the past

102 13 0
                                        

Keesokkannya,Adreana pergi berjumpa Dylan kerana dipanggil olehnya.

Dylan memberikan seutas rantai permata merah pada gadis itu.


"Mama kamu pesan,kalau terjadi peperangan besar,dia minta uncle bagi rantai ni pada kamu"


ujarnya


Adreana hanya menerima rantai itu dan apabila dia memegang saja rantai tersebut,dia merasa kepalanya pedih dan ternampak bayangan sesuatu seolah olah imbasan semula ingatannya. Dalam bayangan itu,
berlaku sesuatu di sebuah istana yang harmoni iaitu ada seseorang di dalam istana tersebut hilang kawalan.


Dylan yang melihat gadis itu tiba tiba sakit kepala terus bertanya


"kamu ok ke Adreana?"


Lalu Adreana menggelengkan kepala



"Tak ada apa apa..cuma Adreana ternampak bayangan masa silam tu je"



"Nampaknya dah tiba masa untuk uncle cerita semuanya"




ujar Dylan sambil mengeluh panjang.



"Cerita?cerita apa uncle?"



Soal Adreana dengan bingung


"Sebenarnya dulu Lexusin adalah vampire tapi dia lebih kepada dark vampire sebab dia berdarah iblis juga.. Lexusin ada seorang adik dan diorang berdua ni nak kuasai dunia menggunakan sihir terlarang..disebabkan diorang nak guna sihir terlarang,ibu dan ayah Adreana bantah,cuba halang diorang sebab sihir tu boleh menyebabkan diorang hilang kawalan"



ujar Dylan panjang lebar


"Dan satu hari tu,masa ibu ayah kamu cuba halang diorang dari guna sihir tu,ibu dan ayah kamu cuba tangkap Lexusin dan adik dia tapi adik Lexusin sempat guna sihir terlarang tu"


sambung Dylan lagi. Lelaki itu turut menceritakan bahawa adik Lexusin tersebut berjaya menggunakan sihir terlarang itu dan tiba tiba dia menjadi hilang kawalan lalu menyerang Claudia dan suaminya namun mereka berdua sempat melindungi diri dari serangan itu.
Disebabkan risau akan adik Lexusin tersebut menjadi semakin berbahaya,suami Claudia membunuhnya tanpa disedari.



"Dan masa tu,Lexusin ternampak adik dia dibunuh lepas tu dia ada cakap 'aku akan balas dendam atas semua ni!'

Dan masa tu Claudia kurung Lexusin dalam penjara bertahun tahun..uncle pernah terdengar,masa dalam penjara Lexusin ada cakap 'kau tunggu Claudia..aku akan pastikan keluarga kau akan mati terseksa'




sambung Dylan lagi


"habistu macam mana lexusin tu boleh terlepas sampai sekarang?"


tanya Adreana dengan bingung



"dulu masa mama kamu lahirkan kamu..uncle yang bagi Lexusin tu makan apa semua dan masa uncle pergi penjara nak bagi dia makan..tiba tiba dia ketawa lepas tu cakap yang dia dapat rasakan ada hawa yang sangat kuat tapi masa tu uncle buat tak tahu je sebab dia bukan boleh buat apa pun kan..tapi 5 tahun selepas tu masa bulan penuh...kuasa lexusin jadi kuat dan dia dapat lepaskan diri dari penjara tu...masa tu uncle.aunty dan damien ada dekat rumah kamu dan tiba tiba lexusin muncul depan kami..dia cuba culik kamu dan masa tu umur kamu baru 5tahun"


Dylan menyambung lagi bahawa dia dan ayah Adreana cuba melawan Lexusin sementara Claudia cuba menyelamatkan gadis itu dan juga Damien namun kuasa Lexusin terlalu kuat sehingga mereka bertiga kehabisan tenaga.


Sepantas kilat Lexusin menarik Adreana,namun ayahnya sempat menyerang kaki Lexusin sehingga dia terjatuh dan segera menyuruh Claudia mengambil gadis yang sedang menangis itu.


"mama kamu pun bawa kamu lari dan malangnya..waktu Claudia tengok papa kamu balik,papa kamu dah mati kena bunuh oleh Lexusin dengan kejam... Claudia pun nak tak nak dia teruskan juga berlari sementara aunty dan uncle pun terpaksa lari sebab risaukan Damien dalam bahaya..keesokan harinya Claudia datang ke istana,dia bagitahu yang dia dah buat keputusan.. dia nak hantar Adreana ke dunia manusia dan biarkan kamu dalam jagaan manusia demi keselamatan Adreana..dan mimpi tu semua macam yang uncle cakap sebelum ni,itu semua ingatan kamu"


Adreana terkejut mendengar kisah tentang keluarganya dan hanya mampu terdiam tidak mampu berkata apa apa




Tiba tiba Asher, Olivia dan Zayden pun sampai ke istana.Mereka pun mula berbincang untuk menyerang Lexusin

Setelah beberapa jam, mereka pun sudah bersiap untuk mengalahkan Lexusin.Semasa Adreana baru saja selesai bersiap tiba tiba Dylan berkata


"pakailah rantai Claudia tu Adreana".



Gadis itu pun memandang lama rantai yang berada di tangannya lalu memakaikan ia di leher




Semasa dia menyarung rantai itu dia terus teringat akan ibunya.Damien pun memanggil gadis itu untuk turun kerana mereka ingin berangkat ke istana Lexusin.



Selepas gadis itu turun,mereka bertujuh iaitu Zayden,Dylan,Olivia,Natasha,Asher,Damien dan juga Adreana pun bergegas ke Ruinous Vampire Kingdom










to be continue...




Stay tune for the next chapter!! Thanks for reading!!



HALF BLOOD





-ayra/putri/shah

HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang