Hahaha. Kejarlah aku!"
"Janganlah lari laju sangat!"
Riang suara seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan bergema di gegendang telinga Adreana,menariknya keluar dari 'tidur' yang panjang.
Dia merasakan dirinya tertidur sangat lama sehingga satu badannya terasa sakit. Mata dikelipkan beberapa kali untuk menyesuaikan dengan cahaya matahari yang garang mencerlung ke arahnya.
Suara ceria dua orang budak itu masih ada. Perlahan Adreana bangun dari baring dan tersedar yang dia sedang duduk di tengah sebuah taman bunga.
Rumah agam yang indah adalah pemandangannya saat ini. Taman yang dia duduki sekarang berada di kiri rumah itu.
Matanya merenung penuh keliru sebelum bola matanya berlari ke sana dan ke mari,cuba memproses segalanya yang dia lihat saat ini.
Waktu itu,matanya terus tertancap pada budak lelaki dan perempuan yang sedang bermain lari-lari di halaman rumah yang luas.
Anehnya,dia rasa seperti dia pernah lihat babak ini.
Budak lelaki itu sedang mengejar budak perempuan yang comel bertocang,seperti ekor unicorn. Tawa riang mereka menghiasi hari terang nan indah.
Baru saja senyuman mahu singgah pada bibir gadis itu,dengan tiba-tiba suasana menjadi suram.
Langit yang cerah tadi tanpa amaran bertukar gelap dengan sekelip mata dan suara kanak-kanak itu tadi semerta hilang tanpa decihan sedikit pun.
Ajaibnya yang membuatkan Adreana bertambah keliru,rumah agam,kanak-kanak tadi dan taman bunga yang dia sedang duduk tadi semuanya ghaib.
Lantas dia terus bangun dari tanah dan terpusing ke kira dan ke kanan seakan mencari sesuatu.
"ABANGGG!!"
Suara seorang wanita menjerit memanggil suaminya dengan tangisan mengejutkan Adreana.
Gadis itu tergamam dan terus menoleh ke arah punca suara itu. Apa yang disajikan di hadapannya sekarang seakan tidak masuk akal.
Bunyi pedang berlaga dengan pedang dan besi perisai,letupan di sana-sini dan jeritan terakhir para prajurit menyakitkan kepalanya.
Di hadapan Adreana adalah sebuah babak peperangan yang mengerikan.
Darah terpercik,membasahi tanah yang sudah bertukar sebagai lautan merah. Cecair merah itu mengalir dan tiba di jari kakinya.
Adreana tersentak,terus dia melangkah ke belakang. Nafasnya menderu kuat,jantung berdegup pantas seakan mahu tersembur keluar dari dada.
Badannya menggigil ketakutan kerana inilah pertama kali dia menyaksikan peperangan yang begitu kejam di antara dua makhluk yang menakutkan.
Waima begitu,dia tak dapat mengalihkan pandangannya. Dia sudah cuba namun seakan ada sesuatu yang memaksanya untuk menonton,meregangkan lagi kelopak matanya.
Pandangan kemudian teralih ke arah seseorang lelaki yang memakai perisai besi yang tampak bersungguh-sungguh berusaha.
Di belakang lelaki itu ada seorang wanita dan kanak-kanak kecil di dalam dakapan wanita itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
HALF BLOOD ✓ (dalam process revamp)
Vampir⚠️TRIGGER WARNING ⚠️ Cerita ini adalah fiksyen semata mata. Mengandungi babak aksi,ganas dan tidak berperikemanusiaan. Membaca cerita ini adalah di atas risiko anda sendiri. Penulis tidak menyokong mana mana babak yang tidak bermoral di dalam karya...
