CLAUDIA

122 11 0
                                    

"DAMIEN! ADREANA!"


Teriakan Zayn mendapat perhatian semua orang di situ termasuk Damien dan Adreana. Mereka semua mengalihkan pandangan ke arah Zayn yang sudah berubah ke bentuk serigala jadian kembali. Dia mengaum kemudiannya berlari pantas ke arah Damien dan Adreana.


Namun,ketika mereka berdua beranggapan yang Zayn ingin menyerang,serigala jadian itu melompat dan melindungi mereka berdua daripada seseorang.

"Felix!?" Terbeliak mata Damien melihat Felix bangkit dari 'kematian' atau sememangnya dia tidak mati pun.


"Kau orang ingat..mudah ke nak bunuh aku?!" Tawa jahat Felix bergema.


Zayn sedaya upaya menghalang lelaki itu dari mencapai Damien dan Adreana. Tapak kaki si serigala jadian sudah berdarah dek kerana menahan bilah pedang Felix.


"Lari cepat!!" Zayn mengaum lagi.


Damien sudah berkira-kira ingin campur tangan namun ditahan Adreana. Gadis itu segera menarik Damien dari situ,tidak mahu dia terluka lebih parah. Dengan berat hati,Damien mengikut walaupun mata masih tertancap pada Zayn.

Felix mengetap gigi,jengkel dengan Zayn yang menghalangnya dari mendapatkan mangsanya. Dia menarik pedangnya kembali dari cakaran si serigala jadian kemudiannya di bawa pantas ke arah 'vital spot' Zayn.


Tidak sempat mengelak,pedang Felix tertanam pada dadanya. Raungan Zayn menyebabkan mereka yang berlari menyelamatkan diri tadi menoleh semula.


"Zaynnn!!" Damien memanggilnya,melihatkan rakannya itu sudah menggelupur di tanah membuatkan dia ingin berlari menyelamatkannya. Namun,Adreana dan yang lain menarik Damien kembali.


"Lepaslah!! Zaynnn!!" Damien bergelut.


"Pergi,Damien!! Bawa Adrea- ARGHHH!!" Zayn terjerit kesakitan apabila Felix menekan pedangnya lebih dalam ke dalam jantung si serigala jadian. Dia bergelut namun gelutannya perlahan terhenti apabila nyawa Zayn akhirnya hilang dari badan.

Felix yang masih menikam Zayn hanya ketawa kepuasan.


"Zaynnnn!!"  Damien ingin berlari ke arah Zayn namun Dylan,Adreana dan Claudia menariknya pergi. Tinggallah si serigala jadian itu sendiri berdepan dengan kematian.


Mereka berempat keluar dari perkarangan istana Lexusin dengan berat hati. Damien masih lagi tidak dapat melupakan apa yang terjadi. Dia bersumpah akan kembali lagi ke sini untuk mendapatkan mayat Zayn. Entah mampu entah tidak dia datang ke mari lagi. Lexusin pastinya akan perketatkan kawalan istana.


Namun selang beberapa langkah dari kawasan istana itu,Claudia tiba-tiba rebah.


"Claudia!" Dylan dengan segera menangkap Claudia sebelum wanita itu jatuh ke tanah.



Adreana dan Damien pula terkejut melihat ibu Adreana tiba-tiba pengsan.


"Aunty penat sangat kut,pa. Dia banyak sangat guna kuasa dia hari ni." Ujar Damien.


Dylan tiada pilihan selain mencempung wanita itu dalam perjalanan pulang ke istana. Haih,minta maaf permaisuriku!


Dalam masa darurat ni,harapnya Natasha tak cemburu. Mahu minta Damien yang angkat,puteranya sudah terluka sana sini.

"Mungkin juga. Marilah cepat sampai ke istana. Kita semua dah teruk sangat ni." Dylan dengan segera membuka langkah dan diikuti Damien dan Adreana.

Dalam perjalanan pulang,Adreana tidak dapat menahan mulut dari bertanya.


"Uncle..siapa Claudia ni sebenarnya?" Soalan itu mendapat perhatian Dylan yang masih mendukung Claudia. Lelaki itu menoleh ke arah Adreana. Berat hati dia ingin menyatakan kenyataan yang sebenar.


HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Where stories live. Discover now