you and me

141 13 0
                                        

Suasana di meja makan pada pagi itu tegang. Hanya bunyi kutleri perak berlaga dengan pinggan porselain yang memecah sunyi.





Bila muncul seorang demi seorang dari mereka tadi,hanya beberapa patah perkataan saja yang keluar dari mulut si raja dan permaisuri. Senyuman palsu diberi hanya untuk menaikkan seri pagi namun ianya gagal tanpa memerlukan usaha.




Suasana yang asing ini adalah disebabkan perkara semalam. Masing-masing tahu salah sendiri. Yang membuatkan pagi ini lebih asing apabila salah seorang dari mereka tidak kunjung tiba untuk menyertai sarapan diraja seperti biasa.







Keluarga ini makin terasa jauh. Ada di antara mereka yang memikul rasa bersalah yang lebih berat dari yang lain.





Adreana,punca perpecahan keluarga ini.





Asher,yang semakin menjauh.



Damien,merasa bertanggungjawab.  




Dylan,ketua keluarga yang gagal.




Natasha,tersepit di tengah perbalahan halus.



Rossia,yang keliru.




Natasha makin tidak selesa dengan ketegangan ini. Acap kali dia menjeling si raja di sebelahnya tetapi lelaki itu langsung tidak bertingkah.






Tidak mahukah dia cuba memperbaiki suasana ini? Sekurang-kurangnya,cubalah untuk menghidupkan kembali keceriaan yang sudah lama mati.





Bersuara,berborak,mengambil tindakan yang bijak. Kecewa juga dia bila dia menyaksikan si raja itu hanya menundukkan pandangan dan fokus pada makanan yang di dalam pinggan.



Si permaisuri Rui'ryn Kingdom menghela nafas berat dan menggelengkan kepala. Nampaknya,dialah yang harus bersuara dahulu.




Tak dapat dia makan dengan tenang jika situasi kekal tegang.





"Damien,mana Ash? Dia tak join kita sekali ke?" Natasha bersuara.



Damien yang sedang mengelamun hampir tersedak wain yang diteguknya. Perlahan diturunkan gelas kaca itu ke permukaan meja dan dialihkan pandangan ke arah Natasha.




Sebut saja tentang Asher,dadanya terasa mengetat. Dia yang menyaksikan Asher yang 'hancur' selepas perbualan mereka tentang perjanjian Charles membuatkan dia rasa serba salah.






Tentunya sepupunya yang seorang itu tidak akan sertai perhimpunan keluarga ini.





Entah masih Asher anggap keluarga entah tidak.




"Ash.. tak sihat kut. Tak apa,nanti Damien lawat dia sekali hantar makanan untuk dia."




Natasha mengangguk faham. Perkataan 'tak sihat' itu dia tahu benar apa maksudnya. Perlahan dia menghirup teh dari muk kegemarannya. Dia menjeling lagi ke arah suaminya yang masih tidak mahu campur tangan di dalam perbualan itu.





"Iyalah. Nanti mama melawat dia bila-bila mama ada masa lapang," ujar Natasha.




Tamat saja sesi sarapan diraja,Damien meminta pelayan istana menyiapkan dulang makanan untuk Asher sebelum dia sendiri yang membawanya ke kediaman lelaki itu.







Tiba di hadapan pintu bilik Asher,dengan lembut dia mengetuk. Harap-harap,sepupunya yang satu itu sudah tamatkan kesedihannya.



"Ash,aku ada bawakan kau sarapan ni. Kau makan sikit eh? Makanan semalam pun kau jamah berapa sudu je."





HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang