Charles Alexander

106 10 0
                                    

"EH bang,kau cakap apa ni?!" Asher bersuara dari pintu masuk The Court Room sebelum dia bergegas masuk untuk mendapatkan abangnya.



Semua yang berada di situ masih tegak berdiri seakan disambar petir oleh pengakuan Charles.



"Aku dah penat nak dengar semua tuduhan mereka ni. Lebih baik aku mengaku je.." Charles menjeling ke arah Adreana lalu dia sambung.



"..dah alang-alang semua orang dah tahu dan tak ada lagi yang dipihak aku."



Kata-katanya itu menghentikan langkah Asher,terbias kecewa di dalam kornea mata si adik.



Tak,dia tak percaya yang Charles sanggup mengkhianat. Mereka membesar bersama dan dia kenal sangat sikap dan personaliti abangnya. Charles bukan begitu!



"Aku ada,bang. Aku masih di pihak kau!"




"Apa yang kau boleh buat,Ash?. Aku tanya kau ni,apa yang kau boleh buat?"




Charles memalingkan tubuh ke arah adiknya,bersinar mata si abang dengan air mata yang cuba ditahan namun dapat Asher tangkap reaksi itu.




Serasa jantungnya disiat kejam oleh pisau apabila dia melihat abangnya berada di situasi yang getir dan tidak memenangkan.




Semua orang dalam istana ini hilang kepercayaan terhadap keluarga sendiri kerana orang luar.





Adreana.




"Ash,aku dah kalah. Yang banyak berkorban akan kalah dengan yang banyak pengaruh. Tak perlulah kau nak bazir masa untuk aku. Lambat-laun,aku akan keluar juga dari sini," sambung Charles lagi.




Dia berjalan melepasi adiknya,meninggalkan satu-satunya saudara yang masih punyai harapan untuknya.





Hukuman bakal dijatuhkan oleh Dylan tidak lama lagi tetapi dia masih mengharapkan belas ihsan bapa saudaranya itu.
















Beberapa hari telah berlalu sejak pengakuan Charles di The Court Room namun hukuman masih belum dapat Dylan putuskan waima telah dicadangkan oleh penasihatnya.




Permaisurinya telah mengetahui tentang perkara ini dan hampir menitis airmata berharga si permaisuri. Anak saudaranya sendiri,sememangnya berat hati untuk mempercayainya.





Setelah pemergian adik King Dylan,si rajalah yang membawa masuk dan menjaga dua beradik itu sendiri seperti anak kandungnya.



Dia tahu benar perangai Charles dan Asher dan disebabkan itulah,buat masa ini dia hanya menitipkan mata-matanya untuk menjaga gerak-geri Charles sehingga hukuman diputuskan.



Charles masih bebas keluar masuk istana dan kediaman persendiriannya namun kemana saja dia pergi,dia akan diikuti oleh kesatria yang dikirimkan King Dylan seperti pesalah yang diikat jamin remannya.




Memang rimas tapi apakan daya,dia hanya terima saja nasibnya.


Akan tetapi,Charles ialah Charles. Dia tidak akan lari dari kelicikan dan kenakalannya.




Pada satu malam yang hening,dia bersiap dengan jubah hitam yang tersarung pada tubuhnya untuk menghindari mata-mata King Dylan. Dalam hatinya terdetik.




'kau tuduh aku dengan jubah hitam ni kan? Aku pakai sekarang sebagaimana kau tuduh aku,Adreana.'




Dicapai sebuah beg galas yang terisi botol-botol ubatan,remidi dan ramuan.




HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Where stories live. Discover now