thirty four 🦩

740 61 4
                                    

Balik sahaja Feyra dari latihan rumah sukan di sekolah terus saja dia menuju ke biliknya lalu menghempaskan badan di atas katil. Memang la atas katil tak kan la atas lantai tak ke tempah masuk hospital tu ? hehe gurau.

" arghhh !!! penat nyaaa training " jerit Feyra di dalam biliknya. Terus dia mengambil telefon pintarnya lalu membuka application Instagram.

Sedang syok' mengscroll ig tiba tiba ada noti daripada WhatsApp muncul menandakan ada chat masuk.

Shafieq nyet 🙉

wehh
nnti dinner kat rumah aku tau
mama ajak
dia kata dia rindu kau
dtg eh ?
ajak abg' kau jugak
nnti kebulur pulak abg' kau nnti kalau kau tak ajak ksian drng

you

ha yela' aku pun rindu mama jugak
dh lama tk mkn msakn mama
rindu pulak

Shafieq nyet 🙉

oh lupa pulak aku nak kata
janga lupa bawak Vivi aku sekali hihi

you

mengada
suka suki kau je nak kata dia vivi kau
dia aku punya la
aku dah kenal dia lama dia bestf sehidup semati aku tau !!

Lepas membalas chat Shafieq terus Feyra keluar dari application WhatsApp. Malas dia nak melayan kerenah mengada Shafieq.

Feyra terus berdiri lalu berjalan ke bilik air untuk mandi. Selepas mandi Feyra terus terlelap akibat terlalu penat.

.....

Tepat pukul 7 Feyra, Vivi dan abang abangnya sudah sampai di perkarangan rumah Shafieq.

" Assalamualaikum, mama kitaorang dah sampai ni " laung Feyra di depan pintu.

" waalaikumsalam, ha masuklah dulu " pelawa Tengku Shafira.

Mereka berempat masuk ke dalam rumah lalu duduk di ruang tamu.

" Haa Kimi, Firash korang naik la Shafieq ada kat bilik dia tu tengah main game.  " kata Tengku Shafira. Setelah meminta diri lantas Achik dan Firash naik ke atas.

" ni ke kawan Feyra dari Italy tu ? " tanya Tengku Shafira.

" haah aunty, nama saya Vivi Carina, aunty boleh panggil Vivi je. Saya ni bestie Feyra. Kitaorang dah bekawan lama dah. Dari tadika hehe " balas Vivi ramah lalu menyalam tangan Tengku Shafira.

" ouhh, cantik je nama macam tuan punya badan. Eh apa panggil aunty, panggil je mama. Sopan je kamu ni cantik pulak tu, dah boleh buat jadi menantu mama dah. " kata Tengku Shafira sambil tertawa di ikuti Feyra.

" amboi mama laju je eh ? haa Vivi mama dah bagi green light tu apa lagi ? " usik Feyra. Habis memerah muka Vivi macam tomato apabila di usik begitu.

" dah dah la, mama nak masak ni korang tunggu la dulu kat sini ye ? " kata Tengku Shafira lalu ingin beredar ke dapur. Belum sempat Tengku Shafira ingin masuk ke dapur Feyra memanggilnya.

ASD Highschool Where stories live. Discover now