He...No Longer Exist

120 11 4
                                    

"Jauh lagi ke kampung Zayn tu,Ian?"



"Satu jam lagi sampai lah." Balasnya selamba.




"Satu jam!?"



Adreana merengus kasar.




Dia melipat lengannya pada dada. Satu jam lagi dia kena berjalan. Mahunya patah kaki pendek dia ni. Laluan ke kampung Zayn ini pun suram aje. Katanya,baka serigala jadian ini sudah lama diratakan Lexusin.



Atas sebab apa? Dia juga tidak tahu. Kemungkinan juga si raja iblis itu mahu menyerap lebih banyak kuasa.


Mereka berjalan melalui pekan usang yang ditinggalkan. Adreana mula berasa seram sejuk manakala Damien masih tenang berjalan lurus. Dia pernah melalui pekan ini yang menuju ke Dark Moon Village semasa dia hendak memakamkan mayat Zayn.



Terasa sebak pula di hati bila teringatkan serigala jadian yang seekor itu. Kalau dia ada,pasti dia boleh tolong dalam misi kali ini.



"Damien..jauh lagi ke?" Gadis itu menyoal lagi sambil mengusap lengannya sendiri.




Naik bulu romanya apabila dia melihat sekeliling pekan tinggal ini. Gerai makan,kedai kayu dan sebagainya. Semua gerai di sini sudah 90% rosak. Kemungkinan juga disebabkan rusuhan oleh orang-orang Lexusin.


"Kejap lagi sampai lah. Kau dah kenapa tergosok-gosok lengan tu?" Damien mengerut dahi. Kepalanya separuh menoleh ke arah Adreana.



"Aku..seram sejuklah. Rasa macam diperhati." Balasnya.



Nak kata kesatria dua orang dekat belakang ni yang perhati,tidak juga. Mereka berdua pun hanya berjalan lurus mengikuti dan mengawal mereka. Diam seribu bahasa juga.



Mendengarkan itu,mata Damien meliar ke sekeliling pekan itu. Bagai mahu jatuh jantungnya apabila matanya menangkap akan sesuatu.



Beberapa roh serigala jadian sedang memerhatikan mereka.




Namun,roh-roh itu bukanlah jahat meskipun Damien adalah vampire. Dari apa yang Damien dapat tafsirkan,mereka seakan meminta tolong.



Lelaki itu hanya menghela nafas dan mengangguk kepalanya sambil mata masih melekat pada roh-roh itu.



Ada yang masih kecil bersama ibu bapa mereka dan ada juga yang sudah berumur. Inilah penghuni pekan dan Dark Moon Village dahulu.




Adreana perasan yang Damien seakan sedang mengelamun sambil berjalan. Dia pun menegur.




"Damien. Kau okay tak?"



Tersentak dari lamunan,Damien segera menoleh ke arah gadis itu dan mengangguk.





Walaupun hati sedang berdebar,dia cuba menayangkan riak biasa dan kosong. Dia tak mahu Adreana rasa takut jika dia jujur tentang roh serigala jadian di sini. 














SETIBANYA mereka di tempat yang dituju,mata mereka tertancap pada bukit yang agak jauh dari tempat mereka berdiri.



Sejurus itu,pandangan Adreana teralih pada papan tanda yang terpacak di sebalik semak samun. Papan tanda kayu itu sudah rapuh dan tulisan yang terpahat di situ hampir tidak boleh dibaca.



'DARK MOON VIL'




Tulisan itu terpotong namun Adreana tahu maksudnya ialah Dark Moon Village.




HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Where stories live. Discover now