SETAHUN berlalu..
Bulan November hanya tinggal beberapa hari lagi. Adreana bakal menginjak ke umur 19,umur keramat baginya.
Masih dia ingat pesan King Dylan dan permaisurinya untuk lebih berhati-hati dengan persekitaran kerana musuhnya bukan hanya di dunia vampire tetapi juga di dunia manusia.
Disebabkan penghuni ghaib boleh juga keluar dan masuk dunia manusia sesuka hati mereka,bermaksud Adreana masih di dalam bahaya tak kira di mana saja.
Yang selamat hanyalah istana Rui'ryn Kingdom buat masa ini tetapi kerana tidak mahu mengongkong Adreana,terpaksalah si pemimpin kerajaan itu membenarkan si gadis untuk ke dunia asalnya.
Walaupun Adreana berasa selesa di sini,tak dapat dia lupakan tentang Claudia yang masih di dalam pencarian. Kadang malam,dia asyik memikirkan tentang ibu kandungnya.
Bukan saja tentang pencarian Claudia tetapi tentang status mereka berdua. Dia masih belum jumpa bukti yang kukuh untuk mengatakan yang mereka berdua ialah ibu dan anak kandung waima Dylan dan Natasha dengan tegas meyakinkannya.
Dia juga merancang untuk pulang semula ke sana setelah semua perkara di dunia ini selesai. Adreana mahu betulkan apa yang salah di sini,menerangkan tentang kehilangannya pada kontak terdekat terutama sekali bosnya.
"Disebabkan awak pekerja terbaik saya.. baiklah,saya bagi awak peluang kedua. Jangan menghilang tanpa berita lagi selepas ini." Itu yang dikatakan bos besar restoran tempat dia bekerja.
Lega rasa hati setelah itu. Hidupnya selama setahun ini lebih selesa berbanding di alam sana. Adreana tak nafikan yang kadang-kala,dia terasa seperti diperhatikan tetapi tidak seteruk ketika di Rui'ryn Kingdom.
Tambahan lagi,Adreana sudah memulakan kelas seni bela diri Taekwando untuk menyiapkan diri dan lebih bersedia jika dia berhadapan dengan bahaya dan musuh. Tidak hanya itu,dia juga melatih diri untuk berpedang dan dibantu Damien.
Kadang-kala,latihan tidak jadi latihan. Mereka berdua bergaduh dan akhirnya menjadi pertarungan kebudak-budakan. Adreana yang sememangnya jengkel dengan sikap Damien tidak lagi menggunakan pedang dan sebaliknya menghantar penumbuk pada lelaki itu.
Yang lebih menyakitkan hati,Damien siap bergelak ketawa apabila dia berjaya buat gadis itu marah. Tumbukan yang dia dapat pun rasanya seperti disengat nyamuk aje!
Sedar atau tidak,kedua-dua mereka bagai menyulam cinta dan aksi kebudak-budakkan itulah yang memaut hati yang masih berdegup dan hati yang telah mati berdekad lalu.
Senja itu,kelas taekwando Adreana akhirnya tamat. Sakit seluruh badan. Kakinya juga luka dan berbalut kerana ganasnya dia menendang segala kayu-kayan hari ini.
Sambil menuruni tangga,gadis itu mengurut bahunya yang terasa tegang. Apalah yang dia nak makan hari ini. Dekat apartmen rasanya sudah habis bahan dapur.
Mindanya sudah beralih-alih ingin makan di restoran saja dan kebetulan,Adreana ternampak figura Damien menunggunya di penghujung tangga.
Entah kenapa,hati rasa berbunga-bunga pula bila melihat Damien segak mengenakan t-shirt polo.
"Damien!" Adreana memanggil lalu menapak ke arah Damien.
Lelaki itu segera menoleh sebaik saja suara Adreana bergema di cuping telinga. Senyuman kecil tertarik di hujung bibir.
Tangan yang diseluk di dalam poket seluar dibawa keluar dan disilangkan di dada.
ANDA SEDANG MEMBACA
HALF BLOOD ✓ (dalam process revamp)
Vampiro⚠️TRIGGER WARNING ⚠️ Cerita ini adalah fiksyen semata mata. Mengandungi babak aksi,ganas dan tidak berperikemanusiaan. Membaca cerita ini adalah di atas risiko anda sendiri. Penulis tidak menyokong mana mana babak yang tidak bermoral di dalam karya...
