Villainous Girl

67 8 0
                                    

Adreana masih lagi tidak mahu mendengarkan apa yang ingin dikatakan Asher.



"Sanggup eh kau bersubahat dengan orang yang bunuh abang kau sendiri?"



"Sabar dulu Adreana..bagi aku jelaskan dulu"




Asher cuba meyakinkan gadis itu




"Dah! Aku tak nak dengar penjelasan kau tu!"



Adreana tetap berdegil



Sementara itu,


Dylan,Damien,Natasha dan Olivia sedang berjalan menuju ke bilik rawatan dan terdengar suara Adreana yang menengking nengking.



Mereka pun berlari kerana risau terjadi sesuatu padanya.





"Adreana..kenapa ni?"



Damien menolak pintu bilik rawatan tersebut dan bertanya pada Adreana.



Lalu gadis itu menceritakan bahawa Asher berkomplot dengan Rossia dalam diam.




"Tak tak..bukan macam tu aunty,uncle"



Asher cuba meyakinkan mereka.



"Tak apa..biar dia bagitahu dulu apa yang dia nak cakap"





ujar Damien,




memberikan peluang padanya untuk menjelaskan hal sebenar.





Tetapi Adreana masih lagi berdegil dan berkata



"Dahlah..aku tak nak dengar apa apa lagi"



"Haih..tak apa Ash..cakap dulu apa Ash nak cakap"



ujar Dylan sambil mengeluh panjang.




"Ash sebenarnya berkomplot dengan Rossia sebab nak korek rahsia dia dan dengan siapa lagi dia berkerjasama. Rossia ada suruh Ash culik Adreana dan bawa Adreana pergi kat tempat kawan dia,Isabelle"




Ash menjelaskan segalanya dengan panjang lebar. Mereka semua terkejut mendengarkan hal itu dan tidak sangka Rossia yang baik hati sebenarnya dalang semua ini.





Tiba tiba,Olivia berkata yang dia ada rancangan untuk selesaikan perkara ini.



"Hah..baguslah macam tu..malam nanti kita berkumpul untuk plan benda ni"



ujar Dylan. Lalu mereka pun bersurai dan Adreana pula merasa bersalah.




Asher yang ketika itu baru saja hendak melangkah keluar dari bilik rawatan,tiba tiba gadis itu berkata




"Ash..aku nak minta maaf"


Lalu Asher mengangguk dan menepuk bahu Adreana tanda dia sudah memaafkannya.




Pada malam itu,mereka semua berkumpul untuk mendengarkan rancangan Olivia tadi.



"Rossia suruh bawa Adreana pergi tempat Isabelle tapi Ash tak tahu macam mana nak pastikan keselamatan Adreana ni..sebab Ash plan nak jadikan Adreana ni umpan"



ujar lelaki itu



"Kalau boleh,biar aku ikut..aku boleh berubah jadi gagak dan boleh pastikan keselamatan korang berdua dari atas"



HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Where stories live. Discover now