Alexander's Family

193 17 0
                                    

Ketukan yang kuat pada pintu bilik tidur mengejutkannya dari tidur nyenyak.

'Siapa pula yang ketuk pintu macam nak pecah ni?' rungutnya dalam hati.


Dia mengetap bibir. Makin kuat pula ketukan itu,memang ada niat nak robohkan pintu itu ke?.

Dengan malas dan geram,dia melompat turun dari katil empuk itu dan menghentakkan kaki ke arah pintu biliknya.

Adreana memulas tombol dan membuka pintu dengan kasar. Terlihat Damien di luar,berpakaian segak dalam tuksedo puteranya. Adreana tergamam. Untuk seketika,matanya meliar pada lelaki itu dari atas sampai bawah.

Damien yang sedar akan pandangan Adreana hanya tersenyum sinis. Dia tahu,gadis itu mengaguminya yang segak dalam pakaian formal buat pertama kali. Sebelum ini,dia hanya berpakaian kasual seperti t-shirt dan seluar slack kerana tiada acara atau perjumpaan penting namun hari ini,dia harus berjumpa dengan permaisuri dan raja.

"Dah puas tenung?" tegur Damien,


matanya masih melekat pada wajah manis Adreana dan wajahnya beriak beku lagi.

Gadis itu terkejut,cepat-cepat dia mengalihkan pandangan. Wajahnya memerah,malu kerana merenung anak teruna orang sampai macam itu sekali. Ini dah kali kedua Damien menangkap renungannya.

"Kau nak apa ketuk pintu aku macam nak roboh? Tahulah istana ni mak bapak kau punya-" ayatnya terhenti apabila satu fabrik dicampak ke mukanya.

Dengan segera dia menangkap gaun itu sebelum jatuh ke lantai.


"Apa benda ni main campak-campak?" Marah Adreana.


'ingat muka aku ni apa?'

"Pakai tu" ujar Damien selamba.

Adreana membelek-belek gaun merah delima itu. Cantik,berenda dengan manik-manik yang dijahit halus dan sangat kemas.

Tapi,kenapa dia kena pakai gaun ini pula?


"Kenapa aku kena pakai gaun ni? Kau nak bawa aku kahwin lari ke apa?" tekanya selamba.


Damien merengus dan meraup wajahnya. Perempuan ini..kenapa perasan sangat?

Oh,mungkin sebab Damien memakai tuksedo hari ini sebab itu dia berfikir sedemikian.

"Bukanlah,sengal. Tak ingin aku nak kahwin dengan manusia sengal macam kau." Bidasnya.


"Kita nak jumpa raja dengan permaisuri. Kena lah pakai formal sikit. Kan aku dah cakap semalam." sambungnya.


Adreana sudah menayang riak wajah tak berpuasa hati.


'Dua kali dia panggil aku sengal!'


"Aku lupalah. Kejaplah,aku pergi tukar baju." Adreana sudah berkira-kira ingin menutup pintu sebelum dia teringat akan sesuatu.


Dia memberikan Damien renungan tajam.


"Kau jangan nak skodeng aku eh? Aku cucuk mata kau macam Kassim Selamat." Dia memberikan Damien amaran sebelum menghempas pintu betul-betul di hadapan muka Damien.

Lelaki itu merenung pintu kayu yang sudah tertutup rapat itu dengan wajah keliru,dahinya berkerut-kerut mengingatkan amaran Adreana.


'Kassim Selamat?'. 'Siapa je nak skodeng perempuan sengal ni?'.



BUNYI ketukan tumit kasut memenuhi ruang laluan utama,Adreana dan Damien berjalan menuju ke dewan makan di mana raja dan permaisuri sedang menunggu.

HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Where stories live. Discover now