THE PALACE OF HELL II

150 14 0
                                    

CLAUDIA,Dylan,Damien dan Zayn. Mereka berempat bergegas meninggalkan tempat Claudia,menuju ke istana Ruinous Vampire tanpa melengahkan waktu.


Nyawa Adreana dalam bahaya. Bila-bila masa saja Lexusin akan menyerap darah dan jiwa Adreana. Mereka berempat masing-masing dalam mod prima.


Si vampire berlari sepantas kilat dan si serigala jadian dalam bentuk aslinya untuk meningkatkan kecepatan larian. Mereka bagaikan membelah hutan dan udara dek kerana kecepatan langkah mereka.



Mereka tiba di istana Ruinous Vampire tak lama selepas itu. Istana ini berada betul-betul di hujung kerajaan yang dilanda inflasi serta kehancuran ini. Rakyat semakin berkurang disebabkan pemerintahan Lexusin yang zalim dan tamak.



Rumah di sini juga banyak yang sudah ditinggalkan dan mengalami kerosakan yang teruk. Sangat berbeza dengan cara hidup di Rui'ryn Kingdom. Lexusin tidak menjaga langsung kebajikan rakyatnya. Yang dia hanya pentingkan adalah haus darah dan dirinya sendiri.


Claudia,Dylan,Damien dan Zayn perlahan melangkah ke arah istana nan adi itu. Sungguhpun terlihat luas dan besar,dari luar nampak seperti neraka ciptaan Lexusin.


Suram dan menyeramkan. Binaan dan ukirannya juga sudah membuatkan tubuh menggigil ketakutan. Bagi rakyat biasa mungkin.


Namun bagi mereka berempat,ini hanyalah sebuah bangunan yang sepatutnya dilupuskan. Sekali dengan si pemilik.


Langkah mereka terhenti di balik tembok tinggi istana itu. Claudia mengintip dari tepi tembok dan kelihatan beberapa orang pengawal berjaga di pagar dan pintu masuk utama istana. Setiap penjuru istana di kawal ketat oleh beberapa pengawal yang berbadan sasa dan tegap.


"Aduh,pa. Ramai sangat ni pengawal. Nak lawan pun..kita semua ni berempat je." Rungut Damien manakala Dylan pula sedang memikirkan cara yang paling selamat untuk menyelinap masuk.


Melakukan kekecohan adalah cara yang paling tidak efisien. Setidaknya,mereka harus membawa lari Adreana secara senyap-senyap dan mengurangkan pertembungan dengan musuh. Kalau boleh..zero!


Claudia menoleh ke arah Damien dan mereka yang lain dengan wajah serius dan berkata.

"Tak apa. Aunty boleh pengsankan mereka dengan sihir." Damien yang mendengarkan itu menghela nafas lega dan mengangguk.

Claudia berdiri tegak semula dan mula membaca mantera sambil menadah sebelah tangan.



"Langit wengi peteng ndhedhet,
Sliramu nyawang padhanging rembulan,
Angin netra mripatku,
Awakku tiba nyembah bumi."


Selesai mantera dibaca,ditiup suatu serbuk yang jatuh dari tapak tangan. Deruan angin sejuk perlahan mengenai pengawal-pengawal itu. Serta-merta langkah mereka terhenti. Mata kian berat dan tidak dapat mereka bertahan,tubuh masing-masing jatuh menyembah bumi.

Senjata semua terlepas dari tangan,mata sudah terkatup rapat. Kuatnya sihir Claudia,mereka tidak sedar akan kehadiran tetamu tak diundang itu.


Kawalan Lexusin tidaklah kuat mana. Semuanya bersenjata namun tiada pendinding batin. Mudah sungguh untuk diceroboh secara halus.


"Jom masuk." Ujar Claudia sebelum melangkah masuk ke dalam perkarangan istana dan dengan selamba dia melangkah saja tubuh sasa pengawal yang berbaring itu.



Ceh,lemah!


Yang lelaki pula hanya memandang Claudia dengan kagum. Damien dan Zayn mahu saja bersorak macam kanak-kanak Ribena.


HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Where stories live. Discover now