swordwoman

68 9 0
                                    

Istana Lexusin telah berada di hadapan mereka. Terlihat ramai pengawal iblis yang menjaga pintu gerbang istana tersebut.


Tanpa menunggu lama,mereka terus menyerang pengawal pengawal itu dan terus masuk ke dalam istana.



Sewaktu Dylan menolak pintu utama istana Lexusin itu,mereka ternampak seorang wanita berdiri membelakangkan mereka dan bersiap sedia jika wanita itu akan menyerang nanti.


Adreana seolah olah kenal wanita tersebut,dia melihatnya berkali kali dan sah,itu adalah Claudia ibunya.


"Mama!"



Jerit gadis itu.Mereka semua terkejut apabila Adreana tiba tiba menjerit memanggil wanita itu.




"Claudia?"




Dylan merasa pelik



Dia pun berlari cuba mendapatkan ibunya tetapi ketika dia hampir sampai pada Claudia,



tiba tiba tangan dan kaki Adreana terikat oleh suatu sihir hitam lalu gadis itu jatuh ke lantai. Claudia menoleh ke arahnya dan mereka yang berada di situ terkejut. Memang benar itu adalah Claudia. Lalu,wanita itu cuba menyerang Adreana yang terikat namun tiba tiba gadis itu menjerit





"MAMA!!"



Lalu Claudia terkaku apabila mendengar Adreana memanggilnya dan tidak jadi menyerang

Apabila wanita itu terpaku disitu,Damien segera mengambil kesempatan menyerangnya. Dalam waktu yang sama,Olivia berlari mendekati Adreana dan cuba membuka ikatan rantai sihir hitam itu.


Sihir Damien yang menyerang Claudia tadi dengan mudah ditepis oleh wanita itu. Claudia melancarkan serang balas dengan sihir hitamnya dan membuatkan Damien terluka di lengannya. Dalam waktu yang sama, Olivia telah berjaya melepaskan Adreana dari rantai tersebut.



"Claudia..damien tu bukan lawan kau! aku lah lawan kau!!"


jerit Natasha lalu menghampiri wanita itu dan segera mengeluarkan pedang



Claudia segera mengelak daripada terkena bilah pedang emas Natasha. Dia melompat menjauhi wanita tersebut dan melancarkan serangan sihir hitam menggunakan tangan kanannya.


Natasha yang menyedari hal itu dengan pantas menepis serangan tersebut menggunakan pedangnya.


Claudia mengetap bibir,geram apabila serangannya tidak berhasil.


"Black Splare!"


Wanita itu menyerang balas ke Natasha. Tidak sempat mengelak,Natasha terkena serangan itu dan terlempar jauh dari tempatnya berdiri.


Tubuhnya dilimpahi darah kerana terhentak pada dinding istana tersebut. Dia berusaha berdiri dan berlari ke arah Claudia dengan pantas.

Pedang dicampaknya ke tepi,kali ini dia menggunakan sihir cahayanya untuk menyerang.

"Light Explosion!"


Dia mengarahkan tangan kirinya ke arah claudia dan sebuah letupan cahaya yang benderang mengenainya.

Wanita itu tertolak jauh dari tempatnya berdiri. Badannya dilimpahi darah yang sangat banyak.

Semasa di tengah perlawanan tiba tiba Natasha berkata


"Claudia...sedarlah! kau dalam pengaruh iblis ni! kau tak ingat ke kita dulu kalahkan iblis sama sama.berlawan pedang sama sama?"


Selepas mendengar kata kata natasha,Claudia tiba tiba tersentak dan terdiam seketika

Lalu,setelah wanita itu terdiam beberapa minit, dia memandang Natasha dengan tatapan tajam.


Wanita itu menyerang Natasha namun dia menyerang dan berhenti lalu kembali menyerang seakan akan dia hilang kawalan dan konfius dengan tindakannya.

Tiba tiba wanita itu mengeluarkan pedang dari sebuah portal kecil dan cuba menyerang Natasha.


Wanita itu pun segera mengelak serangan itu sambil berkata


"Claudia! Pahlawan pedang!"



Apabila wanita itu mendengar perkataan itu,tangannya terketar ketar sehingga pedang yang digenggam terlepas lalu dia jatuh terduduk di lantai.


Ketika wanita itu sedang terduduk,Olivia pun cuba menarik sumpahan itu dari Claudia namun malangnya wanita itu gagal kerana sumpahan di dalam badan wanita itu terlalu kuat dan sukar dikeluarkan.



"Ash!..tidurkan dia..sementara dia tengah terdiam tu"


arah Olivia

Asher hanya mengangguk lalu membaca suatu mantera dan menghembuskan ke arah Claudia lalu wanita itu perlahan lahan melelapkan mata dan tertidur



Setelah Claudia berjaya ditidurkan,Olivia pun segera cuba menarik sumpahan yang ada didalam badan wanita itu.

Setelah beberapa minit dia berusaha,akhirnya Olivia berjaya mengeluarkan sumpahan itu dan wajah Claudia pun kembali menjadi normal dan tidak menyeramkan lagi.



Asher pun segera menyembuhkan luka Damien dan Natasha akibat serangan Claudia tadi




Namun,tiba tiba terdengar suara lelaki ketawa besar dari depan pintu istana itu..





to be continue...





Stay tune for the final chapter!!

Thanks for reading!!





HALF BLOOD




-ayra/putri/shah

HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Where stories live. Discover now