Air mata bergenang di tubir matanya. Puas dia mencari abangnya di merata tempat namun tiada.
Dia tahu yang Charles tidak akan berada di dalam kawasan istana tapi mindanya yang serabut dan mabuk menyebabkan dia tidak mampu berfikir dengan baik dan kakinya membawa dirinya melangkah tanpa hala tuju yang jelas.
"Kau pergi mana,bang?" tangisnya.
Di tiap langkahnya,berderai dan berjurai airmata dari mata ke tanah. Di tengah malam itu,dia berjalan seperti makhluk kurang siuman.
Momen-momen bersama Charles dari kecil hingga dewasa bermain di balik mindanya seperti pita yang rosak.
Charles abangnya. Satu-satunya saudara terdekat yang dia ada.
Dengan Rossia,dia kurang rapat dan dia sering mengadu nasib pada Charles. Tanpa abangnya,dia tidak mungkin masih berdiri di sini kerana jiwanya yang mudah rapuh..seperti sekarang.
Dia berjalan anak menuruni salah satu tangga istana dan disebabkan pandangannya yang kabur dan kelabu lantaran airmata dan mabuk,dia terjatuh dari tangga.
Sakit.
Lebih sakit bila dia tahu tiada siapa yang akan memahami dirinya selepas ini.
Jatuh lagi airmatanya,lebih deras dari sebelum ini. Keheningan malam itu pecah dek tangisan Asher.
Dia duduk pasrah bersandar pada gagang tangga. Rambutnya yang sudah sedia serabai semakin kusut apabila dia meramasnya.
"Charles..kau pergi mana? Sekurang-kurangnya bagilah tahu aku..." Dia gumam sendiri berselang dengan sedu tangisnya.
"Kau dah tak percayakan aku juga ke..?"
Di hari yang berikutnya,dia terpaksa melanggar kata-kata Charles untuk tidak keluar mencarinya. Dia tidak mahu duduk diam dan menanti entah sampai bila sehingga abangnya pulang.
Sekurang-kurangnya,dia harus memastikan yang Charles baik-baik saja. Kalau perlu,dia akan ikut ke mana saja abangnya pergi.
Di istana pun,mereka berdua dilayan seperti penjenayah saja.
Semuanya kerana Adreana.
Keluarganya sudah tidak seaman dulu disebabkan orang luar itu.
Dengan beg yang digalasnya,Asher berjalan menghampiri gerbang utama istana. Baru saja dia ingin melangkah keluar,tiba-tiba satu suara menghentikan langkahnya.
Pada telinganya sekarang,semua suara orang di istana ini dia sudah mula benci apatah lagi memandang wajah-wajah mereka.
Dengan ragu dan perlahan,dia paksa dirinya untuk menoleh ke arah empunya suara. Hanya sedikit,dia memandang Damien hanya pada paras bahunya saja.
Tak ingin dia untuk berpaling sepenuhnya ke arah sepupunya itu.
"Kau nak ke mana ni,Ash? Dengan beg besar-besar ni," soal Damien. Dahi lelaki itu berkerut dengan tanda tanya.
"Aku ada hal. Aku tak balik untuk beberapa hari. Lagipun,istana ni panas lain macam semenjak dua menjak ni. Lagi pula ada parasit berkeliaran kat dalam tu," perli Asher.
ANDA SEDANG MEMBACA
HALF BLOOD ✓ (dalam process revamp)
Vampire⚠️TRIGGER WARNING ⚠️ Cerita ini adalah fiksyen semata mata. Mengandungi babak aksi,ganas dan tidak berperikemanusiaan. Membaca cerita ini adalah di atas risiko anda sendiri. Penulis tidak menyokong mana mana babak yang tidak bermoral di dalam karya...
