it's coming

67 8 0
                                    

Olivia melihat Isabelle tidak bergerak langsung. Dia mendekati tubuh gadis itu,sedikit demi sedikit tubuh Isabelle mereput.



Lalu Olivia ternampak kepulan asap hitam keluar dari mayat itu dan dia sudah dapat agak itu adalah roh Isabelle.



Tanpa berfikir panjang,Olivia segera membakar mayat Isabelle tadi supaya rohnya hilang dengan kekal.


Mereka yang lain pelik melihat apa yang wanita itu lakukan lalu Dylan bertanya




"Kenapa kau bakar mayat Isabelle tu? Kenapa tak tanam terus je?"



Olivia yang sudah tahu soalan itu akan ditanya padanya lalu menjawab



"Ahli sihir ni boleh rasuk badan orang lain bila dia dah mati jadi untuk matikan roh dia,kena bakar mayat diorang..asap hitam tadi adalah roh Isabelle yang cuba cari badan yang sesuai untuk dia rasuk"



lalu mereka semua pun mengangguk tanda faham.


Dylan mengajak mereka yang berada di situ untuk balik ke istana berehat kerana riak wajah mereka semua sudah sangat keletihan.




"Olivia..ikutlah kitaorang balik..singgah dulu rehat kejap"




pelawa Dylan.




"Tak apa lah..aku nak periksa kawasan rumah Isabelle ni..kot kot ada sihir yang tersisa ke"




ujar Olivia lalu Dylan hanya mengangguk.



Dalam perjalanan pulang,


"Balik nanti aku nak makan stik daging yang maid buat..sedapnyaaa!"



Ujar Adreana sambil membayangkan sepinggan stik daging kegemarannya.




"Kau ni kan..asyik makan je eh?"




Damien menyakatnya.




"Eh biarlah..aku lapar"




Kata gadis itu sambil menampar lengan Damien. Lelaki itu hanya tergelak kecil melihat perangai Adreana yang kebudak budakan.







Pov Rossia



Setelah jauh berlari,akhirnya dia keluar dari hutan tersebut dan tiba di istana Lexusin.




Dia memasuki gerbang istana dalam keadaan yang tercungap cungap dan terus berjumpa dengan ketua iblis itu.



Rossia menceritakan segalanya yang terjadi tadi dengan gelabah.


Lexusin tersenyum sinis lalu bangun dari singgahsana nya dan berkata


"Tak apa..kau sini la kejap".


Rossia seakan terpukau lalu berjalan ke arahnya,



Lexusin membelai wajah gadis itu dengan lembut.



Namun tiba tiba dia mencekik leher Rossia dan mengangkat gadis itu dengan sebelah tangannya lalu dilempar ke lantai.



Rossia mengerang kesakitan dan terbatuk batuk akibat dicekik tadi



"Aku suruh kau buat kerja senang macam tu pun tak boleh! Tak boleh diharap langsung lah kau ni! Tak guna betul!"


Tengking Lexusin.


"Ok..aku akan bagi kau peluang lagi tapi nanti ada misi untuk kau..kalau misi yang ni pun gagal..aku sendiri yang akan bunuh kau! faham?!"


Sambungnya lagi



''f-faham Lord..''


''Dah sekarang kau berambus aku tak nak tengok muka kau..berambus!!!''




Gadis itu segera berlari menuju ke biliknya



Semasa Rossia sedang berjalan ke arah biliknya dia melihat sebuah bilik yang pintunya tidak tertutup rapat





''Eh? Selalu pintu bilik ni tertutup.."




Gadis itu pun menghampiri bilik itu untuk melihat apa yang ada di dalam sana




Ketika dia mengintip ke bilik itu dia melihat Claudia sedang duduk bertapa




"Eh?"






Pov istana


Setelah mereka tiba di istana mereka semua pun naik ke bilik masing untuk berehat dan membersihkan diri


Mereka pun berkumpul dimeja makan untuk makan malam bersama seperti biasa



"Masa Ash dekat tempat Rossia dengan Isabelle tadi Ash ada terdengar diorang cakap yang diorang ni kerjasama sebab dorang ada buat perjanjian"


ujar Asher.


"'Perjanjian? kamu tahu tak perjanjian apa yang diorang cakap tu?''

soal Natasha


"Perjanjian dia tu macam rossia ni nak bunuh Adreana sebab dia kata Adreana ni ambil Damien dari dia dan Isabelle pulak dia nak kan darah Adreana dan balas dendam atas kematian Davina sebab tu diorang kerjasama..tak silap macam tulah diorang cakap"




kata Asher.



"Jadi Rossia kerjasama dengan Isabelle tu sebab Damien je?"


Soal Damien



"Ya lah kot dah diorang buat perjanjian macam tu...tapi Ash rasa Rossia ni cuma gunakan je Isabelle tu.. mungkin dia ni ada bersubahat dengan orang lain juga"


Kata Asher lagi



"Eh tapi haritu kan Rossia ada terlepas cakap dengan Adreana dia kata dia sanggup kerjasama dengan iblis"


ujar Adreana dengan tiba tiba



''Iblis? jangan jangan dia pergi jumpa Lexusin? kalau betul kita kena pergi istana Lexusin''


Ujar Damien dengan nada serius



Tiba tiba Dylan mencelah


"Tunggu dulu..jangan terburu buru sangat..sebab kita tak tahu lagi apa yang Lexusin rancang..lagi pun Lexusin tu kuat jadi lebih baik kalau kita pergi ambil pedang tu dulu untuk Adreana.."




Adreana pun terkejut dengan apa yang dikatakan Dylan lalu dia bertanya



"Pedang untuk Adreana? pedang apa?"






to be continue..






Stay tune for the next chapter!! Thanks for reading!!






HALF BLOOD







-ayra/putri/shah

HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Where stories live. Discover now