Sebaik saja dia meninggalkan istana itu,Asher tidak tahu ke mana arah harus dituju.
Banyak sebenarnya tempat yang boleh dia pergi tapi buat masa sekarang,dia hanya mahukan ketenangan dan dia perlu mencari satu tempat yang boleh dia lepaskan diri dari belenggu kesedihan.
Rancangnya,dia mahu berehat untuk beberapa hari sebelum dia mulakan pengembaraannya di luar kerajaan ini.
Kakinya terus melangkah,membawa diri dengan hati yang berkecamuk. Tiap langkahnya terasa sunyi. Masih dapat dia dengar suara abangnya yang ceria di cuping telinga.
Seperti baru saja dia dan Charles bergurau,bergaduh,meneroka bersama.
Bila tiba rasa bening,tubir mata mula suam walakin begitu segera dia tarik nafas dalam-dalam untuk menelan kembali segala kedukaan.
Alam pula bagai tahu rintihan hatinya,angin pawana memukul-mukul lembut dirinya dari hujung ubun hingga hujung jari kaki.
Setapak demi setapak,tahu-tahu Asher sudah tiba di hadapan rumah peninggalan ibu dan bapanya semula. Entah kenapa. Walaupun mindanya tak mampu untuk berfikir,kakinya tahu saja ke mana harus dibawa diri yang bermuram durja.
Pagar yang tidak berkunci di tolak perlahan dari luar sebelum dia masuk ke dalam rumah agam lama itu. Di sinilah tempat dia dan Charles lahir dan di sini jugalah tempat terakhir mereka mencatat momen bersama sebagai adik-beradik.
Dia sudah tahan. Sumpah,dia sudah tahan dirinya dari menangis namun sebaik saja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah itu,air matanya mengalir tanpa izin.
'You're a crybaby. Jadilah dewasa sikit!'
"Aku memang susah nak mendewasa lagi-lagi tanpa kau,bang.." bisiknya sendiri.
Ibu dan bapanya sudah lama pergi jadi,Charles sajalah tempat dia bergantung sejak kecil dan sekarang dia sudah hilang keluarga kecilnya yang dicintai.
Terakhir kali dia ke mari,dia tidak sempat untuk melawat setiap bilik yang ada. Masuk saja ke rumah itu,dia terus berlalu ke bilik yang dikongsinya dengan Charles masa kecil yang berada di tingkat atas.
Meskipun tidak berpenghuni,tak pernah lagi rumah ini berbau busuk. Bau-bauan yang memenuhi ruang udara ketika itu sangat nostalgia.
Kenangan yang berputar semula di dalam minda makin membuatkan dia merasa sunyi dan kehilangan apabila diingati semula.
Asher mengambil tempat duduk di salah sebuah katil yang kecil dan lusuh yang terletak di tengah-tengah bilik.
Katil yang dudukinya ialah katilnya semasa kecil dan yang satu lagi adalah milik Charles. Masih dia dapat bayangan mereka berdua ketika kecil bermain dan berlari-lari di dalam bilik ini.
Lelah,perlahan dia berbaring di katil itu. Tanpa menunggu lama,dia segera dibuai mimpi dengan air mata yang mula mengering.
"PA..Ian rasa nak cari Asher lah. Takut apa-apa jadi dekat dia."
"Tak perlu. Kita kena bagi dia masa sikit. Biarlah dia cari ketenangan dia sendiri. Bukan senang dia nak terima kehilangan Charles."
Damien menghela nafas berat lalu bersandar semula pada sofa yang didudukinya. Dia masih dihuni rasa bersalah selepas apa yang dikatakan Asher sebelum sepupunya itu pergi.
ANDA SEDANG MEMBACA
HALF BLOOD ✓ (dalam process revamp)
Vampire⚠️TRIGGER WARNING ⚠️ Cerita ini adalah fiksyen semata mata. Mengandungi babak aksi,ganas dan tidak berperikemanusiaan. Membaca cerita ini adalah di atas risiko anda sendiri. Penulis tidak menyokong mana mana babak yang tidak bermoral di dalam karya...
