The Bidder

185 13 0
                                        

BEBERAPA HARI YANG LALU..




"Macam mana boleh terlepas!?"




"M-maaf,Lord. Aku dah cuba dapatkan balik perempuan tu. Tapi,mereka lebih ramai dari aku. Salah seorang dari mereka gunakan sihir untuk pengsankan orang-orang kita." Bergetar suara Felix apabila berdepan dengan sang raja iblis. Wajahnya tetap menunduk sedari tadi.



Lexusin merengus kasar. Tangan dikepal erat menjadi penumbuk. Matanya bersinar merah,merenung Felix,orang kanannya seakan mahu ditelan sekarang juga.


Bodoh! Masa itu juga dia menyesal mengambil lelaki itu sebagai orang kanan. Aura gelap dan membunuh si raja iblis memenuhi ruang dewan takhta itu membuatkan Felix menggigil ketakutan.



Dia turun dari platform pelamin takhtanya,menghampiri Felix yang masih berdiri di laluan dewan itu. Mata masih terpana pada Felix. Kalau tak dikenangkan yang lelaki itu adalah pembantunya dan memberi manfaat kepadanya,sudah lama dia makan saja Felix ini.



Berdirinya di hadapan Felix,renungan tajamnya menembus kepala lelaki itu. Felix masih menunduk takut. Aura mematikan si raja iblis ini mampu buat mana-mana makhluk terus pengsan namun dia di situ masih mampu berdiri walaupun lutut sudah goyah.



Tanpa amaran,Lexusin membawa laju tangan ke arah Felix dan mencengkam leher lelaki itu. Terangkat Felix dibuatnya apabila sang raja iblis mencekiknya.


Dia bergelut dalam genggaman yang kuat itu sambil terbatuk-batuk. Semakin pucat muka dia disebabkan oksigen tidak sampai ke otak.



"L-lexusin.." Gagapnya.


"Kau ni..tak berguna kau tahu tak? Aku ni masih ada ihsan untuk kau. Kalau tak,kau ni dah lama aku makan." Bicara Lexusin menyebabkan jantung Felix hampir jatuh ke lantai.


"J-jangan makan aku..a-aku janji aku cuba dapatkan Half Blood kau semula.." Janjinya namun itu hanyalah janji kosong. Dia cuma mahu terlepas dari genggaman diktator ini.


Kepala Lexusin tersenget sedikit seakan mengejek. Hujung bibirnya terjongket.



"Kau tahu kan apa akibatnya kalau kau menipu dan tabur janji palsu pada aku?"


Felix teguk liur. Kering darahnya apabila Lexusin tersengih menyeramkan sebegitu. Nafas tersekat dikerongkong ketika lehernya berlama dalam cengkaman si raja iblis.


"Jangan lupa. Diri kau yang abadi dan kebal ni pun disebabkan aku. Aku boleh tarik semula semua keistimewaan kau ni." Ugutnya.


Lexusin membawa rapat wajah Felix dekat dengannya semasa dia berbisik. Lelaki itu seakan patung yang tak berharga dalam tangannya.



"Sama ada kau mati dimakan aku atau mati dalam neraka aku."






















DUA jam berlalu. Mereka sudah tiba di Rui'ryn Kingdom dan lebih kurang 5 minit lagi mereka akan sampai di istana. Sungguhpun sudah dua jam,Adreana masih tidak dapat melupakan kejadian tadi.



Seram sejuk dia sepanjang perjalanan dan alih-alih,dia sering menoleh ke belakang. Pengawal mereka pun pelik melihatkan tingkah laku gadis itu yang kian resah.



Bukan itu saja,Damien pun perasan akan keresahan Adreana.


"Kau dah kenapa,Reana? Kejap-kejap tengok belakang." Damien akhirnya bersuara sambil dikerutkan dahi,bingung.



Adreana mendongak sedikit,memandang lelaki itu namun hanya untuk seketika. Dia memandang ke hadapan semula semasa mereka berjalan menelusuri lorong khas ke istana itu. Dia hanya berdiam diri.




HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang