"HAHAHAHAHAHA"
terdengar suara seseorang ketawa besar yang datang entah dari mana. Seketika itu,mereka ternampak Lexusin baru saja keluar dari satu bilik di sebelah kanan mereka.
Ketua iblis itu datang menghampiri mereka dan berkata
"Aku tak nak lawan dengan korang semua pun..aku cuma nak half blood tu dan bunuh semua keluarga budak half blood tu"
Mereka semua hanya memasang muka serius lalu tiba tiba Damien menjadi naik berang.
"Aku takkan biarkan kau buat apa apa kat Adreana!"
dan dengan pantas dia berlari ke arah Lexusin, menghunuskan pedangnya ke arah ketua iblis itu.
Namun,pedang Damien ditepis dengan mudah. Ketika lelaki itu betul betul berada di hadapan Lexusin,ketua iblis itu melancarkan serang balas sihir hitamnya pada Damien. Lelaki itu terlempar dan tergolek jauh ke dinding tepi istana
"DAMIEN!!"
Jerit Adreana.
"Hei budak half blood..kalau kau serah diri kau,dah lama orang orang terdekat kau ni tak terluka..kau tak sedar ke? Kau lah punca semua ni"
lalu Lexusin terus mengikat satu badan Adreana menggunakan sihir hitamnya.
Dalam masa yang sama,Damien masih lagi tidak mengalah. Dia berusaha berdiri walaupun lukanya sudah parah dan cuba menyerang Lexusin lagi namun ianya tetap sia sia. Ketua iblis itu terlalu kuat dan menepis lagi serangan Damien. Luka di badan lelaki itu makin parah.
Mereka yang lain cuba membantu Damien dengan menyerang Lexusin secara serentak. Dylan dari arah depan,Zayden dari arah kiri,Olivia dari arah kanan dan Asher dari belakang Lexusin.
Mereka semua menyerang menggunakan sihir terkuat masing masing.Ketua iblis itu hanya tersengih dan berkata
"HAHAHA bodoh!"
Lalu dia melompat tinggi menghindari serangan serangan itu. Mereka semua terkejut dan bertembung sesama sendiri.
Tidak sempat mengelak,masing masing terluka parah kerana terkena serangan sihir sendiri dan mula melemah.
Sedangkan,Lexusin tidak tergores sedikit pun dan masih lagi berkuasa. Ketua iblis itu berjalan mendekati Adreana yang tertunduk berlutut di lantai kerana terikat.
TING! Bunyi detakan jam,menandakan telah masuk pukul 12 tengah malam.
Dan waktu itu juga,fenomena Red Full Moon berlaku.
"Cukup Lexusin"
kata Adreana dengan suara yang perlahan.Tiba tiba,semua sihir hitam yang mengikat Adreana hancur sekelip mata
Mata Adreana berubah menjadi merah darah dan tumbuh taring yang panjang, Lexusin yang melihat kejadian itu kagum dan berkata
"akhirnya aku dapat tengok kuasa half blood bila Red Full Moon menjelma"
"Lexusin!! aku akan bunuh kau!!"
jerit gadis itu lalu dia mengeluarkan pedang miliknya. Pedang yang aslinya merah darah itu menjadi merah kehitaman. Adreana pun menyerang Lexusin dengan pantas.
YOU ARE READING
HALF BLOOD ✓ (dalam process revamp)
Vampiros⚠️TRIGGER WARNING ⚠️ Cerita ini adalah fiksyen semata mata. Mengandungi babak aksi,ganas dan tidak berperikemanusiaan. Membaca cerita ini adalah di atas risiko anda sendiri. Penulis tidak menyokong mana mana babak yang tidak bermoral di dalam karya...