It Will Go

92 9 0
                                    

"OLIVIA! Kau tak payah nak masuk campur urusan aku! Ini antara aku dan budak Half Blood tu, Kau tak perlu nak lindung dia sangat sebab kau pun..ada darah dark witch yang mengalir dalam urat kau. Kau dah lupa ke?!" Davina menengking dan tawa nyaringnya pecah.


 

"Tch," Olivia berdecih perlahan.



Apabila diingatkan kembali tentang darah yang mengalir di dalam badannya.



Olivia tidak dapat menahan rasa jijik dan kelat di dalam anak tekaknya. Jika mampu dia putarkan semula masa,dia takkan terima darah dari dark witch milik keluarga Davina.




Dia lebih rela mati.




Pegangan pada rantai Rossia diketatkan dan sebelah tangan lagi mengangkat tongkat sihirnya. Dia cuba menyerang Olivia menggunakan sihir hitamnya namun ditangkis mudah oleh si pengguna sihir angin.






Makin panas hati Davina lebih-lebih lagi apabila dia tahu yang Olivia meneutralkan sihir hitam yang sepatutnya wanita itu guna.






"Kau sepatutnya jadi dark witch macam aku juga,Olivia. Berani kau neutralkan sihir hitam kebanggaan keturunan aku?! Dasar pembelot!"




"Aku pun tak teringin langsung mahu ada darah dark witch dalam badan aku.Davina! Paling aku tak boleh terima bila ibu dan ayah aku korbankan diri mereka hanya untuk darah yang jijik ni!"




"Darah jijik kau kata.." Hati Davina mula terbakar dijilat api kemarahan.






Dia jatuhkan Rossia dari pegangannya tanpa belas kasihan dan fokusnya sekarang ini hanya ingin 'mengajar' Olivia.




Davina mengangkat tongkat sihirnya ke langit lalu sihir hitamnya membantunya terbang ke udara.




Dia lancarkan serangan ke arah Olivia yang juga sedang terbang bersama sihir elemen anginnya.




Penyihir angin itu mengelak serangan dari Davina dan dineutralkan kepulan sihir hitam milik wanita itu agar tidak membahayakan orang lain.




Olivia membalas dengan melepaskan sihir elemen anginnya ke arah Davina. Seperti ribut taufan yang pantas dan berpusar,penyihir hitam itu tidak sempat mengelak dan akhirnya jatuh ke tanah dengan pekikan.







Olivia segera terbang ke arah Davina dan dia hampir menghabisi penyihir hitam itu namun sempat Davina berguling di tanah,mengelak serangan penyihir angin itu.




Davina bingkas bangun dengan bantuan sihirnya dan sekelip mata dia menghilang dalam kabus asap hitam menyebabkan Olivia terkedu namun cepat-cepat dia mempersiapkan diri untuk menerima serangan dari si penyihir hitam itu.





Kepalanya terpusing kiri dan kanan,cuba mencari susuk tubuh Davina.





Terasa kehadiran seseorang dari belakang,dengan pantas dia memalingkan tubuh dan di situlah dia hampir terkena ancaman sihir hitam dari Davina.





Tongkat sihirnya segera mengeluarkan sihir angin persis bilah sabit yang menyangkal sihir hitam Davina itu. Bilah sabit angin Olivia menembus sehingga ke empunya sihir hitam.




"Argh!" Davina tidak sempat mengelak,angin yang tajam itu mencarik di lengannya sehingga berdarah.




Terdorong dia ke belakang,Davina mengetap gigi sambil merenung tajam Olivia.




HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Where stories live. Discover now