Suram,gelap,seram. Namun kerana harga dan kos apartmen itu murah dan mampu bilik untuk seorang pelajar sepertinya,dia terpaksa akur kepada kehendak hati. Mi hun PAMA pun dah mencecah RM7 sekarang apatah lagi harga rumah. Jadi,terpaksalah dia bertahan duduk di apartmen ini. Asalkan dapat tempat perlindungan sudah cukup baginya. Tentang hal dekorasi dan perabot,hal kecil lah.
Namun,aura disekeliling rumah ini membuatkan Adreana tidak senang duduk.
"Macam berhantu je" desis hatinya.
Manakan tidak? Perabot lama,sarang labah-labah di setiap penjuru rumah,habuk disana sini,tingkap rosak dan sebagainya. Sekali imbas,dah macam rumah berhantu betul!.
Tetapi,seorang Kayra Adreana tidak percaya akan hal dongeng itu. Tak ada hantu lah!. Saja nak sedapkan hati..
"Haih,nak kena kemas sikit ni" bisiknya.
Maka bermulalah misi dia menjadi orang gaji mengemas apartmen usang itu. Sedaya upaya dia mengemas supaya tidak terlalu nampak 'usang'. Nak sedapkan hati lagi..
Setelah selesai mengemas,Adreana keluar untuk membeli stok makanan. Rumah baru,memang takkan ada apa-apa kecuali dirinya dan perabot usang tadi. Dapur..masih boleh digunakan tapi sudah semestinya tak ada gas. Jadi,dia terus 'tapau' apa sahaja yang ada di gerai berhadapan apartmen 20 tingkat itu.
pulangnya dia ke apartmen itu, dia disapa dengan angin sejuk sepintas lalu yang mengelus pipinya. Menggigil badannya,sempat fikirannya terlintas sesuatu yang menyeramkan namun cepat-cepat dia buang ssmua negativiti itu. 'Penat sangat kot' cuba menyedapkan hati lagi.
Dia melemparkan badan kecil moleknya ke atas sofa lusuh namun selesa itu. Tidak menunggu lama,dia segera dibuai mimpi. Bukan mimpi indah. Ini bukan kisah romantik yang mengisarkan putera raja mengejar Cinderella.
Mimpinya diganggu suara aneh seorang lelaki. Menyeramkan,dahi Adreana berkerut kerut ketika mimpi seram itu mengganggu tidurnya.
"Adreana. Aku datang.."
Dia terjaga.
Tercungap cungap dia mencari nafas. Dahi sudah basah dengan peluh. Badannya menggigil. Dia melihat sekelilingnya. Dalaman dan persekitaran apartmen ini langsung tidak membantu untuk menenangkannya.
'"Menyesal pula aku pilih apartmen ni'' desis hatinya dengan kesal
"Mimpi je kot. Tak payah fikir sangatlah"
dia mengeluh lalu bingkas bangun dari sofa itu. Adreana kemudian berlalu ke bilik air yang termasuk dalam ruangan dapur. Apartmen ini tidaklah sebesar mana,jauh sekali kondominium. Agaknya setengah besar kondominium tapi tidaklah dia merungut. Seperti yang dikatakan tadi,asalkan ada tempat perlindungan untuknya.
Dia melangkah masuk ke bilik air bersaiz 8x5 kaki itu.
'Damn,kecilnya!. Ini aku nak berak pun boleh tenung muka sendiri kat cermin'
pertama kali dia merungut. Dia menggeleng dan mengeluh sebelum melangkah ke arah sinki. Bunyi desiran air kedengaran. Dia membasuh mukanya dengan harapan untuk melegakan sisa-sisa ketakutan dan 'anxiety' tadi.
Adreana mengangkat muka,merenung ke arah refleksi wajahnya didalam cermin yang tergantung di dinding. Ketika itulah,jantungnya bagaikan luruh apabila sosok lelaki dengan wajah sinis merenung tepat ke dalam anak matanya dari belakang.
Nafas tersekat di kerongkong. Adreana segera menoleh namun kosong..tiada orang langsung yang berdiri di belakangnya.
'Ilusi aku ke?'
YOU ARE READING
HALF BLOOD ✓ (dalam process revamp)
Vampiros⚠️TRIGGER WARNING ⚠️ Cerita ini adalah fiksyen semata mata. Mengandungi babak aksi,ganas dan tidak berperikemanusiaan. Membaca cerita ini adalah di atas risiko anda sendiri. Penulis tidak menyokong mana mana babak yang tidak bermoral di dalam karya...