak kau terbaring seorang dekat sini berlumuran darah. Dahlah tinggalkan aku seorang dekat istana hari tu!" rungut Asher.




Mendengarkan itu,rasa bersalah menyelebungi diri si abang. Dia sedar akan kesilapan dia dan ini entah kali ke berapa dia buat Asher menangis.




"Sorrylah. Aku tak nak kau terlibat sama," balasnya perlahan.




Pandangannya jatuh pada pada rumput yang kian layu menguning.



"Kau tak cerita langsung kenapa kau keluar dari istana tu tiba-tiba kau nak cakap macam ni."




"Panjang cerita dia,Ash."




"Aku boleh dengar sampai terbit matahari. Cerita sekarang." Asher terus duduk bersila bersebelahan abangnya,memandang serius lelaki itu dan sedia untuk menadah telinganya.



HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang