DAMIEN merangkul pinggang kecil Adreana. Pegangannya erat,risau kot-kot gadis itu tercicir ketika dia menggunakan kuasa teleportasinya.
Kalau tercicir waktu kuasa teleportasi digunakan,akan timbul satu masalah pula untuk mencari Adreana. Jika itu berlaku,memang tertinggallah gadis itu di mana-mana tempat yang tak diketahui.
"Pegang aku kuat-kuat. Kita dah nak masuk alam sana," pesan Damien.
Cepat-cepat Adreana mencengkam fabrik T-shirt polo lelaki itu. Tipulah kalau dia kata yang dia tak takut tercicir.
Pernah sekali Damien mengatakan padanya bahawa kuasa teleportasi ini merentasi ruang masa dan ibarat portal. Bermakna kalau tercicir sekali,memang takkan ada jalan keluar dan akan terperangkap di ruang masa selamanya.
Itu yang membuatkan Adreana takut tapi sebenarnya itu hanyalah mitos. Sengaja diceritakan untuk menakutkan gadis itu dan.. supaya Adreana betul-betul mengandalkannya.
Ceh,nak rasa bangga sikitlah ada perempuan yang bergantung dekat dia.
Kuasa teleportasi akan menggunakan sedikit banyak tenaga. Jadi,Damien mengerahkan sedikit magis yang dia ada dan satu cahaya muncul merelung mereka.
Segera Adreana memejamkan mata rapat-rapat apabila terasa badannya disedut. Ini bukan pertama kali dia mengikuti Damien menggunakan teleportasi tapi dia tetap takut.
Dalam sekelip mata saja,cahaya itu menghilangkan mereka dan membawa mereka muncul di hadapan pagar istana Rui'ryn.
Mereka sudah sampai tapi sengaja Damien tak beritahu Adreana. Lelaki itu tertunduk sedikit,tersengih sinis melihatkan Adreana masih berpaut padanya.
Rasa mahu tergelak aje. Rangkulannya masih ketat pada gadis itu dan sengaja dia menikmati momen Adreana kekal berpaut padanya lebih lama sedikit.
"D-damien.. dah sampai ke-"
"Shush. Kita tengah merentasi masa ni. Jangan buka mata," tipu Damien. Sekarang dia betul-betul rasa nak tergelak.
Lebih-lebih lagi apabila Adreana merapatkan dirinya pada Damien.
Damien mengalihkan pandangan ke arah pengawal yang menjaga di luar pagar istana.
Salah seorang dari mereka mengeluh berat dan menggelengkan kepala sementara yang seorang lagi sedang menahan ketawa,menunjukkan isyarat bagus ke arah si tuan putera.
Bukan mereka tak tahu betapa nakalnya tuan putera mereka itu dan mereka juga tahu hubungan di antara Damien dan Adreana.
Walaupun masih lagi tiada pengisytiharan yang rasmi dari pasangan itu,mereka sudah tahu benar. Pekerja istana termasuk pengawal dan kesatria pasti akan merestui mereka.
"Lama lagi ke? Aku rasa kaki aku dah jejak tanah pun ni." Adreana bersuara walaupun masih sedikit takut. Memang betul dia dah rasa tanah di bawah kasut yang dipakai.
Macam lembut pun ada ini. Entah-entah tahi haiwan? Makin resah gadis itu.
Mendengarkan itu dari Adreana,barulah Damien mengalah dan melonggarkan rangkulannya.
"Ok,kita dah sampai."
Perlahan Adreana membuka mata dan menjarakkan dirinya sedikit dari Damien. Matanya meliar,memandang sekeliling istana.
ANDA SEDANG MEMBACA
HALF BLOOD ✓ (dalam process revamp)
Vampiro⚠️TRIGGER WARNING ⚠️ Cerita ini adalah fiksyen semata mata. Mengandungi babak aksi,ganas dan tidak berperikemanusiaan. Membaca cerita ini adalah di atas risiko anda sendiri. Penulis tidak menyokong mana mana babak yang tidak bermoral di dalam karya...
