Mastermind.

98 10 0
                                    

"AKU?"


Kening Charles bercantum apabila Adreana menuding jari ke arahnya tanpa sebab atau bukti kukuh.

Mereka yang lain pula seakan tidak percaya dengan tuduhan Adreana tetapi gadis itu masih berkeras dengan wajah seriusnya.



"Eh,Reana. Yang kau tuduh tu abang aku tau." Asher mencelah sekaligus duduk tegak di kerusinya,memandang gadis itu serius.



"Aku tahu dia abang kau dan aku kenal jubah hitam yang dia pakai tu. Jubah tu sama dengan jubah yang dipakai makhluk pada malam tu."



"Tapi itu tak bermaksud kau boleh tuduh secara melulu!"


Naik seoktaf suara Asher.



Dia hampir berdiri dari kerusinya namun Charles cepat-cepat tahan,memegang bahu adiknya itu. Asher merengus kasar dan menggeleng kepala,kesal dengan tuduhan membabi-buta Adreana.


"Untuk pengetahuan kau Adreana. Jubah ni,aku baru pakai hari ni. Macam mana kau pasti yang makhluk pada malam itu adalah aku?" Charles bersuara,memandang gadis itu semula.


Jeda,Adreana masih merenung tajam Charles. Sesungguhnya,dia memang tak ada bukti kukuh tapi akalnya tak mampu berfikir rasional makanya dia hanya mampu menuduh dan cuba menegakkan benang yang basah.


"Kau kata aku tak ada bukti kan? Jadi,apa bukti kau yang kau baru sarungkan jubah tu hari ni?"


Soalan itu menyentakkan Charles sebelum bibirnya terjongket sedikit. Susahnya berdebat dengan orang begini. Dia saja yang mahu menang.



Tersandar semula dia pada sofa yang dia duduki,penat dia melayani sikap Adreana.



Melihatkan Charles yang seakan sudah putus asa,dia mengambil peluang.



"See? Dia siap tersengih lagi. Reana dah kata dia ni pembelot!"


"Eh,Adreana! Lebih baik kau diam sebelum aku hilang sabar!" Asher melenting.


"Sudah!"



Semua pergerakan terhenti apabila suara Dylan memetir. Itu dia,raja sudah masuk campur. Adreana yang tadinya dimakan api kemarahan akhirnya terdiam juga bersama yang lain.


Inilah kali pertama dia melihat Dylan naik angin dan tidak dinafikan,agak menyeramkan juga.


Si raja bangun dari kerusi kulitnya,menyilangkan tangan sambil mata melihat tiap-tiap muka yang ada di dalam bilik itu.


Keningnya berkerut,geram dengan sikap masing-masing yang semakin naik lemak.


"Kita tamatkan perbincangan kita hari ni. Fasal Claudia dan benda yang Adreana nampak tu,nanti uncle fikirkan. Uncle tak nak ada perbalahan lagi lepas ni. Pergi balik bilik masing-masing." Arah Dylan,suaranya tegas bak raja yang sebenar.






























MALAM itu,minda Adreana masih dipenuhi dengan kejadian tadi. Dia yakin benar yang Charles ialah pengkhianat dalam hal ini tapi ada keraguan lain yang timbul.



Asher betul,dia tak ada bukti yang kukuh. Akan tetapi,jubah yang dipakai Charles itu memperkuatkan lagi kesimpulan yang dibuatnya bahawa lelaki itu ialah pembelotnya.


Satu lagi,Claudia.



Dia risaukan tentang ibunya sehingga dia tak mampu untuk melelapkan mata. Adreana semakin gelisah dan akhirnya dia membawa diri keluar dari biliknya.


HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp) Where stories live. Discover now