THE CURSE

131 12 0
                                    

"Mama!"


"Aunty!"



Damien dan Adreana bergegas ke bilik Claudia dan menerjah masuk. Wanita itu seakan sudah hilang akal,mencampak dan membaling barang ke sana dan ke sini hingga pecah. Teriakannya juga nyaring. Dia mengamuk tanpa sebab seolah-olah sedang dirasuk.



Adreana dan Damien berlari ke arah Claudia. Si anak yang melihatkan ibunya sudah seperti orang tidak siuman segera mencapai dan memeluk Claudia,cuba menenangkan segala yang menganggu wanita itu.



"Ma..tenang ma jangan macam ni" Rayu Adreana.

jelas risau di wajahnya namun tiada perubahan buat Claudia. Wanita itu masih mengamuk dan bergelut di dalam dakapan Adreana.



"ARGHH!! LEPASKAN AKU!" Claudia menjerit dan meraung geram.


Kukunya memanjang begitu juga taringnya. Dek kerana itu,dia tercakar lengan Adreana semasa dia bergelut dengan gadis itu.



"Agh!" Adreana meringis kesakitan disebabkan cakaran Claudia. Hampir terlepas pegangannya pada wanita itu namun cepat-cepat dia perketatkan kembali.


Damien sedari tadi membaca mantera dengan harapan ia dapat menenangkan Claudia namun masih tiada perubahan. Dia juga cuba menghentikan gelutan antara dua beranak itu tetapi gagal.



Tiba-tiba,ibu bapanya menerjah masuk ke dalam bilik. Melihatkan Claudia yang mengamuk tidak tentu hala,mereka berdua segera menghampiri wanita itu.



Mata Natasha terbelalak melihat lengan Adreana yang terluka dan dicakar.



"Claudia! Kenapa ni!" Natasha cuba menenangkan wanita itu walaupun dia berang kerana Claudia sanggup menyakiti anaknya sendiri.



Dia cuba menggunakan sihirnya juga untuk 'sejukkan' amukan Claudia.



"Adreana. Lepaskan Claudia. Uncle dengan Damien tahan dia." Dan dengan itu,tenaga lelaki pula yang menahan Claudia yang mengamuk namun mereka berdua juga bergelut sungguhpun pegangan mereka ketat. Natasha pula sedaya upaya menenangkan Claudia dengan sihirnya.



"LEPASKAN AKU! AKU BENCI PEREMPUAN TU!" Claudia merenung tajam ke arah anaknya sendiri iaitu Adreana menyebabkan gadis itu tersentak seterusnya terluka disebabkan pengakuan benci itu.




Entah kenapa ibunya tiba-tiba berubah begini. Dia mula menyoal jika Claudia ini benar ibunya.



Mendengarkan pengakuan Claudia,Natasha mula naik berang.



"Claudia!" Tak semena-mena,satu penampar hebat mendarat di pipi Claudia. Lebih mengejutkan,wanita itu terus saja pengsan.



Dua tenaga lelaki itu juga terkejut akan kejadian di hadapan mereka. Claudia lemah longlai di dalam genggaman mereka. Ketika itu juga,Dylan dan Damien membawa Claudia ke katil dan membaringkannya.


"Hai..nak kena tampar dulu baru diam." Gumam Dylan.



Entah dia harus gelak atau kesian. Pipi Claudia juga memerah disebabkan tamparan isterinya tadi. Rasanya..ada campuran cemburu dan marah dalam riak wajah Natasha. Tak dapat menahan,dia tergelak kecil.



Dylan menoleh ke arah Damien dan berkata.




"Damien,panggilkan perawat istana. Ada yang tak kena dengan Claudia ni." Damien yang mendengarkan arahan dari ayahandannya tanpa berlengah menurut dan berlalu keluar dari bilik itu.



HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Where stories live. Discover now