Destiny

108 10 0
                                        

MALAM yang sunyi pada hari itu hanya diiringi tangisan dan ratapan dari seorang adik pada abangnya.



Racun telah merebak dengan cepat di segenap tubuh dan saluran darah Charles.




Walaupun cuba disembuhkan menggunakan kuasa penyembuhan,ia tidak berhenti merebak.



Perkara itu hanya menambahkan lagi kehampaan yang dirasa Asher.




Adreana dan Damien yang baru saja keluar dari istana setelah semuanya telah reda terpaku menyaksikan babak itu.



"Kenapa kau bunuh adik-beradik kau sendiri?" tanya Damien kepada Olivia seraya menuruni tangga istana dan diikuti Adreana dari belakang.



Asher yang sedar akan kehadiran mereka berdua menjeling dengan kebencian.




Tak terfikir langsung untuk bertanya tentang Charles. Charles ini sepupunya! Kenapa dia harus mengutamakan Adreana hanya kerana perempuan itu dijadikan sasaran?


"Aku sebenarnya bukan keluarga kandung dia. Aku anak angkat dari puak ahli sihir je sebab tu aku tak ragu nak bunuh Davina. Aku pun dah tak sanggup tengok Davina bunuh ramai orang," ujar Olivia.




Lalu dia menoleh ke arah Asher dan menghampiri lelaki itu. Dia perasan sejak tadi si adik itu setia menunggu abangnya untuk sedar dan tak lagi putus asa mencuba merawat Charles.



Hati kecilnya terusik melihat keakraban dua beradik itu. Pastinya,mereka berdua sering bersama seperti belangkas.




Tapi sekarang,salah satu dari mereka sedang berdepan dengan maut.



"Tak apa..aku tolong kau sembuhkan dia," undangnya kemudian melutut di sebelah Asher.



Namun di saat-saat getir begini,ada suara yang mengundang amarah Asher.




"Eh tak payah lah. Charles tu jahat! Dialah pengkhianat tu!" Adreana berkata,menghalang Olivia dari mencurahkan kuasa penyembuhannya untuk Charles.




Kerana mulut,badan binasa.




Lembut tidak bertulang,tajam ibarat pedang.





Dan lantaran itu,satu tamparan tepat mengenai pipi Adreana dan seperti biasa,Damien yang lagaknya seperti kesatria peribadi gadis itu segera masuk campur dan menjadi penghalang di antara Adreana dan Asher.




Baru saja Damien ingin membuka mulut,Asher terlebih dahulu menempelak Adreana. 




"Eh bodoh! Kalau abang aku tak halang serangan Davina,korang semua ni dah lama mampus! Kau ni manusia biasa,tak payah berlagak tahu semua benda lah sial! Perempuan tak sedar diri. Kalau tak sebab Damien dekat sini,aku dah lama campak kau balik dunia kau lah bodoh!"




Hati seorang Asher mungkin mudah rapuh tapi bila tiba tentang ahli keluarganya dicela,kemarahannya bagai api biru yang tersangat panas.





Lebih-lebih lagi seseorang yang menghina abangnya ialah manusia lemah seperti Adreana.




Satu tamparan yang melekat pada pipi perempuan itu tidak cukup untuk meredakan kemarahannya yang membara. 




Kata-kata yang dilemparkan Asher itu menyebabkan Damien dan Adreana terdiam. Si gadis pula erat memegang pipinya yang pijau sambil berselindung di belakang Damien.




HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang